OOO

Selasa, Mei 29, 2012

Sekejap Ajer Habis Roti Sosej Berkeju Ni

Buat roti sosej ni hari Sabtu lepas, tak sempat nak posing satu-satu sebab nak cepat masukkan dalam tupperware buat bekalan nak pergi cuti-cuti Malaysia.  Asalnya roti ni duk jauh-jauh sebelum di bakar tapi dek kerana akak ada buat kerja lain, suruh anak lelaki akak masukkan dalam oven, dia terus letak secara tak secara pelan-pelan, langsung  jadi roti doh ni.

Nak marah pun tak boleh sebab tengah dalam proses di bakar, redha ajerlah bila jadi camni.  Apa pun memang sedap sebab ada kepingan cheese dalam sosej ayam.  Resepi ni asalnya dari Chef Norzailina Nordin tapi akak c & p dari blog Ah Mat Gebu

 BAHAN -BAHANNYA :-)
270 g tepung roti (high protein flour)
50 g tepung halus (tepung Hong Kong)- (akak guna tepung gandum ajer)
60 g gula halus
1 camca teh garam (mat guna 1/2 camca teh)
2 1/2 camca besar susu tepung
1 1/2 camca teh instant yeast
1/2 camca teh bread improver
1/2 camca teh bread softerner
1 biji telur gred C
140 ml air
30 g mentega
Sosej secukupnya (akak guna sosej ayam Ramli= 14 batang)
2 keping keju cheesedale, dipotong kepada 14 bahagian sama besar
 
 CARA MEMBUATNYA :-)
  1. UNTUK DOH :- Satukan semua bahan diatas kecuali mentega dan sosej. Gaul hingga semua bersatu dan menjadi doh, masukkan mentega dan terus menguli hingga mendapat doh yang lembut, kenyal dan licin (lebih kurang 15 - 20 minit). Alihkan doh ke dalam satu bekas dan tutup permukaan dengan plastic cling. Biar naik 1 jam. KAEDAH LAIN :- Masukkan kesemua bahan2 diatas kecuali sosej, ke dalam Bread Maker, pilih setting for dough dan tekan "ON". Tunggu hingga siap.
  2. Sosej dicelur dan sejukkan, dibelah tengahnya buat macam poket dan masukkan1 potongan keju tadi, buat hingga siap. Canai doh dan potong supaya mendapat potongan berukuran 3 cm lebar dan 25 cm panjang. Balut sekeliling sosej. Letak atas dulang yang telah disapu sedikit mentega. Buat hingga habis.
  3. Biarkan 45 minit sehingga doh naik. Sapu kuning telur + sedikit susu, tabur bijan dan bakar dalam oven pada suhu 180C selama 17 - 20 minit. Sejukkan atas jaringan sepenuhnya sebelum dihidangkan.
 
Sebelum doh kembang ..lilitan tak berapa kemas sebab nak cepat..seronok bila 4 orang anak ada kat rumah..buat apa sajer..semua habis..

15 ulasan:

  1. awesome with lovely presentation..:)
    Tasty Appetite

    BalasPadam
  2. yummy!! perutku sudah lapar..huhu

    BalasPadam
  3. Boleh jual ni. Kak Ina nak gi mana plak ni? Cuti2 malaysia aje dia. Seronoknya. Happy holiday.

    BalasPadam
  4. hebatnya kak ina masak.. sedap kot!!!

    BalasPadam
  5. terus rasa terliur :p balik nak gulung dalam roti la, goreng ja ;p dah ada cheese sosej tu :p

    BalasPadam
  6. Sedap ni.. kalau nurul jadi anak akak pun tertarik.. hehehe

    BalasPadam
  7. Menarik dan menggiurkan..
    Kesukaan semua ;)

    BalasPadam
  8. layan gambar pun boleh kebulur kak...

    BalasPadam
  9. memang sedap kalau ada keju...akak nak g mana pulak ni? happy holidy

    BalasPadam
  10. sesuai utk bekpes..makan seketul dah kenyang..

    BalasPadam
  11. keju tu yang bagi lazat lagi roti tu kan..

    BalasPadam
  12. ala akakkk sedapnyee dh la sy suka roti.. dh la xpandai buat.. alaaa ...

    BalasPadam

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Google+ Followers