OOO

Ad

Selasa, Jun 12, 2012

Perfect Romantic Escape

Impian percutian romantik kami adalah ke  Pulau Langkawi yang juga disebut sebagai Pulau Lagenda disebabkan  pulau ini adalah unik dalam erti kata yang lain pulau ini memiliki begitu banyak mitos dan  legenda yang berkaitan dengannya.


Akhir sekali kami sekeluarga pergi ke Pulau Langkawi pada Disember 2009.  Percutian ke sini amat bermakna kerana Pulau Langkawi  adalah sebuah pulau syurgawi dan  keindahan di sini  barangkali tiada  tandingannya di mana pun di wilayah Asia Tenggara.


Kenapa nak ke sini?

Pulau Langkawi yang kaya dengan keindahan semula jadi dan lagenda masa silam ini telah menampilkan diri sebagai salah satu daripada destinasi perlancongan yang paling popular di Malaysia. Selain itu, di sini juga terdapat pantai-pantai yang indah untuk menenangkan dan mendamaikan jiwa dan boleh melakukan bermacam-macam aktiviti di sini.

Memang seronok jika dapat bercuti kesini dengan suasana romantik  bersama orang yang tersayang di tempat penginapan yang terkenal dengan pemandangan laut yang indah dan mempesona  dan menarik bersama suami tercinta iaitu di  Awana, Porto Malai Langkawi.
 
Alangkan bahagianya menikmati percutian di sini dengan suasana yang tenang dan harmoni dan jauh dari kesibukan kota sambil bercanda dan menikmati keindahan pantai yang mendamaikan.
Setiap pagi bersarapan bersama sambil berpegangan tangan dan saling mengucapkan kata-kata cinta sambil menikmati pemandangan yang indah, menghirup udara yang nyaman amat sesuai untuk bersantai dan menenangkan fikiran jauh dari kesibukan kota.
   
Dengan suasana yang begitu romantik dan relax sebegini amat sesuai untuk mencari ketenangan sambil mengimbau kembali kenangan semasa mula berjumpa, bercinta dan mendirikan rumah tangga.

Airnya yang jernih amat  sesuai untuk melakukan rekreasi atau kegiatan olahraga air bersama orang tersayang. Kemudian berdua-duaan menyusuri  dan bercanda di tepian pantai sambil berpegangan tangan dan saling mengucapkan kata-kata cinta ianya menjadi pengikat kasih sayang berpanjangan sukar nak diputuskan. Insyaallah kekal abadi
sepanjang hayat sampai ke hujung nyawa.
Pantainya yang  sungguh indah menawarkan siraman cahaya matahari yang benar-benar menciptakan rasa nyaman dan santai sepanjang hari.  Menikmati pemandangan pantai   yang indah sambil menyaksikan keindahan detik matahari terbenam di waktu senja  dan menikmati keindahan suasana matahari terbit yang tentu menambahkan  lagi suasana romantik di sini dan meninggalkan kenangan yang terindah di sini.
Apabila malam menjelma, alangkah indahnya menikmati makan malam yang menawarkan juadah yang enak berdua-duaan dalam suasana romantik dengan di sinari cahaya lilin. Lalu mengucapkan ungkapan cinta  yang romantik sambil mata bertentang mata, ibarat sepasang kekasih yang tengah hangat bercinta.


Di  Awana, Porto Malai Langkawi memang sesuai untuk pasangan bercinta menghabiskan masa-masa indah dan tempat percutian yang sesuai bagi pasangan yang bercinta, berbulan madu dan meraikan ulangtahun perkawinan di sini kerana  ianya menawarkan suasana romantik.
Menghabiskan masa berdua-duaan menaiki kereta kabel untuk naik ke atas  puncak gunung Mat Chinchang. Dari puncak, kita boleh melihat pemandangan dan pulau-pulau di sekitar Pulau Langkawi dan melihat permandangan gunung dan bukit serta laut yang menghadap ke Lautan Hindi sambil berpegangan tangan. 
Menyusuri titian gantung kereta kabel Langkawi atau Langkawi SkyBridge   adalah saat yang paling menggembirakan kami titian gantung yang melengkung ini.  Terasa gayat bila titian gantung bergoyang apabila angin bertiup kencang, tapi orang kesayangan sentiasa ada di sisi.

Langkawi juga dikenali sebagai sebuah pulau yang bebas cukai. Dah tentu kami berdua akan merasa percutian kali Ini lebih bermakna  kerana dapat  dapat menikmati pembelian yang murah berbanding dengan membeli barangan di Kuala Lumpur.

 
Semuga impian untuk bercuti sambil menikmati suasana  romantik  dan akan menjadi kenyataan. Dah tentu tertunailah hasrat hati  sempena perkahwinan kami yang ke 27 tahun dan berdoa agar ikatan perkawinan kami kekal abadi dan murni. 

5 ulasan:

  1. bestnye kak dah 27 tahun kawin. semoga kekal bahagia hingga akhir hayat

    BalasPadam
  2. Tahniah kak :) insya allah semoga berkekalan hingga ke jannah amin

    BalasPadam
  3. semoga kekal hingga hujung nyawa ye kak...

    BalasPadam
  4. Tak pernah bosan pegi Langkawi..

    BalasPadam
  5. kak Ina... contest apa ni? Nak join jugak.

    BalasPadam

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Google+ Followers