OOO

Ahad, Jun 24, 2012

Resepi Creamy Mushroom Soup

Kali ni buat sendiri mushroom soup ..akak buat stok ayam tapi masih gunakan kiub maggi. Akak rebus 1 dada ayam yang telah di potong kecil bersama  550ml air dan daun bawang kira-kira 20 minit dan sejukkan.  Lepas tu ikut resepi mat gebu

BAHAN-BAHANNYA :-)
150 gram cendawan butang jenis segar
250 ml susu sejat IDEAL
550 ml air-akak ganti dengan stok ayam
1 biji bawang Holland, dadu
2 ulas bawang putih, hiris
1 kiub ayam "Maggi"
Garam jika perlu
Serbuk lada hitam secukupnya
1 camca besar tepung gandum
1 1/2 camca besar mentega
Hirisan daun parsley utk hiasan-akak buh parsley kering
Garlic bread sebagai pelengkap

CARA MEMBUATNYA :-)
  1. Cendawan dicuci, toskan dan asingkan 2-3 biji (bergantung pada saiz, kalau besar 2 biji dah cukup), hiris dan ketepikan. Manakala yang diasingkan didadu kecil. Ketepikan.
  2. Cairkan mentega dalam periuk, masukkan bawang holland dan bawang putih, tumis hingga layu, masukkan cendawan dan goreng hingga cendawan lembut. Tambah tepung gandum, kacau rata dan masak sekejap. Tuang air stock ayam dan susu, kacau rata. Biar mendidih.
  3. Masukkan kiub ayam dan masak lagi hingga cendawan lembut. Matikan api dan biar suam. Kemudian masukkan ke dalam blender dan kisar halus, tuang kembali dalam periuk tadi dan masak dengan api kecil hingga pekat.
  4. Rasa dan jika perlu tambah sedikit lagi garam. Masukkan lada hitam, kacau rata. Rasa dan jika ok boleh matikan api. Tabur hirisan daun parsley jika suka, sebelum dihidangkan bersama roti bawang putih atau garlic bread.

Akak buat  Garlic Finger Bun untuk di makan bersama creamy mushroom soup ini.
 
Resepi dan cara buat ada kat sini 

12 ulasan:

Adsense

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Google+ Followers