OOO

Rabu, Julai 11, 2012

L'Oréal Paris UV Perfect BB Max

Assalammualaikum Buat Semua Pembaca Blog Akak

Korang mesti suka bila akak buat N3 pasal kecantikkan kan..terutama anak-anak remaja yang mementingkan penampilan diri..ishhh bukan dorang ajer yang perlukannya..kita yang dah berusia ni kena gak ambil berat tentang hal alat-alat kecantikan...tapi biarlah berpada-pada kan...

Salah satu yang akak suka guna ialah krim pelindung daripada sinaran matahari ini...selain dari itu ianya memberikan kebaikan kepada kulit muka kita terutama yang dah berusia macam akak.

Berikan yang terbaik untuk kulit wajah anda dengan inovasi terkini dari L'Oréal Paris UV Perfect BB Max. Formula terkini melindungi daripada pancaran matahari berbahaya malah perlindungan akan bertahan hingga 12 jam. 

Satu fakta penting yang perlu diketahui oleh setiap wanita ialah 80 peratus masalah kulit kelihatan tua lebih dari usia sebenar ialah kerana kita sering  terdedah kepada pancaran sinar ultra ungu (UV) yang berbahaya.

Bagi kaum yang tinggal di negara tropika seperti di Malaysia, bermakna anda tidak akan boleh mengelak dari terkena pancaran matahari bukan? 

Jadi ..apakah yang perlu anda lakukan untuk melindungi kulit anda dari masalah tersebut?

Dah tentulah  pelindung sinar matahari yang terbaik yang diperlukan oleh wanita iaitu  satu krim yang boleh memberikan anda dua perlindungan;
melindungi daripada sinaran cahaya matahari dan yang 
kedua dapat memberikan manfaat untuk kulit kita kan.
 
Dengan UV Perfect BB Max, anda bakal mendapat manfaat perlindungan maksimum UV dan juga kebaikan ...formula uniknya melindung, memelihara dan memberikan kesan positif kepada kulit wajah anda.

Menarik tentang krim ini ialah formulanya telah mendapat lesen paten untuk Mexory, sejenis bahan yang memastikan kulit anda mendapat perlindungan sebaiknya dari kesan UV. 

Penapis XL pula bukan sahaja menapis cahaya UV, tapi turut mempertingkatkan perlindungan dengan memastikan kulit tidak berminyak, lembut dan tekstur yang lebih halus.

Melalui kombinasi ini, krim UV Perfect BB Max SPF50/PA secara efektif menapis sinar UVA dan UVB rays, sekali gus memberikan anda kulit yang cantik dan dilindungi dengan sebaiknya.

Formula Hydrating Complex yang terdapat dalam krim UV Perfect BB Max ini juga memberikan anda kulit yang lebih gebu, lembut sebaik sahaja anda menyapu krim tersebut di wajah anda.

Krim UV Perfect BB Max ini juga diperkaya dengan teknologi Colour Equalizer, iaitu satu inovasi pigmen kompleks yang boleh meratakan warna kulit yang tidak sekata. Hasilnya boleh dilihat serta merta selepas sapuan. 

Setelah dicuba ke atas berpuluh ribu wanita, kesemuanya berkata bahawa produk ini memang melindungi, kulit wajah lebih cerah, bintik hitam dan jeragat mula pudar, garis halus juga berkurangan.

Selain itu kulit mereka juga semakin bermaya, tona kulit juga lebih semula jadi, tampak lebih muda dan amat selesa.

Kini wanita boleh mendapatkan kulit yang mereka idam menerusi kajian sains. Wajah anda akan dilindungi selama 12 jam dengan hanya satu sapuan. Hasil pemakaian yang konsisten akan memberikan anda kulit yang lebih cerah dan berseri.



p/s cam biasa akak tak tepek muka akak bila buat N3 pasal make up..tak kuasa nak ambik gambar sambil muncung bibir..kembung pipi..terbeliak biji mata..ataupun buat gaya comel..tak sesuailah bagi akak kann

3 ulasan:

  1. i think sekarang ni semua brand nak promote BBcream they all..tapi saya ni still tak paham2 lagi mengenai BB cream ni...aduhai...camane ni kak?

    BalasPadam
  2. Assalamualaikum Kak Ina

    untuk lelaki tak ada yer

    BalasPadam
  3. saya ni make up apa pun tak kak.. bila la nak insaf..cuba buat penjagaan basic je..

    BalasPadam

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Google+ Followers