OOO

Ad

Ahad, Julai 01, 2012

My Hometown Di Astro (Saluran 318)


Sempena dengan kempen Negaraku tahun ini, Astro meraikan semangat 1 Malaysia melalui inisiatif 'My Hometown".  Rakamkan kenangan manis di kampung halaman anda dengan mengetengahkan kisah-kisah unik yang membezakan pengalaman anda dengan yang lain.

Video ini akan di siarkan melalui satu saluran yang di dedikasikan khas buat inisiatif ini iaitu 'My Hometown' (Saluran 318) dari 31 Ogos hingga 17 September 2012.

My Hometown Short Films merupakan projek yang memaparkan 14 filem pendek dan setiap satunya meliputi 14 negeri di Malaysia.  Projek ini diarah oleh 14 pengarah filem muda dengan memfokuskan kepada kenangan kampung halaman mereka.
Setiap pengarah filem yang berasal dari negeri-negeri berbeza ini akan merekodkan pengalaman di kampung halaman mereka yang akan menghasilkan 14 filem pendek yang berbeza dari segi persekitaran sosial tetapi menjurus kepada satu objektif yang sama iaitu rasa cinta terhadap kampung halaman mereka.
 
 Vincent De Paul, Pengawal Berita Astro yang juga merupakan Ketua Projek berkata," Di Astro, kami menyediakan peluang bagi pengarah-pengarah filem muda ini bukan sahaja sebagi satu potensi hebat di tahap awal karier untuk meraikan kampung halaman mereka tetapi juga membolehkan mereka berkarya mengikut perpektif mereka tersendiri.  

Inisiatif ini membantu perkembangan professional mereka sekaligus menjadi pelantar untuk berkarya dan mencapai lebih ramai audien.  Saya percaya inisiatif ini membolehkan pengarah-pengarah muda untuk mempelajari asal usul mereka sambil meraikan kampung halaman mereka".

 
Akak suka dengan sikap peramah Penerbit Eksekutif untuk filem pendek "My Hometown Short Filem", Lina Tan dan filem ni diterbitkan oleh Red Films.
Sempat gak bergambar dengan Pelakon Sharifah Armani salah satu daripada pengarah My Hometown Short Films yang berasal dari Bangsar Kuala LumpurSalah seorang pelakon yang akak paling minat...terutama bila dia berlakon watak gila-gila.
Dapatlah tenguk hasil kerja 3 orang dari mereka tapi cuma sikit ajer..tak bestlah tunjuk semua kan...nanti leh tenguk kat astro 318 yer
Empat belas pengarah muda yang berkarya untuk ‘My Hometown Short Films’ ialah :-
  1. Shamyl Othman (Selangor)
  2. Sharifah Armani (Kuala Lumpur)
  3. Rewan Ishak (Perlis)
  4. Adrian Lai (Melaka)
  5. Shanjey Kumar Perumal (Perak)
  6. Shuhaimi Zulkefli (Kedah)
  7. Nadiah Hamzah (Penang)
  8. Yati Kaprawi (Johor)
  9. Mahen Bala (Pahang)
  10. Nadira Ilana (Sabah)
  11. Uzair Sawal (Sarawak)
  12. Ariffin Zulkarnain (Trengganu)
  13. Brenda Danker (Negeri Sembilan)
  14. Ramdan Che Hassan (Kelantan)
Sukanya dengan decoration di Restoran The Tranquerah yang menghidangkan Malacca Nyonya Cuisine @ masakan peranakan ni..Ralit akak tenguk deco dlaam restoran sebab banyak betul barang antik ..nanti akak buat N3 pasal tempat ini. 

Anda dijemput untuk menghantar video anda sendiri dengan memfokuskan kepada betapa menarik, pelik atau lucunya kampung halaman anda dan sebab kenapa ianya sangat berkait secara peribadi kepada anda.
Video yang paling kreatif akan disiarkan melalui saluran ‘My Hometown’ (Saluran 318) dari 31 Ogos ke 17 September 2012 untuk tatapan seluruh rakyat Malaysia. Mari kongsikan kenangan anda secara kreatif dan mengenang kembali zaman kecil anda bersama-sama kami.
Anda digalakkan untuk menghantar kisah-kisah ‘My Hometown’ yang menggabungkan budaya, bahasa dan lokasi di Malaysia di dalam bentuk video (tidak melebihi 5 minit).
Video anda perlu dihantar ke Astro Broadcast Centre at Bukit Jalil sebelum 8 Ogos 2012 atau dimuatnaik secara talian di www.astro.com.my/myhometown.
member pot pet..makan-makan dan tukang ambik gambar penmerah.com

p/s teringat masa kecil bila cuti sekolah balik ke kampung pastu ikut arwah atuk dan wan gi tanam padi.  bukan tolong pun tapi suka main dalam sawah dan tangkap anak ikan keli dan puyu..bila lintah dan pacat ada kat kaki mulalah terpekik terlolong..aduhai manisnya kenangan semasa kecil. (wah kalau buat video ni tentu menarik kan..)

korang ada tak kenangan waktu kecil cam  akak..kalau ada bolehlah  share ek

9 ulasan:

  1. aku suka banget sama blognya..
    isi blog dan postinganya bagus, menarik dan bermanfaat sakali..:)
    jangan lupa untuk terus menulis menulis yaa..^_^

    oia salam kenal
    kalau berkenan silahkan mampir ke EPICENTRUM
    folloback juga ya buat nambah temen sesama blogger,,tukeran link juga boleh,,makasih..^_^

    BalasPadam
  2. ok gk idea kak ina tu..try le buat video tu gk..:-)

    BalasPadam
  3. saya SUKA gambar last sekali.... hehehehe

    BalasPadam
  4. erm sronknyer zmn knk2 kak ina..

    siap ada swh bendang lg..

    BalasPadam
  5. rindu kan zaman kanak kanak dulu..

    BalasPadam
  6. x reti nak wat video.. hehehe
    blom terjebak, lgi pun x der video cam.. hehehe

    BalasPadam

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Google+ Followers