OOO

Isnin, Julai 30, 2012

Popia Nestum-Renyah Ker Nak Membuatnya?

Assalammualaikum dan selamat berpuasa semua.
Mak jomlah buat popia nestumm...Yana request..

Alahai malasnya nak buat..Yana janji nak tolong sebab buat popia nestum ni memang merenyahkan kalau buat seorang..akak pun beli semua bahan
Yana dah nak balik minggu depan..kang kesian kalau tak buat..takut kempunan nak makan gi serah diri kat Batu Belah Batu Bertangkuplah pulak..hi hi hi.  Akak pernah buat sekali tahun 2010..pstu tak pernah teringin nak buat lagi. Aduhai renyahnya kalau buat sorang-sorang.  Kalau buat 2 orang cepat ajer menyiapkannya..

Sumber:  Resepi.Net

Bahan-bahan
1 pack besar popia
1/2 cawan horlicks -kalau tak ada boleh guna susu tepung
1/2 cawan gula halus - kisar
1 cawan nestum - kisar halus 
1 sudu makan susu tepung nespray (optional)
Lidi satay utk menggulung -akak guna chopstick
Minyak utk menggoreng
Telur sebagai bahan pelekat-akak guna tepung gandum yang dicampur dgn sedikit air.
 
Cara membuatnya
1. Gulung popia gunakan chopstick
2. Gulung hingga habis, tinggalkan dlm 1-2cm untuk gamkan campuran tepung.
3. Buat hingga habis satu peket popia.
4. Sementara itu tutup bekas berisi popia gulung dengan kain lembab supaya tidak kering jika tidak susah nak gunting.
5. Kemudian potong serong jarak 1-2cm.
6. Goreng dengan api perlahan/kecil.
7. Angkat dan toskan minyak.
8. Sira/tabur dgn horlicks, gula, susu tepung & nestum kisar.
9. Gaul hingga rata.
Tips
1. Untuk menyalut popia dengan Horlicks, selepas digoreng, sejat minyak pada popia terlebih dahulu dengan menggunakan kitchen towel. Apabila agak-agak dah sejat, letakkan dalam bekas besar dan masukkan gula dgn horlicks ke dalam bekas tersebut. Kemudian gaul rata campuran tersebut dengan popia tadi.

2. Biarkan ia sejuk dahulu sebelum mencampurkan dengan bahan-bahan campuran. Jika tidak campuran akan cair dan berlengas.

3. Supaya kuih ini boleh bertahan lama, simpan ia di dalam bekas kedap
udara


10 ulasan:

  1. eyza penah buat gak tahun lepas tapi memang buat berjemaah dengan kakak la...sorang2 memang tak sempat nak handle.

    BalasPadam
  2. Adik Myra buat jual kuih popia Nestum ni :)
    Memang senang kan ;)

    BalasPadam
  3. senang je buat nie..popia nie paling simple..cume bab nak bukak popia tu je amik masa... =)

    BalasPadam
  4. uih nmpk lazat la kak, lov pn baru je ni tau ada popia nestum..da gulong2 kne gunteng plak tu eh? ermm mmg mcm rumit..

    BalasPadam
  5. nmapk sdap..bru first time tgk kuih nih

    BalasPadam
  6. Pernah buat, renyah kena ada tolong bantu utk gulung . kalau lmbat kulit cpt kering dan tak melekat.

    Tapi sedap....sekejap saja boleh habis sebalang

    BalasPadam
  7. salam, ina jom join myChef cooking competition...ina pandai masak...hadiahnye lumayan tau...:)

    BalasPadam
  8. Terima kasih Kak Ina kerana berkongsi.. Teringin juga nak cuba.

    BalasPadam
  9. EXCITED NAK BUAT!!

    kena ade assistant ni... (",)

    BalasPadam

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Google+ Followers