OOO

Rabu, Ogos 29, 2012

Berat Mata Memandang..Berat Lagi Bahu Memikul-#Save Jejai

Apakah perasaan anda jika anak anda menulis ayat-ayat sebegini untuk ayah yang di kasihi?
Apakah perasaan anda jika sahabat/blogger yang anda kenali dengan suka berlawak jenaka, ramah tamah tiba-tiba menghilang dari dunia blog?

Semuanya telah di takdirkan yang Jejai mengidapi penyakit kanser paru-paru stage ke 4.  Allah hu Akhbar..tapi masa tu..Jejai pohon agar rahsia ini di simpan, cuma yang tau kawan-kawan rapat beliau sahaja.  Beliau sembunyikan penderitaan dengan lawak jenaka dan bergurau senda bila bertemu dengan geng blogger.

 
Setelah agak lama rahsia ini di simpan, kali ini kami member blogger membuat keputusan yang penderitaan Jejai tak boleh di sembunyikan lagi.
Sekarang ini Jejai memerlukan sumbangan ikhlas dari anda semua... kalau boleh hebahkan tentang hal ini jika mampu, jika tidak marilah kita semua doakan semuga Jejai cepat sembuh.  Kesian dengan anak-anak dan isteri beliau.
Pada hari Sabtu lepas akak sekeluarga ada melawat Jejai di rumah filnya.  Bila tenguk dari fizikal memang telah banyak perubahan.

Suami akak pun kata  begitu juga... sebab masa kali terakhir Jejai datang ke rumah akak akhir bulan Disember tahun lepas.. dia masih stabil lagi.  

Sekarang ni Jejai tak larat nak update blog, kadang-kadang terlupa dan dah kurang selera makan.

Hampir menitis air mata akak bila wife Jejai bagitau

Jejai segan sebab ada lagi orang lain yang susah lagi dari dia..dia rasa malu...bila teman-teman blogger publish N3 sebegini.

Alahai Jejai...Kami semua sedih dengan penderitaan kamu, jangan kata begitu.  Insyallah kami akan cuba bantu setakat yang mampu. #SaveJejai...Mungkin hari ini hari beliau tapi mana tau mungkin esok lusa hari kita pula.

Maybank Acc Je Jai : 164351079691 (Azhar Bin Ramli)
 
Maybank Acc  Acc No : 164089741562 (wife Je JAI ,Mazliana Othman ) 

Alternatif
Anda boleh masukkan beberapa sahaja jumlah yang anda mampu untuk membantu Je Jai dan keluarga melalui akaun semasa Maybank dan CIMB pihak Fazreen Network dengan no akaun seperti di bawah. Ayuh, tunjukkan yang kita prihatin.
Bank: CIMB
No Akaun: 12050002115101
Nama: FAZREEN NETWORK
ATAU

Bank: Maybank
No Akaun: 562106625023
Nama: NURHIDAYAH AQILLA


Sila masukkan emel payments[at]fazreen.com di ruang emel penerima dan subjek ‘Save Je Jai’ di ruang subjek transaksi sekiranya anda membuat tranksasi online.

p/s Walaupun RM1.00 yang di hulur, tak apa..janji ikhlas..

15 ulasan:

  1. Sama3la kita membantu..memang sebak,diala blogger pertama yang saya jumpa..now, kalau nak bercakap on the phone pun,rasa macam serba tak kena..yerla,biasanya suka berlawak ngan dia cam biasa...

    Kita sama2 bantu dan doakan yang terbaik....

    BalasPadam
  2. Saya dah bace juge,memang tak sangka ;(((

    ya Allah berikan kekuatan pada mereka menghadapi ujiaan ini

    BalasPadam
  3. good effort to help the needy

    BalasPadam
  4. Dah baca pasal ni kat blog erriqaz dan redmummy...semoga jejai dan keluarga diberi ketabahan menghadapi saat2 sukar ini.....

    BalasPadam
  5. Sama samalh kita bantu Abg jejai...

    Dalam keadaan camni Abg Jai kena ketepikan malu.. Nyawa lagi penting...

    BalasPadam
  6. Salam Lebaran Ina...

    Terima kasih kerana maklumat tersebut...anie ni dah lama tak berblog...FB pun jarang... jadi tak tau perkembangan terbaru kawan2...

    Insyaallah akan sama2 membantu...

    Ameen

    BalasPadam
  7. Memang sukar kita menerima org yg kita kenali menghidapi penyakit kronik begini.

    Moga2 Allah ringankan penderitaan jejai dan keluarganya

    Jejai kena kuatkan semangat dan tabah

    BalasPadam
  8. assalamualaikum kak ina....sedih dengar penderitaan blogger Jejai ni moga diberikan ketabahan n kesihatan yg baik hendaknya...:(

    BalasPadam
  9. besar sungguh ujian untuk jejai sekeluarga.. insyaAllah mane yang termampu kite tolong bersama

    BalasPadam
  10. Semoga urusan jejai dipermudahkan. InsyaAllah. Jangan putus asa dalam mencari ubat, hanya tua sahaja tiada ubat.

    BalasPadam
  11. Takpelah ...yang penting bila kita tahu rakan blogger dalam kesusahan...kita bantu apa yang termampu...

    BalasPadam
  12. mr jejai xperlulah berasa malu, mmg ramai lg org susa diluar sana.. tp kite semua xtahu..

    dan betapa bruntungnya mr. jejai coz what ever ever hppen pn kwn2 still ada n maseh mahu mnolong sdaya mmpu..

    ptolongn tidak sbesar mana, namun ini tnda kami sygkan rakan2 kami T_T


    wlopn xkenai tp slalu bca blog mr jejai.. didoakan agar beliau kuat hadapi semua ini..

    bgitu juga buat fmly beliau trutama isterinya dan ank2nyer.. smoge mereka sntiasa ada disisinya dan saling kuat smngt untuk bsama2 mharungi dugaan ini..

    sedeyh sgt..

    BalasPadam
  13. Sedihnya..Semoga dipermudahkan. :)

    BalasPadam

Adsense

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Google+ Followers