NAK DUIT RAYA TAK?

Cabaran Duit Raya 2014

ShoppingTime

Lazada Malaysia

Selasa, Ogos 07, 2012

Dekorasi Raya Di Ruang Tamu Dengan IKEA

Sedar tak sedar dah masuk minggu ke 3 kita berpuasa.  Tentu semua sedang sibuk membuat persiapan untuk menyambut Hari Raya yang akan tiba tidak lama lagi.

Setiap kali Raya, mesti kita akan sibuk menyediakan persiapan hari raya seperti kuih  raya, baju raya, perabot raya, set pinggan mangkuk raya, balang kuih raya dan bermacam-macamlah..kalau boleh semua nak di beli baru kan..
Ruang tamu adalah bahagian rumah yang sering di gunakan dan adalah ruang utama bagi sebuah rumah untuk keluarga berkumpul, berhibur dan berehat selain di mana kita mengadakan majlis keramaian.   

Bila tiba hari raya, ramai tetamu dan sanak saudara yang hadir akan berkumpul, oleh itu ruang tamu haruslah dihias bagi mewujudkan suasana tenang, kemas  dan selesa.
 
Akak menyukai suasana lapang, kemas dan tenteram, konsep minimalis dan moden kontemporari menjadi inspirasi kala menghias ruang tamu rumah akak.

Oleh kerana tema dirumah akak adalah himpunan warna alam seperti coklat kayu dan pastel, sudah tentu warna lembut dan kelabu telah mendominasi pilihan cat dinding, perabot, kemasan dan perhiasan.
 
Bagaimanapun, untuk saling melengkapi dan menghindar jemu, kali ini akak akan menukar permaidani, kusyen hiasan dan juga langsir .  Dengan menggunakan tema baru yang akan mengutarakan gaya segar dan merangsang minda.
 
Untuk persiapan ruang tamu kali ini, akak memilih untuk membeli belah di IKEA kerana di sini menawarkan berbagai-bagai pilihan dan harga mengikut kemampuan kita.
Kali ini akak memilih tema dekorasi dengan pilihan tema hiasan berpandukan warna, stail dan bentuk (pattern) yang akak suka. Akak telah memilih warna terang untuk menyerlah ruang ini.
Walaupun begitu akak tak nak membazir wang untuk membeli elemen hiasan yang mahal...akak beli ikut budget yang telah di peruntukkan.
Akak cuma membeli  dengan fabrik yang menarik tetapi harganya berpatutan dan yang penting ianya kelihatan eksklusif.  Dah tentu ia akan menampilkan kelainan dan ramai beranggapan ianya berasaskan material yang mahal.
Akak telah memilih menggunakan langsir  Eivor yang berharga RM59.00 diperbuat daripada fabrik lembut untuk penampilan yang lebih formal dan klasik. 

 
Untuk hiasan di kerusi, akak memilih 2 biji cushion LAPPLJUNG FĂ…GEL Cushion berharga RM35.90 setiap satu.

Banyak lagi pilihan yang boleh di pilih di IKEA, anda boleh kebahagian langsir dan blinds IKEA kalau nak tenguk bermacam-macam design dan harga yang di tawarkan.

 
Untuk menggantikan tikar buluh, kali ini akak memilih permaidani warna kelabu Gislev yang berharga RM59.00.   Sementara sarung cushion besar MALIN FIGUR berharga RM25.00 sahaja.  

Senanglah tetamu yang membawa anak kecil melepak di sini.  Kalau nak tidur pun boleh sambil membaca majalah.  Cushion lama yang masih boleh di gunakan akak letak di atas kerusi sebelah sini.

Anda boleh lihat bermacam-macam pilihan lagi di cushions & cushion covers di SINI.
Permaidani  ini pula berharga RM200 lebih tetapi oleh kerana sekarang ini IKEA menawarkan potongan harga untuk member, akak cuma beli dengan RM99.00 sahaja.  Itulah untungnya menjadi member IKEA yang sentiasa menawarkan harga yang berpatutan untuk ahli-ahlinya.
Kalau anda nak membeli permaidani/rug mengikut budget, anda boleh ke SINI

Inilah idea dekorasi akak kali untuk raya kali ini.  Cun tak tema dekorasi ruang tamu akak ni?  Dengan budget lebih kurang RM300.00 akak boleh mendapatkan semua ini di IKEA.
Oh yer..bila nak membeli, bajet perlu di ambil kira dan kena bijak membuat perancangan kerana biarlah alah membeli ..menang memakai. Lengkaplah sudah dekorasi idaman  dengan sedikit sentuhan dan juga hiasan di atas mampu mengubah penampilan ruang tamu akak secara drastik untuk memeriahkan  Raya 2012.

Pilihan untuk perubahan tentulah bergantung kepada anda sebagai pemilik rumah dan semuanya haruslah di sesuaikan dengan keperluan anda dan keluarga. Ingat..jangan berlebih-lebihan, padankan kemampuan diri jika ingin mengubah dekorasi rumah anda.

Anda boleh layari laman web IKEA untuk mencari idea bagaimana untuk menghias rumah idaman anda.

12 ulasan:

  1. wah..kak es dh mcm duta tok IKEA la.akk iman rjin g IKEA cz murah gile.kt umah iman yg kt kg 2 ktorg bru2 nh beli cermin letk kt dinding belakang tb nk bg nmpk umah ag besar la

    BalasPadam
  2. menarik dan simpel la kak...suka bntal lepak tu...

    BalasPadam
  3. wah cantik deco rumah akak ni.. semua dari kayu jati ke kak.. pasti mahal2 kan..

    BalasPadam
  4. waa cantik Ina, ummi pun peminat barang2 Ikea kak..

    BalasPadam
  5. cantik, selamat hari raya ;)

    BalasPadam
  6. cantek la umah akak!! ^ ^ suke meje cermin tu..bwhnyer ada kusi lg ek?

    karpet tu cute..suasana santai

    BalasPadam
  7. Assalamualaikum....

    Wah meriah raya tahun nie ye sis..

    Tirana bersederhana aje tahin nie...

    BalasPadam
  8. cantik.... tp kat t.intan tak de IKEA, just beli kat kedai perabot biasa ja.

    selamat hari raya

    BalasPadam
  9. patutnya kena ada gambar akan dalam entry nie... baru la ada gaya duta IKEA....

    BalasPadam
  10. hehehe..
    ini bukan tipu , dayah tak pernah gi ikea.
    :)

    BalasPadam
  11. Cantik! :D
    Selamat hari raya!

    BalasPadam

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...