OOO

Ahad, September 09, 2012

Lauk Simpe Tapi Sedap-Ikan Bilis Cili Api Dan Tempe



Kesukaan anak-anak..akak pun suka buat sebab modal tak banyak..kalau buat selalu boleh beli gelang emas separuh lengan..ala gurau ajer.  Sesuai di makan bersama nasi dan sup..tak kira sup sayur, tulang ataupun ayam..bila bibir rasa pijar, hirup sup...pastu ulang lagi...sampai tak sedar dah habis 3 pinggan nasi..aduhai naiklah berat badan berkg lagi.

Walaupun dah pernah tepek resepi..akak tepek lagi sekali..


Bahan-bahannya
  • 1 mangkuk kecil ikan bilis-ambil sedikit untuk di tumbuk dan lainnya di goreng garing
  • 2 bungkus tempe-sebaiknya tempe yang dibungkus dgn daun -hiris tipis
  • 10-15 biji cili padi-nak banyak pun boleh
  • 1/2 biji bawang besar
  • 3 biji bawang kecil
  • 3 biji bawang putih
  • 1-2 biji limau kasturi-ambil jus
  •  minyak secukupnya  dan garam
Cara-cara

1. Tumbuk cili padi bersama-sama bawang besar, bawang kecil, bawang putih dan sedikit ikan bilis sampai lumat.
2. Panaskan minyak dan goreng tempe sehingga kekuningan. Toskan.
3. Goreng pula ikan bilis. Toskan.
4. Tumis pula bahan tumbuk hingga garing dengan menggunakan api yang sederhana.
5. Apabila telah garing, masukkan sedikit garam, ikan bilis dan petai. Rasa dulu baru tutup api.
6. Kacau sebati dan perahkan jus limau kasturi dan bolehlah dihidangkan.

5 ulasan:

  1. kegemaran saya ni kak ina... sedappp..! terima kasih share resepi .. ;)

    BalasPadam
  2. ikan bilis letak cili api memang sedap...makan plak dengan nasi panas2..

    BalasPadam
  3. mmg best, nsk puteh pns2, kicap + telo mate + smbl ikn bilis n tempe ni..wow!!

    tp kn kak lov kalo msk yg ni nape ikn bilis dia xrangup ek? mcm da lembek plak.. xbestla cmne ek nk kekalkn ikn biles rngop?

    BalasPadam

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Google+ Followers