NAK DUIT RAYA TAK?

Cabaran Duit Raya 2014

Shopping Time

Lazada Malaysia

Jumaat, September 21, 2012

Leganya Bila Ada Tiger Balm Ubat Leher Dan Bahu

48 hours sponsered post.  Please scroll down for latest entry 

 Di zaman yang serba pantas ini,  ramai golongan  berkerjaya terutama yang profesional menghadapi masalah sakit otot pada leher dan bahu di sebabkan duduk berjama-jam di hadapan komputer.  

Mempunyai pelbagai jadual yang sibuk dan penggunaan teknologi seperti mengadap laptop, telefon pintar dan lain-lain juga adalah penyebab ketegangan di sekeliling leher dan bahu.


Seperti mereka, akak juga menghadapi masalah serupa apabila duduk berjam-jam di depan komputer kerna membuat N3 blog, blog walking dan berfacebook menjadi yang satu kemestian setiap hari.  


Bila dah melayari internet dengan keadaaan duduk tegak di meja dan mengambil masa yang lama di depan pc/laptop, dah tentulah membuatkan  leher dan tulang belikat serta bahu merasa sakit dan urat terasa tegang.

Puas di urut dengan tangan..tetapi ianya tidak meninggalkan kesan yang memuaskan.
 
Dengan menggunakan produk ini, sungguh mudah  dan berkesan untuk menangani sakit di sekeliling leher dan kawasan bahu kerana produk ini cepat menyediakan bantuan untuk menenangkan otot letih dan tertekan di sekitar kawasan leher dan bahu.

Setelah akak menggunakan   Tiger Balm Ubat Leher Dan Bahu (Neck & Shoulder Rub) dan di gosok/urut pada tempat yang tegang...fuhhhh..memang  terasa lega dengan serta merta.  Sakit  terasa berkurangan selepas menggunakannya kerana kekuatan produknya  yang sungguh luar biasa.


Memang merasa nyaman dan  terasa perbezaannya selepas beberapa minit  produk ini di gunakan kerana kerana ia  di perbuat khusus untuk melegakan kesakitan di leher dan bahu.  Satu-satunya produk yang terdapat di pasaran yang mempunyai formula khas khusus untuk sakit dan ketegangan otot sekitar kawasan leher dan bahu.



 
Tiger Balm ini juga tidak meninggalkan sebarang kesan berminyak pada kulit  dan cepat menyerap serta mudah apabila di gunakan.  Ia juga mempunyai wangian lavender yang menenangkan  dan tidak berbau sehingga menganggu orang sekeliling.
Tiger Balm Neck & Shoulder  didatangkan  dalam 2 variasi iaitu Tiger Balm Neck & Shoulder Rub  dan Tiger Balm Neck & Shoulder Rub Boost.

Tiger Balm Neck & Shoulder Rub  yang memberikan kelegaan yang berkekalan bagi sakit leher dan bahu yang ringan  manakala Tiger Balm Neck & Shoulder Rub Boost pula memberikan kelegaan  tambahan dan bantuan yang berkekalan.  Ini  kerana ianya dirumus khas untuk sakit dan sengal leher dan bahu serta otot yang tegang, letih dan kejang. 
 

Dengan keharuman yang nyaman dan menyegarkan Tiger Balm Neck & Shoulder Rub Boost terasa ringan dan tidak berminyak. Wah produk yang ini sesuai untuk suami yang selalu merasa sengal di leher dan bahu selepas seharian bekerja di pejabat dan selepas penat bermain bowling.

Dengan tiub yang comel yang beratnya cuma 50gm serta  mesra pengguna kerana ia sesuai di masukkan ke dalam handbeg/beg  dan senang di bawa ke mana-mana sahaja  untuk di bawa samada ke tempat kerja ataupun bila berjalan jauh.  Warna dan rekaannya yang moden serta berbentuk tiub membuatkan ianya sungguh bergaya bila di gunakan.

Akak syorkan kepada sesiapa yang terasa otot  leher dan bahu terasa tegang dan leher  selepas mengadap komputer berjam-jam, letakkan sejumlah kecil krim dan sapukan ke tempat yang menyakitkan dan gosok/urut  secara perlahan-lahan setiap 2 hingga 4 kali sehari.  Ah...terasa legaaaanyaaaaaa


Produk ini hanya boleh di gunakan secara luaran dan perlu di simpan dari jangkauan kanak-kanak setiap masa.


Hanya boleh didapati di farmasi-farmasi terkemuka dan kedai-kedai Wellness Aeon sahaja.
 

Tiger Balm Neck & Shoulder ini  telah dihasilkan oleh Haw Par Healthcare Ltd di Singapura. Dicipta dan dikeluarkan oleh Tiger Balm - jenama terkenal di seluruh dunia dan dipercayai kerana keberkesanan produk yang berkualiti selama hampir berabad lamanya.

Sila layari laman web www.tigerbalm.com untuk info lebih lanjut.


9 ulasan:

  1. Memang best, lega jer bila guna. Plus bau pun sedap.

    BalasPadam
  2. saya pun ah cuba memang oklah macam ada tangan ajaib yang urut2.. hehehe

    BalasPadam
  3. rasanya ini kali kedua akak dapat SP TIGER BALM kan.... rezeki mencurah2x yea...

    BalasPadam
  4. sna sini ada post Tiger Balm.. nampaknya
    memang kena beli ygbaru nih.. Biasanya
    guna yang balm biasa jer..

    BalasPadam
  5. Memang massage on the go!!!

    BalasPadam
  6. Arghhh...!!! Stresss!! Semua blogger padu dpt SP!!! Adakah sebab kepaduan diorg sepadu Harimau??...hehehe...salam kenal KAk Ina KL...

    BalasPadam
  7. oh... kak ina, saya pun baru tahu yang tiger balm ada dalam bentuk tube macam ni. kalau dulu2 dalam tin besi bulat yang kecik tu. Yang ni nampak handy sikit. TQ for sharing kak ina.

    BalasPadam
  8. urut kak..jangan tak urut..hehe... :-)

    BalasPadam

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...