OOO

Khamis, September 06, 2012

Sotong Tiga Rasa




 Resepi asal guna udang tapi kali ini akak gunakan sotong pula.
  
 BAHAN-BAHANNYA
5 ekor sotong dibersihkan dan potong kecil
1 biji tomato, potong 8
sedikit kobis bunga-potong kecil
sedikit lobak merah-potong panjang
10 tangkai sweet pea
1 biji bawang besar, hiris bulat
1 pokok daun ketumbar, dikerat
2 helai daun limau purut-di siat
2 batang serai, dititik
2 ulas bawang putih, cincang halus
6 biji cili padi - diketuk
3 biji limau kasturi, perah jusnya
Sedikit air
Hirisan daun ketumbar, untuk hiasan

BAHAN SOS
3 camca besar sos tomato
2 camca besar sos cili thai
1 camca besar sos tiram
1/2 camca besar sos ikan
1 camca besar kicap manis

CARA MEMBUATNYA
  1. Tumis bawang putih, serai, cili api dan bawang besar hingga wangi. Masukkan sotong dan kacau rata.
  2. Masukkan capsicum (semua jenis), bahan sos dan juga air, kacau rata dan biar mendidih. Tambah daun limau purut, kobis bunga, lobak merah dan sweet pea. Masak sekejap dan tambah daun ketumbar.
  3. Masuk sedikit gula dan masak hingga pekat. Akhir sekali masukkan jus limau kasturi, kacau rata dan rasa, jika kurang masin boleh tambah sos ikan sedikit lagi. Angkat dan alih dalam bekas sesuai, tabur hirisan daun ketumbar sebelum dihidangkan....

6 ulasan:

  1. nampak sedap..boleh cubala nanti sis..tq for sharing the recipe..

    BalasPadam
  2. Nampak sedap dan menyelerakan ;D

    BalasPadam
  3. assalamualaikum kak ina...lapar plak bila tengok gambar lauk ni...:)

    BalasPadam
  4. ikan 3 rasa dh selalu buat..sotong 3rasa ni belum lagi la..nmpk sedap gk yer..

    BalasPadam
  5. i lap seafooodddddd :-) yummy la k. ina :-)

    BalasPadam

Adsense

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Google+ Followers