OOO

Selasa, September 11, 2012

Tiramisu Simple Dan Enak

Ira teringin nak makan tiramisu..akak pun cari bahan kat kedai bakeri dan Yana yang tolong buatkan.  Akak cuma bancuh kek span ajer.

 Resepinya kat sini..akak buat plain ajer tak buh coklat..

Akak suruh Yana dan Ira potong kek span kecik-kecik bila dah sejuk dan masukkan ke dalam bekas ramekin supaya senang nak makan..tak yah potong lagi..cuma ambil sudu dan ngappp ajer..senang bukan.   

Resepi akak ambil dari My resepi anda boleh jenguk kat situ cara membuatnya

Bahan-bahan ( 8 orang atau lebih )

1 biji sponge kek atau apa2 kek
250ml whipping cream
200ml cream cheese
1/2 cawan gula halus
1 cawan air panas (nak bancuh nescafe)
1 sudu makan serbuk nescafe
serbuk koko untuk hiasan

  

Cara-cara

Bancuhkan nescafe dengan satu cawan air panas tadi
Satukan gula, cheese dan cream
Pukul adunan tadi sampai kembang dan gebu
Potong kek pada 3 bahagian
Susun 1 bahagian dalam bekas
Tuangkan 1/3 bahagian bancuhan nescafe ke atas kek
Sapu 1/3 bahagian adunan cream+cheese tadi atas kek
Susun lagi bahagian yang selebihnya
Ulang sampai habis kemudian tutup dengan cling film dan simpan dalam fridge sebentar...
Hiaskan dengan serbuk koko bila masa nak menghidangkannya...

10 ulasan:

  1. mmg sedap kak tiramisu, feveret saya tu, tapi sekrg ni sy terpaksa stop, badan makin membina sekrg ni, kena diet

    BalasPadam
  2. ummipun suka sangat tiramisu ni kak ina, dah terliur pulak tengok n3 kak ina ni, hehe..

    BalasPadam
  3. walau pun saya selalu dengar atau baca pasal tiramisu tapi mmg no idea apako bondo nyo eh, so dah tengok link resepi yang kak ina bagi tu baru lah tahu, lepas ni boleh lah try makan, sebelum ni tak berani sebab tak tahu, thanks kak ina

    BalasPadam
  4. Sy slalu buat sbb kwn2 suka oder.. Mmg sodap.. Hehe

    BalasPadam
  5. Salam K.ina.Sedapnya....lapar la pulak :)

    BalasPadam
  6. walaupun akak buat plain ajer tp nampak menarik jer kek tiramisu nie sebab ada taburan serbuk koko kat atas tue.

    BalasPadam
  7. eh? mcm mudah je buatnyer kak? ni bto2 ke ni? bukan cobaan ye?

    ehehehe nk try!!!!

    BalasPadam
  8. nampak mudah je adui.. bila lah sha nak membuatnya ni kan? hehehe tq kak ina

    BalasPadam
  9. masih ada lagi orang nak cuba resepi saya ni ya... :p

    BalasPadam
  10. Senang rupanya...ni br terhegeh2 nak buat:-)

    BalasPadam

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Google+ Followers