OOO

Ad

Khamis, Oktober 25, 2012

Selamat Hari Raya Qurban

Assalammualaikum untuk semua pembaca blog setia akak.

Selamat Hari Raya Qurban/Hari Raya Haji/Hari Raya Aidil Adha diucapan kepada semua muslimin dan muslimat yang menyambut Hari Raya yang akan menjelang pada esok hari.  Ampun dan maaf jika ada tersilap tutur kata dan perbuatan sepanjang perkenalan di alam maya.

Hari ni ramai juga yang pulang ke kampung halaman terutama orang Pantai Timur..al maklumlah kat sana hari raya Qurban memang meriah.

Tentu ramai yang buat korban..sekarang ni akak dan suami dah tak buat kat sini..kami hantar ke negara Kemboja sebab rasanya mereka lagi memerlukan.  

Tenguk kat majalah terasa sayu bila mereka cuma dapat makan daging setahun sekali.  Sedihnya ...bila mereka dapat merasa nikmatnya menjamah daging..air muka mereka menggambarkan segalanya.

Alhamdulliah dah siap dah semua masakan untuk di makan bersama suami dan anak-anak tercinta.  Terasa sedih mengenangkan mak yang beraya tanpa suami tercinta dan anak-anak tanpa bapa tersayang untuk pertamakalinya pada tahun ini.  Al fatihah buat abah..semuga abah di tempatkan bersama-sama orang-orang yang beriman dan di cucuri rahmat.  Insyallah selepas solat raya kami akan ke tanah perkuburan.


Tahun ni akak tak balik kampung cuma hari Sabtu kami akan berkumpul beramai-ramai di Port Dickson bersama family sebelah suami akak.

Tunggu ajer N3 akak  yer..

4 ulasan:

  1. Selamat hari raya aidiladha kak ina..

    BalasPadam
  2. Selamat hari raya aidiladha kak :)

    BalasPadam
  3. hurmm....saya pulak kena bertugaas time raya... huhuhu

    BalasPadam
  4. Selamat Hari Raya Idh Adha utk KakIna sekeluarga!

    BalasPadam

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Google+ Followers