OOO

Jumaat, November 23, 2012

Nasi ayam

Assalammualaikum semua
Masih lagi mencari jalan camner nak upload gambar direct ke blog.  Sekarang ni kena upload di fb baru masukkan gambar kat sini.  Mungkin kena buka blog baru kot tapi byk plk risikonya.
Bahan-bahan untuk sup
1 ekor ayam di belah 12
1 sup bunjut adabi
7 biji bawang kecil*
5 biji bawang putih*
1 1/2 inci halia*
1 kiub ayam maggi(optional)
Air ikut keperluan
1 batang akar daun sup
garam secukupnya

Bahan hiasan
daun sup dan daun bawang-di hiris halus
bawang goreng

Untuk Tumisan
1 labu bawang besar )
2 biji bawang merah ) semua di hiris halus
1 biji bawang putih )
1 batang kayu manis
2 biji buah pelaga
2 biji bunga cengkih
2 bunga lawang
marjerin/minyak/mentega secukupnya

Cara-cara
1. Basuh ayam sebersihnya.
2. Kisar bahan bertanda *.
3. Tumis bunga lawang, kayu manis, bunga cengkih, buah pelaga dan bawang yang telah di hiris.
4. Setelah berbau wangi masukkan pula bahan kisar.
5. Masukkan pula ayam yang telah di bersihkan.
6. Setelah ayam kecut..masukkan pula air.
7. Masukkan stok maggi, garam dan akar daun sup.
8. Biarkan mendidih dan padam api.
9. Toskan ayam.

Bahan untuk nasi
2 cawan beras basmathi-rendam 30 minit dan toskan (beras biasa pun boleh)
3 cawan air rebusan ayam
marjerin/minyak/mentega
sedikit garam
1 labu bawang besar)
1 biji bawang putih )di hiris halus
3 biji bawang kecil )
1 inci halia )

1 helai daun pandan-di siat dan di ikat
 
Cara-cara
1. Basuh beras dan toskan.
2. Tumis bawang dan halia yang telah dihiris dengan margerin. .
3. Masukkan beras, daun pandan  dan air rebusan ayam tadi. Masak macam nasi biasa.
4. Masukkan juga sedikit garam dan kacau sekali sekala
5. Bila nasi dah masak..masukkan 1 sudu makan margerin. Kacau dengan menggunakan chopstick..baru nasi nampak lawa tak patah.
Bahan untuk perap ayam
1. Perapkan ayam dengan sos tiram, kicap dan sedikit garam dalam 30-1 jam.
2. Goreng sekejap dan toskan dan bolehlah di hidangkan.
 Untuk Sos
1. 5 biji cili merah (buang biji)*
2. 4 biji bawang putih*
3. sos cili
4. gula
5. cuka/jus limau
 
Cara

1. Kisar cili merah dan bawang putih.
2. Masak di atas api kecil....masukkan sos cili dan gula.
3. Pandai-pandai adjust rasa dia.....kadang-kadang akak masak pakai agak-agak jadi payah sikit nak tulis berapa banyak.

Kuah kicap

1. Sos tiram
2. Kicap manis (akak guna cap kicap udang)
3. Air rebusan ayam (sup)

Cara-cara

Campurkan semua. Tenguk kepada kepekatan yang di kehendaki.

4 ulasan:

  1. rajinnya kak memasak
    semua nampak sedap2 belaka

    BalasPadam
  2. assalam ina..acik pernah masak nasi ayam guna reseppi diblog ina..memang sedap..

    BalasPadam
  3. jadi lapar plak pagi-pagi nih tengok nasi ayam tuuu..

    BalasPadam
  4. ngeliur tengok...nampak cam sodap

    BalasPadam

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Google+ Followers