OOO

Isnin, November 19, 2012

Penangan Cendol Bakar

Balik dari majlis perkawinan adik ipar Jai petang semalam, kami balik ikut jalan ke Kuala Selangor..sebab nak masuk highway LATA sebab lagi dekat rasanya nak ambil Ira di Rawang.  Lalu kat Jeram..nak makan ikan bakar di Medan Selera waktu tak sesuai baru pukul 3.00 lebih.  
Masuk ajer jalan  di Assam Jawa-Jalan Kuala Selangor nak ke highway LATA....mak datuk..jalan jem dari persimpangan lampu isyarat lagi.  Waduh apa hal ni.
 
Ingatkan ada accident..rupanya


Penangan Cendol Bakar..bagus kan orang melayu ada terfikir nak buat camni sebab  ada konsep ‘drive-thru’ atau pandu lalu..

Sayangnya kami tak singgah sebab tenguk ramainya orang kat situ sebab lepas cuti kan..lagipun cuti sekolah.  Kalau gi hari biasa tak camni kot.

Cendol Bakar  tu bukan bakar cendol tu dibakar tapi diberikan nama kerana keistimewaan cendol ini menggunakan gula merah yang akan dibakar terlebih dahulu untuk mencairkannya sebelum dijadikan pemanis di dalam cendolnya.  Nama owner pun Encik Bakar...maka terhasillah Cendol Bakar.  Insyallah jika lalu lagi dan orang tak ramai leh singgah nak rasa dan ambik gambo.

Cuti bulan June lepas masa lalu kat sini..taklah jem macam ni..cuma gerai tepi jalan yang biasa ajer..orang pun tak ramai..sekarang ni dah jadi camni..hebat..tahniah kepada usahawan bumiputra yang telah berjaya.


15 ulasan:

  1. Bru plan nak tengok Cendol Bakar tue macam mna... ish

    BalasPadam
  2. Ye ke... ingatkan cendol kat atas bukit malawati tu je yang sedap, nanti kalu balik Jeram, nak juga ronda ke situ nak rasa Cendol Bakar....

    BalasPadam
  3. Tengok gaya orang mai berderet2 tu mesti sedap kan Akak!, ni kalau titan tau mesti suka sangat2. kan dia suka cendol.

    BalasPadam
  4. kat area tempat keje saya ade orang jual nasi lemak drive thru - pembeli standy kat kete / motor jee

    BalasPadam
  5. pertama kali dengar
    mesti sedap kan tu yg ramai org..
    tahniah kpd usahawan melayu

    BalasPadam
  6. hihi..tempat saye tu kak.. :)

    BalasPadam
  7. Salam kak ina..

    Tumpang gembira juga dengan kejayaan orang Melayu, moga terus maju. Mesti sedap tu, sebab tu sanggup beratur panjang.Satu hari teringin juga ummi mencuba cendol bakar ni.

    BalasPadam
  8. Pernah lalu sini,memang ramai pun.. parents tgk beratur panjang.. so tak jadi turun.. huhu.

    BalasPadam
  9. tadi baru lalu je kat situ.. :)

    BalasPadam
  10. Cendol bakar?tak pernah dgr lagi tu...dan tak pernah makan lagi ni..hehe

    BalasPadam
  11. wow! slalu blek kg ada nmpk tp xpena singgah...siap ada drive thru ye.. len kali kne singgah lah..kne sokong usaha org2 kite.. ^^

    BalasPadam
  12. hohoh..memang terbaiklah..

    BalasPadam

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Google+ Followers