Rabu, November 14, 2012

Rahsia Hati Seorang Ibu



Memang tak pernah terbayangkan bagaimana rasanya belajar untuk menjadi seorang ibu sebaik sahaja melahirkan anak pertama.  Betapa bahagianya saat pertama kali melihat tubuh mungilnya, tangisannya yang nyaring membuat hari itu benar-benar sangat bererti untuk diriku.  

Syukur kepadanya kerana  telah memberikan anugerah terindah padaku dan saat itu aku mula berfikir, apakah aku dapat menjadi sorang ibu yang baik untuknya?  


Apakah aku dapat mendidiknya dengan baik dan sempurna?   

Dari seorang anak hingga anak ke lima ianya sentiasa menjadi pertanyaan dalam otak fikiranku.  Aku merasa risau jika aku gagal mendidik anak-anakku dengan cara yang betul.

Tapi aku akan harus berusaha untuk mencuba melakukan yang terbaik demi anak-anak yang telah di kurniakan kepada aku dan suami.

Bukan senang nak membesarkan 5 orang anak-anak, banyak pengalaman pahit manis yang  yang telah aku alami.  Banyak cabaran dan onak duri yang perlu di hadapi.  Dah menjadi satu  kelaziman bila ada saja campur tangan dari ibu mertua yang inginkan menantunya menuruti cara beliau membesarkan anak-anaknya.

Biasalah ibu mertua, mestilah nak ambil tau juga macamana cara kita mendidik anak-anak kita, kerana bagi mereka, mereka lebih pandai dalam cara mendidik anak-anak kerana mereka merasakan telah lebih dulu merasa asam garam kehidupan. 


Walaupun memang tak di nafikan kadangkala cara mereka memang betul tapi mengikut  Kaji Selidik Rahsia Ibu(Mum's Secret Survey) di MSN Parenting Malaysia bahawa 32% ibu-ibu merasa gembira bila ibu mertua mereka telah melakukan kesilapan. 


Rasanya memang betul kot..sebab cara didikan anak-anak di zaman dahulu memang tak sama dengan zaman teknologi yang serba canggih.  Nak buat camner kan..yang baik kita boleh ikut tapi yang kurang sesuai, baiklah di abaikan sahaja.


Tapi cubalah bermanis muka depan mereka sebab takut nanti mereka kecil hati...orang tua memang cepat sensitif kan.
 Anak adalah anugerah, ujian dan amanah kepada kedua-dua ibu bapanya. Tiada yang lebih berharga dalam kehidupan pasangan suami isteri selain dikurniakan dengan anak-anak yang sihat, cerdik, cergas dan cerdas.  Tapi bukan mudah bukan...banyak onak duri penghidupan yang harus kita harungi sebelum mendapat apa yang kita idamkan.

Walaupun ada anak-anak saya yang berjaya tapi saya rasa saya masih lagi tidak berusaha secara bersungguh-sungguh untuk memastikan kejayaan anak yang lain.  Bukan semua anak-anak saya mempunyai keputusan yang cemerlang, ada juga ada yang belum menunjukkan kecemerlangan yang saya inginkan. 


Bukan saya sahaja berpendapat sebegitu,  mengikut kaji selidik yang telah di jalankan 70% mengatakan ya, manakala 30% pula mengatakan tidak.


Rupanya ramai lagi ibubapa masih lagi berusaha secara bersungguh-sungguh demi memastikan anak mereka berjaya dengan cemerlang.  Jika anak kurang berjaya tak salah kita membesarkan mereka dengan pengaruh positif, iaitu dengan melebihkan ganjaran seperti kata-kata pujian, perangsang, penghargaan dan hadiah  daripada memberi hukuman (memarahi, mengherdik, mendenda atau memukul).

Bila berkumpul sesama ahli keluarga di kampung, ibu-ibu selalunya bercerita tentang kejayaan anak-anak mereka terutama selepas keputusan peperiksaan penting seperti UPSR, PMR, SPM.  Tentulah mereka bangga bila anak-anak mereka berjaya dengan cemerlang dan tidak lupa menulis status di Facebook ataupun menelepon adik beradik yang lain memberitahu khabar gembira.  

Dah tentulah bagi ibu-ibu yang mempunyai anak yang kurang cemerlang merasa iri hati kerana semua ibu-ibu memang menginginkan anak-anak mereka lebih bijak dari anak saudara mereka yang lain.  


Saya juga begitu..sedih bila membandingkan keputusan anak yang kurang cemerlang dengan mereka.  Sikap cemburu dengan kejayaan anak mereka mestilah di tanam untuk membentuk persaingan yang sihat dan saya harus berusaha demi memastikan anak-anak saya berjaya seperti mereka.


Dalam kaji selidik yang telah di jalankan sebanyak 76% menginginkan anak mereka lebih bijak dari anak saudara mereka sementara 74% berharap agar anak mereka lagi bijak.  Rasanya semua ibu mempunyai perasaan sebegitu kan.  Tapi semua itu boleh di atasi jika kita terus berusaha bersungguh-sungguh memberikan pendidikan terbaik dengan sedaya upaya.

Daripada sebuah keluarga akhirnya berkembanglah zuriat.  Zuriat yang lahir akan meneruskan warisan keluarga dan keturunan.  Atas faktor hubungan darah dan baka, anak-anak biasanya akan mewarisi fizikal serta bakat daripada ibubapa mereka.  

Daripada pewarisan zuriat yang turun temurun itulah lahirnya peribahasa yang menyatakan, kemanakah tumpahnya kuah jikalau tidak ke nasi.  Atas sebab itulah 46% sentiasa berfikir jika mereka memiliki ciri-ciri personaliti yang baik anak-anak juga akan mewarisi  dari mereka. 



Saya juga mempunyai pendapat sebegitu kerana anak-anak akan menjadi ikon yang baik dan di katakan itu adalah pancaran daripada ibubapa mereka.  Anak-anak selalunya menuruti semua acuan yang baik yang di tunjukkan oleh ibubapa mereka dan mereka mesti mempertahankan imej baik yang telah di tunjukkan oleh ibubapa.


Kepada ibu-ibu yang selalu berfikir bahawa orang lain tahu apa yang lebih dari anda, cuba beri pandangan/pendapat/pemikiran untuk mengalahkan mereka dengan bertindak mengikut tip-tip di bawah ini.
Sebenarnya pemakanan anak yang betul adalah kunci kepada kejayaan/intelek. 

Memberi mereka satu permulaan yang baik adalah paling penting dan memahami fungsi tenaga otak kerana ianya membantu untuk membuat semuanya lebih menarik dalam tahun-tahun awal pembangunan kanak-kanak dan ianya sangat penting dalam perkembangan otak kanak-kanak.


Glukosa adalah sumber utama tenaga untuk otak dan kerana otak cuma boleh menyimpan tenaga untuk 10 hingga 15 minit sahaja, ia memerlukan bekalan yang berterusan.




Membekalkan glukosa pada  at peak levels selepas pengambilannya dan boleh menyebabkan peningkatan mendadak dalam paras glukosa dan sudden plunge too, menyebabkan keletihan  selepas beberapa ketika.



Untuk mengekalkan tahap glukosa stabil ke otak (as the brain feeds on glucose-carbohydrate), ia adalah penting untuk mengambil makanan karbohidrat kompleks seperti Isomaltulosa, broad peas, brokoli, bran dan sayur-sayuran.


Ibu-ibu yang telah mengambil bahagian dalam kaji selidik yang di jalankan juga bersetuju bahawa anak-anak mereka adalah bijak akibat  daripada  dengan pengambilan makanan mereka secara langsung.

Ini adalah benar dan ia telah diuji secara klinikal bahawa pengambilan makanan tertentu pada tahun-tahun awal pembangunan memainkan peranan yang sangat penting dalam perkembangan otak kanak-kanak.

Pemakanan yang baik adalah penting untuk semua aspek kesihatan kita dan terutamanya di kalangan kanak-kanak, di mana otak membangun dengan lebih pantas dalam beberapa tahun pertama mereka. 

Badan menggunakan nutrien dalam makanan untuk menjana fungsi tubuh dan untuk memastikan segala-galanya berjalan seperti yang sepatutnya. 

Begitu juga untuk otak, dengan pemakanan yang betul-ibu bapa hanya mungkin mampu untuk memberi anak-anak mereka "kelebihan" dalam pembelajaran.

 
Ini semua telah saya praktikkan dan alhamdulliah anak-anak saya ada yang telah berjaya melanjutkan pelajaran sehingga ke peringkat yang lebih tinggi.

Bakal seorang Doktor Gigi...insyallah

14 ulasan:

  1. congratulation Kak Ina.. memang amat berat
    tanggungjawab kita sebagai MAK untuk menjaga
    anak perempuan.

    BalasPadam
  2. besarnya pengorbanan seorang ibu....Waaa, jealouss...teringin dan bercita2 alisya turut jadi doktor gigi....

    BalasPadam
  3. tahniah kak ina kerana menjadi ibu yg berjaya. bukan mudah menjadi ibubapa twtapi tanggungjawab yg diamanahkan perlu dilaksana dwngan sebaiknya.

    sop sendiri sedang melaluinya skrg. dalam kesusahan tersebut, semua adalah manis :)

    BalasPadam
  4. Terbaik kak ina..tahniah, moga terus kekal menjadi keluarga bahagia dengan limpahan rahmat kasih sayang Allah SWT.

    BalasPadam
  5. mcm sayu la bila teliti bait2 dri tulisan akk =(

    BalasPadam
  6. Banyak dugaan. Akak berjaya membesar anak-anak ada yang berjaya didalam akademik. Tiba masanya mereka membalas jasa kedua ibubapa mereka pula.

    BalasPadam
  7. assalamualaikum kakina....semoga anak2 kita membesar n berjaya yer...hanya doa seorang ibu akan membawa mereka ke gerbang kejayaan...:)

    BalasPadam
  8. alhamdulillah tahniah ye kakina..moga anak2 kita akan terus cemerlang..amin!

    BalasPadam
  9. congratulation juga dari saya :)

    BalasPadam
  10. betul kak ina, pemakanan amat penting dlm perkembangan otak kanak2...

    BalasPadam
  11. tahniah kak ina... berjaya membesarkan anak2 :-)

    BalasPadam
  12. mesti bile anak saye dah besar, jadi sayu jugak bile kenang balik.. haiishh...

    BalasPadam
  13. aww.. rasa nk nanges je kalo bca entry kak ina psl family ni..tersentuh sgt..

    bangga pun ye coz turut dijadikan sbagai sorg ibu n bhsrat sgt2 dpt jadi seorg ibu mcm akak..

    seronok n bangga tgok ank2 akak bjaya..

    insyallah akan praktikkan sgala kata2 akak tu.. ^^

    BalasPadam
  14. Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pentadbir blog.

    BalasPadam

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Google+ Followers