OOO

Selasa, Januari 08, 2013

Asam Rebus Ikan Kembung

Assalammualaikum

Aduhai remeh tul rupanya bila keta kena sondol ni ek.  Bila dah terjadi kemalangan walaupun kecil ..nak claim insuran bukannya senang.  Ambik masa dan kena keluar gi situ dan sini.  Walaupun camtu rasa lega bila keputusan dari polis kata keta yang langgar dari belakang tu salah.

Kalau tekak rasa tak sedap, salah satu yang akak suka masak ialah lauk ni selain dari tomyam.  Senang pun senang nak membuatnya.  Akak lebih suka tumbuk cili dan bahan-bahan lain dari kisar.  Tapi kalau sape tak rajin tu leh lah kisar ajer dengan sedikit air.

Bahan-bahan
  • 4 ekor ikan kembung
  • 4 biji cili merah-buang biji*
  • sedikit ikan bilis*
  • 4 biji bawang kecil*
  • 2 biji bawang putih*
  • sedikit belacan*
  • 1 batang serai-titik hujung
  • air ikut keperluan
  • air asam jawa-terpulang pada tukang masak..secukupnya
  • 5 bendi (kalau nak letak daun kesom dan bungan kantan pun boleh)
Cara-cara

1. Tumbuk atau kisar semua bahan bertanda *.  Kalau tumbuk lagi best.
2. Siang ikan dan toskan.
3. Masukkan semua bahan yang telah lumat ke dalam periuk dan masukkan air.
4. Hidupkan api dan biarkan mendidih.
5. Masukkan ikan, air asam jawa berserta garam.
6. Bila mendidih masukkan bendi.
7. Rasa cukup garam dan asam barulah di padam api 

23 ulasan:

  1. Balasan
    1. cubalah buat yer saya di sini

      Padam
  2. Memang jenuh menunggu setel kak, saya pun pernah kena sekali kereta kena sondol..nak tunggu bengkel siapkan punyalah lama, nasib claim insuran orang yang langgar tu

    BalasPadam
    Balasan
    1. tulah pasal fadilah..ambil masa berbulan gak ek nak settle semua..lum msk bengkel lagi. memanglah orang yang langgar tu kita claim insuran tapi tak sanggup nak tgk kerosakan tu setiap hari

      Padam
  3. lauk favourite saya ni, makan dgn nasi panas2, mmg layan. saya pun suka tumbuk dr kisar bhn2 tu. lg best! pastu tambah bunga kantan dgn daun kesom. nyums! :)

    BalasPadam
    Balasan
    1. akak pun suka buh bunga kantan dan daun kesum..akak memang suka tumbuk sbb lagu umphhh rasanya

      Padam
  4. asam pedas org utara ni
    hehehe...

    BalasPadam
    Balasan
    1. oh yer ker mq..mak akak org nogori..abah orang ns..ingatkan ni resepi orang belah selatan

      Padam
  5. walau simple..sodap...tp SA buat confirm x menjadi..x sedap..sama la masak pindang..mmg x jadi..x tau la knp..

    BalasPadam
    Balasan
    1. ishh kamu ni amanda..cubalah..jangan mengaku kalah sebelum mencuba..yang penting cukup rasa asam garamnya

      Padam
  6. simple n sedap dah lah tgh puasa ni huhuhu

    BalasPadam
    Balasan
    1. time puasa lah sedap makan cam ni..selamat berbuka el

      Padam
  7. Terus kecur airliur tengok lauk kak ina ni, nasi sepinggan!!hehe..

    BalasPadam
    Balasan
    1. bukan sepinggan ummi..berpinggan-pinggan
      akak suka hirup kuah ni masa panas-panas tau
      sedapppp

      Padam
  8. Balasan
    1. ala dah habislah joe masuk perut

      Padam
  9. nampak sedap tu
    boleh nanti minta isteri tolong buatkan
    hehe

    BalasPadam
    Balasan
    1. suruhlah tehr
      memang sodap

      Padam
  10. Fav saya ni kak,sedap makan dgn nasi panas2.

    BalasPadam
    Balasan
    1. akak pun suka gak norzie..pekena dgn ikan masin goreng..fuhyooo kecur lah pulak

      Padam
  11. assalamualaikum kakina...mmg sedap kena pula ada sambal belacan lg sedapnya...:)

    BalasPadam
    Balasan
    1. mualaikumsalam..memang lagi sedap kan..alamak terasa nak buat lagi lah mas zull

      Padam

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Google+ Followers