OOO

Rabu, Mac 20, 2013

JJCM- Roti Tempayan Sedap Di Kota Bharu

Assalammualaikum semua

Akak kalau gi jejalan negeri orang suka cari tempat makan yang sedap..tapi selalunya terjumpa tempat makan yang lain bukan tempat makan yang di paparkan di blog-blog.   Kadang-kadang bila lalu tempat makan yang ramai orang tentu rasa teruja nak cuba sampai niat asal terlencong ke sini.
 
Balik dari Pasar Siti Khadijah, kami nak gi lepak dalam bilik..tapi bila lalu kat Jalan Sultanah Zainab ternampak kedai makan di celah-celah bangunan yang ramai orang singgah makan..lagi satu nak parking senang.


 Sedap memang sedap..roti tempayan yang di bakar dalam pasu/tandor/.tempayan menimbulkan aroma yang sungguh enak.  Lembut tul roti tempayan ni..cicah dengan daging masalla..memang mantoplah.
Kari ayam pun sedap..memang terbaik .  Akak ambik gak 2 ketui ayam tandoori..akak rekemen anda cuba makan kat sini..takkan ashik nak makan nasi kerabu dan nasi dagang ajer kan.

Akak tak berapa tau tentang tempat ni..bertentang dengan Tadika Wadda dan sebelah Masjid Pakistan..kalau tak silap.

Harga 4 orang makan termasuk minuman dalam RM25.00..oklah kan.. 

19 ulasan:

  1. sedap ni kak.. macam roti arab gitu.. kalau orang yg diet pun boleh makan..

    BalasPadam
  2. saya pun tak pasti kat ne tempat ni...nanti saya balik KB,saya tengokkan ye..

    BalasPadam
  3. As salam,

    Sodapnye! Tgk roti tu dah tau, roti mmg lembutkan kak ina?

    kalau tersinggah kat terengganu, di pantai kelulut ada satu roti tempayan line clear, sedap kari kambingnya =)

    BalasPadam
  4. seapnye kak..dulu selalu gi kelantan tp xpenah plak terpegi kedai ni..

    BalasPadam
  5. tengah diet nie elok makan roti tempayan....argghhhh...lapau ler....

    BalasPadam
  6. baru jugak mkn ayam tandori kedai mamak hohohohoh

    BalasPadam
  7. 1st time dengar roti tempayan ni, hehe~

    BalasPadam
  8. deno pun suka roti tempayan ni.. kalau makan dgn kari daging mmg best!^^

    BalasPadam
  9. roti tempayan? nmpk pun gebu je rupanya tu..aduhh roti2 ni kalo cica kari mmg sedap..leleh air lio mlihatnya..ehee

    BalasPadam
  10. Isk..lama dah tak pekena roti tempayan..kat bangi ni macam susah je nak cari..kena balik terengganu nampak gaya nya.

    BalasPadam
  11. roti tempayan .. nampak gebu .. + sedap nie ...

    BalasPadam
  12. wahh...menarik. sy yg duk KB pon x dpt bygkan kt mana tempatnya ni...hehe... haruslah google jalan ni kt mana...kikikiii

    BalasPadam
    Balasan
    1. dari pasar siti khadijah belok ke kiri kan sbb jalan one way..tak jauh dari situ tpt ni..kamu kalau nampak tadika tu belah kanan..kedai tu belah kiri..dekat masjid pakistan

      Padam
  13. pehh..lama gak tak makan roti tempayan nih..

    BalasPadam
  14. asalamualaikum kakina...lama x makan roti ni...:)

    BalasPadam
  15. Pin point la lokasi baru leh mmbantu org mncarinya

    BalasPadam
  16. Cam sodap aje.. Nak cuba lah malam ni..

    BalasPadam

Adsense

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Google+ Followers