OOO

Selasa, Mac 05, 2013

Resepi Asam Pedas Ikan Parang

Assalammualaikum 

Bila dah jemu ashik gi kenduri makan daging dan ayam..pekena asam pedas memang bestkan.
Bahan-bahan
3 potong ikan parang
5 batang daun kesum-diambil daun 
2 batang bunga kantan-di potong 2 
4 biji bendi 
1-2  cawan air asam jawa-secukup rasa
2 batang serai di titik 
sedikit gula  
minyak masak dan garam  secukupnya


Bahan yang di kisar/tumbuk
8 sudu makan cili kisar
4 ulas bawang kecil
3 ulas bawang putih
1 biji bawang besar
2cm kunyit hidup/sedikit kunyit serbuk  

2 cm halia
2 cm belacan


Bahan tumis
2 biji bawang kecil di hiris
1 biji bawang putih di hiris
1 sudu teh halba campur

Cara-cara
1. Panaskan minyak masak dan tumis bahan tumisan hingga naik bau.
2. Masukkan pula bahan kisar dan tumis lagi sehingga sebati.  Bila dah naik bau baru dimasukkan cili kisar. 
Biarkan cili naik minyak dengan menggunakan api sederhana kecil.  Masukkan garam.
3. Masukkan pula air asam jawa.Biarkan seketika kemudian masukkan air secukupnya..
4. Bila kuah mendidih baru masukkan ikan dan perasakan gula serta garam,  biarkan kuah pekat sedikit.
5. Kemudian masukkan daun kesum, bendi dan  bunga kantan. 
Biarkan sebentar dan rasa garam dan asam barulah dipadamkan api. 
6. Siap untuk di makan.

11 ulasan:

  1. inilah feveret saya..dok penang ni memang x jumpa asaam pedas ikan parang ni..nak taknak kene tunggu balik kampung jugak..makan mak masak..hehe

    BalasPadam
    Balasan
    1. kamu duk mana ek? masakan mak memang paling sedap kan

      Padam
  2. suka asam pedas..tp tiap kali masak gerenti failed...

    BalasPadam
  3. Nampak pun dah tau sedap ni kak ina...

    BalasPadam
  4. memang nampak sedap nih..mengeliurkan...

    BalasPadam
  5. asam pedas! mmg best! deno suka asam pedas terengganu, akak pernah rasa tak? sedap juga... hehe

    BalasPadam
    Balasan
    1. ooo tak pernah lagi rasa asam pedas terengganu..nanti nak google lah..tq yer bagi info

      Padam
  6. Assalamualaikum kak, selamat berkenalan. sedapnya asam pedas tu..Sebenarnya last weekend saya telah pun mencuba resepi mexican bun akak. Memang sedap dan mendapat sambutan hangat oleh my family. Thanks for sharing kak...saya akan masukkan dalam entri saya ye nanti

    BalasPadam
  7. As salam. Meleleh air liur melihat asam pedas ni

    BalasPadam

Adsense

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Google+ Followers