OOO

Ad

Selasa, Mac 19, 2013

Resepi Ikan Baung Masak Tempoyak

Assalammualaikum semua

Hari Ahad gi ke Pasar Pagi ternampaklah ikan baung sungai...sekilo RM25.00.  Masa nak balik baru perasan..tinggal sikit ajer, teruslah akak borong semua.

Ikan masak tempoyak dan tempoyak memang akak tak makan tapi mak akak memang peminat tegar tempoyak.  Suami dan anak-anak makan terpaksalah kena gak ambik tau camner nak masak kan.  
Siang ikan kemudian lumur ikan baung dengan air asam jawa/limau kasturi dan sedikit garam untuk menghilangkan hanyir dan lendir ikan ini.  Biarkan sebentar baru di bilas dengan air bersih dan toskan.
 Senang ajer cara mak akak masak...orang dulu-dulu mana ada sukat-sukat, mereka pakai agak-agak ajer.
Sediakan cili merah, cili api, kunyit hidup, serai titik hujung dan daun kunyit yang di carik pastu di ikat.
 Mestilah ada tempoyak..agak-agak dalam 4-5 sudu besar
Tumbuk/kisar semua bahan di atas bersama-sama 1 atau 2 cawan air (ikut kepekatan yang anda suka).  Masak sehingga kuah mendidih, masukkan ikan dan garam secukupnya.
Bila ikan dah masak rasa cukup perisa barulah padam api dan terus di hidangkan bersama nasi panas.  Seronok bila tenguk suami dan anak-anak makan sampai habis.

Yang ini lauk akak..pucuk paku goreng belacan.  Senang ajer nak masak...
Tumbuk 2 biji cili merah, sedikit belacan, 2 biji bawang putih dan 3 biji bawang merah.

Tumis dengan minyak jagung sehingga naik bau, masukkan garam dan masukkan pula pucuk paku yang telah di bersihkan.  Kacau sebati dan bolehlah di angkat.
 

10 ulasan:

  1. sedapnya masak tempoyak tu kak ina...saya suka..tp ngan ikan patin..ikan baung...bukan byk tulang ke...

    BalasPadam
  2. saya punya fav ni kak...gulai tempoyak, kalo dpt ni tambah nasik berpinggan2..huhu

    BalasPadam
  3. dulu tyka pun tak reti nak makan tempoyak.
    masa belajar kat uitm jengka dulu baru makan lauk-lauk macam ni..
    setiap minggu pergi temerloh makan ikan patin tempoyak... dah jadi feveret sekarang ni

    BalasPadam
  4. suami sy hantu masak tmpoyak kak..sblom kawen xpenah masak pun..lpas kawen dh reti dh..hehehe..sy tak suka sgt..

    BalasPadam
  5. Assalamualaikum Kak Ina

    kegemaran saya masa di kampung dulu2...

    BalasPadam
  6. tu dia...sedap dah nampaknya..saya pulak .tempoyak ada...ikan lak takde heheheh

    BalasPadam
  7. Nyam2.. Kak Ina confirm sedap kan ni.. :)

    BalasPadam
  8. Serius meleleh air liur

    BalasPadam
  9. ya ALLAh kak sedapnyee terliur nie

    BalasPadam
  10. fuh, nampak menyelerakN BETUL!

    BalasPadam

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Google+ Followers