OOO

Ad

Selasa, Mac 05, 2013

The Zone Stulang Laut Johor

Masa ke Johor Bharu kami sempat singgah The Zone yang terkenal kerana berstatus bebas cukai di tebing Selat Johor.  Selain dari shopping complex di sinilah juga perhentian feri dan juga pusat hiburan.
Akak nak tenguk apa yang best kat sini..terdapat gak restoran dan juga kedai-kedai bebas cukai (dikecualikan dari cukai) yang menjual barangan-barangan bermutu tinggi termasuk coklat dan rokok.

Tak leh parking kat sini...mahai aaa..kena cari tempat lain. 
Oleh sebab cuti raya cina, banyak kedai di tutup...sebenarnya tak boleh ambik gambar kat dalam ni..tapi akak ambik gak.  Kami  beli baju dan coklat sedap yang murah dari kat luar.  

Bila nak keluar kena lalu kastam lah..ramai yang datang semata-mata beli coklat sedap.

Sepanjang Pantai Stulang Laut tak berani nak keluar ambil gambar..ramai betul orang asing..al maklumlah cuti panjang..semua tempat istirehat/lepak-lepak dorang yang ambil alih..seram aaa
Tenguk ajerlah dari dalam kereta...suami teringin nak tenguk tempat kami lepak dan makan-makan kat Pantai Lido (dulu) pada tahun 1987-1988.  Dulu pantai nilah tempat makan seafood yang best terutama bila cukup bulan.  Naik moto bertiga ke sini..masa tu ajerlah kenderaan kami ke sana sini. Akak pernah bawak family makan-makan kat sini.  Naik teksi dari Tampoi sebab tak ada kereta.
Russhdi pun pernah mandi di pantai ni dulu masa umur 1 tahun lebih.  Akak setiap bulan seberang Tambak gi ke supermarket di Woodland naik motor sebab masa tu harga setengah barang lagi murah dari kat JB.  Masa tu memang banyak harga barangan kat sana berbaloi-baloi..sekarang ni idaklah sebab semua dah mahai.
Selalu gak gi berdua dengan Russhdi naik bas ke woodland..sajer jejalan naik bas dari Larkin. Bila dah mengandungkan Firdaus. Semuanya cuma tinggal kenangan kerana segalanya telah berubah.



12 ulasan:

  1. assalamualaikum kakina....betul tu Johor dulu dah x sama ngan skg ni byk sgt perubahannya...:)

    BalasPadam
  2. Mana gmbr coklat sedap? Nak tgk.

    BalasPadam
  3. teringat masa pergi dengan aruah ayah kat pantai lido ...berkelah di tepi laut...tahun 1980...sekarang dah cantik pantai nie...

    BalasPadam
  4. Nurul belajar kat JB dulu pun x pernah sampai lagi kat sini... Meriahnyer

    BalasPadam
  5. Tak pernah lagi sampai the zon ni. JB pun boleh dikira berapa kali pegi. Sikit sangat. Hehe

    BalasPadam
    Balasan
    1. nanti gi jelajah 1-2 hari baru best

      Padam
  6. kalau tepi laut stulang ni dah nampak dekattt sgt dngn s'pore kan kak. rasa mcm boleh berenang je

    BalasPadam
  7. owh dekat je ngan ofiz,sy keje kt checkpoint BSI..slalu g stulang tuk mkn je

    BalasPadam

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Google+ Followers