OOO

Jumaat, April 19, 2013

Resepi Dumpling Daging

Assalammualaikum semua
 
 sambal kicap tu untuk penyedap tau..sejak jadi wife orang Johor ni..tak ada sambal kicap memang makan bahan berkuah camni memang rasa tak lengkap.
Sekali-sekali buat sup dumpling ni sedap gak ..sebenarnya akak nak beli kulit wantan tapi bila ambik tak perasan pulak kulit dumpling..hermm buat ajerlah kan.  Takan kan nak perap dalam peti sejuk.

Resepi ni akak ambil dari internet..blog seorang bangsa cina..tapi akak olah ikut tekak akak lah.   


Bahan A
  • 250gm daging kisar
  • 1/2 labu bawang besar
  • 1/2 sudu kecil kicap cair
  • 1/2 sudu teh sos tiram
  • 50 gm bawang putih (dicincang)
  • 50 gm lobak merah (di cincang)
  • 5 gm daun bawang (dihiris nipis)
  • 1/2 sudu kecil tepung jagung
  • garam secukupnya
  • 1/2 sudu kecil serbuk lada putih
  • sedikit minyak bijan
  • sedikit gula
  •  kulit dumpling (ada di jual di pasaraya)

 Cara-caranya
  1.   Campurkan kesemua bahan kecuali kulit dumpling. 
  2.  Masukkan sesudu kecil ke dalam kulit dumpling dan  bungkuskan kemas dengan meletakkan air  disekeliling kulit dumpling. 
 Bahan untuk sup  
  • 1 kiub  ayam/daging
  • 3 cawan air
  • 2 biji bawang putih di tumbuk
  • 1/2 sudu kecil lada sulah
  •  sedikit serbuk lada hitam 
  • minyak olive oil
  • 1/2  teaspoon kicap cair 
  • daun bawang di hiris halus
  •  garam secukupnya  
  • sayuran seperti sawi jepun, lobak merah dan sawi Bok Choy hijau

Cara-caranya
  1. Tumis bawang putih yang telah di tumbuk bersama serbuk lada hitam dengan minyak zaiton.
  2. Masukkan air  bersama kiub ayam/daging tunggu sehingga air mendidih.
  3. Bila dumpling timbul baru masukkan bahan perisa.
  4. Akhir sekali masukkan sayur-sayuran


8 ulasan:

  1. alaa sedapnya.. kalau rumah kita dekat, dah minta sikit.walaupun muka tak malu ni....

    BalasPadam
  2. sedap ni pia suka

    apa beza klt dumpling n wantan?

    BalasPadam
  3. assalamualaikum kakina...wah sedapnya...org johor mmg suka kalau ada sambal kicap tu...:)

    BalasPadam
  4. Resep yang patut di coba di rumah ini

    BalasPadam
  5. sedapnya...nak try...xpena wat dumpling..selalu makan je kat kedai :)

    BalasPadam
  6. emmmm... dumpling!!!!! deno suka sgt! deno pernah mkn dumpling daging dan ayam.. mmg best!

    BalasPadam

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Google+ Followers