OOO

Isnin, Jun 03, 2013

Percutian Di Philea Resort & Spa, Ayer Keroh, Melaka

Assalammualaikum semua

3 hari tak buat N3 di sebabkan ada advertorial yang perlu di siapkan...syukur alhamdulliah ada gak rezeki lagi tahun ni...ashiklah tertangguh nak buat adv tu sebab banyak sangat virus M.
Cuti hari Wesak kami gi bercuti ke Philea Resort & Spa, Ayer Keroh, Melaka . Kali ni seronok sebab semua anak-anak dapat ikut bersama.  Keluar dalam pukul 10.00 pagi...sampai kat area bangi dah mula jalan kejap..berhenti kejap..jalan jem..aduhai sabar ajerlah bila jadi camni.
Nasib baik lepas ajer dari Seremban selepas sangkut dekat 1 jam lebih kena pecut sikit sebab nak kejar solat Jumaat.  Lepas hantar suami ke  Masjid Al-Alami MITC Ayer Keroh akak  gi Mydin  jap  beli jajan pastu lunch kat SR di situ.  Lepas solat hb akak jalan kaki join kami kat situ.
Perut dah kenyang..mata pun mengantuk..badan dah letih...terus ajer ke sini check ini...nasib baik boleh check in awal
Kena beratur cam nak naik bas lah pulak
Padahal nak naik ajer naik buggy ni..kalau tak naik ..masak gak nak sampai ke bilik..bukan senang nak sampai kalau bawak beg banyak. 

Laju tau driver ni bawak..kami anak beranak gelak gelak bila dia konar baring
Akak memang suka suasana camni..sunyi sepi...pagi-pagi bangun dengar kicauan burung ..ala macam duk kat kampung gak..
 
Yang buat tak best jika kat bilik atas ada orang lain terutama yang bawa anak-anak yang suka berlari sana ..berlari sini dalam bilik..
tension akak di buatnya  sebab tempat ni di buat dari kayu..kalau berjalan ..berlari..memang bising. Kat bilik anak akak..lagi teruk ..mereka siap lompat-lompat lagi..mula-mula mereka sabar..tapi bila dah terlampau teruk..anak akak jerit kuat-kuat..terus senyap :).
Padahal mereka dah tampal notis dah..tapi tulah budak-budak kan..bukan reti duk diam..ibubapa yang perlu bagi nasihat.  Kalau ramai duk berehat cam ni best..tak kan terdengar tu semua.  Harga anda boleh check kat website resort ni yer.
Kami ambil 2 bilik..satu bilik untuk 3 orang...nak honeymoon pun tak leh sebab Imran tidur sekali..:)

Puas hati gi sini..sayang nak tinggalkan katil empuk tu..suami akak kata biar bayar mahal sikit sebab nak relazzz ajer bila ke sini..janji puas hati ..




Puaslah angkut iron..konon senang nak iron baju..rupanya ada  disediakan di dalam bilik ..selipar pun ada untuk 2 orang.
Hari kedua pun mereka letak lagi berbagai minuman termasuk 3 tin air dalam peti sejuk. mula-mula ingatkan kena bayar air tin tu..rupanya free.
 Bila gi breakfast atau keluar gi jejalan ke restoran/lobby..kami naik buggy tu..tapi bila orang ramai memang kena tunggu lamalah sikit 



 tapi bila balik akak suka menapak ..suka tenguk persekitaran resort ni..hijau di mana-mana
ok gak..ada macam-macam..puas hatilah..
 
anak-anak akak pun pantang tenguk kolam..kalaulah kaki akak dah baik betul...memang pagi-pagi akak gi jalan-jalan ke sekeliling resort ni..
 
Imran memang tak sabar-sabar nak berenang..tapi tulah..hari Khamis sehari sebelum ke sini, dia jatuh terseret kat jalan masa naik basikal dengan geng budak sekolah..habis lutut, tangan dan jari luka.  
Nasib baiklah tak teruk ...tapi bila mandi manda terasa pedihlah luka tu...biasalah budak lelaki ..jatuh..luka tu perkara biasa
mereka  buat macam-macam aksi..
macam kanak-kanak riang

 sampai orang lain cam pelik lah pulak..
yang besar pun teruja..apa tah lagi kanak-kanak kan
akak tak kisah..janji mereka happy...gelak ketawa..
nama pun gi bercuti
amboi besarnya nganga...nak hilangkan stresslah tu
dah penatlah tu ..balik bilik terus tertidur..kepenatan
 
Lepas mandi manda..pakai ni ajer balik ke bilik
tak yah tukar baju renang tu

 cantik kan waterfall buatan ni
Dah hilang stess kan anak-anak...jom balik..terima kasih suamiku yang menaja percutian kali ini

p/s sayangnya Liyana tak ada di sini...miss you dear :(



19 ulasan:

  1. bestnya kak! nanti nak masuk dalam list percutian ni..dekat je Melaka ni:)

    BalasPadam
  2. assalamualaikum kakina...seronoknya bercuti...:)

    BalasPadam
  3. Bestnya tempat cuti baru. Sebab baru tahu. hahaha

    BalasPadam
  4. Kak Ina..bestnya..Resortnya pun cantik..Mmg sesuai la kalo nak relak2

    BalasPadam
  5. suka dgn kawasan dia... hijau
    ada masa boleh terjah gak nih :)

    BalasPadam
  6. Mmg bestla resort ni! Saya pun suka tmpt2 gini.
    Kalau gitu, kita kena request bilik atas lah ya. Takle tensen bila ada bdk lari2.

    BalasPadam
  7. cantik jer nampak tempat tu...mesti relax..

    BalasPadam
  8. mendamaikan... haaaa mau pergi jugak rasanyer.. :)

    BalasPadam
  9. Aslmkum k.Ina
    menarik resort ni...dlm kws pokok....teduh...menghijau.
    sy belum berkesempatan masuk....hanya tengok dr luar.

    BalasPadam
  10. memang best resort ni kalau lihat review...

    BalasPadam
  11. cantiknya tempat ni tapi saya rasa utk family saya tak berapa sesuai sebab budak kecik nabila mmg jenis bising tak hengat punya....confirm kena marah nanti...hehehe

    BalasPadam
    Balasan
    1. ieda..kamu ambik bilik bawah..ataupun sewa chalet ajer..

      Padam
  12. k ina,
    nanti baGi details pasal bilik ye... cantikla tpt ni

    BalasPadam
    Balasan
    1. cik lily..gi kat website resort ni..ada harga

      Padam
  13. wah, boleh ilang stress rupanya.

    BalasPadam
  14. wahhh... bestnya tengok ni, kak ina.. happy hour with family..

    BalasPadam
  15. mcm seronok...boleh la ajak geng2 gebu gebas pegi sane nnt...hehe

    BalasPadam
  16. Selamat cuti ! Boleh kunjungi 5* villa (Villa 827) di A' Famosa Resort di Melaka untuk cuti yang akan datang :)

    www.villafamosaresort.com

    BalasPadam

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Google+ Followers