OOO

Rabu, Jun 26, 2013

Resepi Ayam Kurkar

Assalammualaikum
Tension akak dibuatnya..malam tadi ambik Ira di asrama..katanya dapat cuti sebab jerebu teruk..tup tup bila sampai rumah pihak asrama kata sekolah lah pulak.  Sabar ajerlah..
Nama masakan ni cam kelakar kan..tak taulah bahasa apa..tapi inilah resepi dari blog "IBUNDO", membuatkan akak rasa nak try ajer buat masakan ni.  Campuran berbagai rempah membuatkan rasanya sangat unik.  

Sebaiknya gunakan ayam kampung tapi kat rumah akak cuma ada ayam bandar..malas nak keluar gi beli.  Sedap di makan bersama nasi sedap ataupun nasi putih..akak goreng papadum juga.


Bahan-bahannya
2 ekor ayam kampung (ayam kampung kecik sebab tu masak 2 ekor)-akak guna ayam bandar 1 ekor
santan dari 1 biji kelapa
3 biji kentang dipotong 4 setiap satu
5 sudu besar rempah kurma
2 sudu besar rempah kari
3 sudu besar pes tomato puri
2 sudu besar pes cili giling (cili kering)
4 ulas bawang merah dihiris
2 ulas bawang putih
1 inci  halia dihiris mancis
2 batang serai dititik
 

Cara-caranya
Masukkan rempah kurma, kari, pes tomato dan cili ke dalam mangkuk.  
Tambah sedikit air dan jadikan pes.
Panaskan minyak.  

Tumis bawang merah, putih dan halia sehingga wanngi.  Masukkan pes rempah dan serai titik.  
Tumis sehingga masak dan berbau wangi.
Masukkan ayam dan masak sehingga air ayam kering.
Tambah santan.  Apabila ayam setengah masak, masukkan kentang.
Masaklah sehingga ayam empuk dan kuah pekat.  

Jangan lupakan garam. 
Tak payah bubuh asam sebab tomato puri memang dah ada rasa masam.

8 ulasan:

  1. sedapnya...tak pernah lagi makan ayam masak cmni..

    BalasPadam
    Balasan
    1. nanti buatlah bulan puasa..guna ayam kampung..sedapppp

      Padam
  2. Balasan
    1. sedap memang sedap..cuba jangan tak cuba zaza

      Padam
  3. salam kak...sheila pun dah beberapa kali masak manu ni mmg tebaik le sdp mkn sama nasi kurma,nasi minyak dan nasi yg sewaktu dgn nya heee..ada roti cicah pun sdp kan

    BalasPadam
    Balasan
    1. memang sedap kan sheila walaupun nampak cam remeh ajer

      Padam
  4. sedapnya k.ina...yumyum.....

    BalasPadam
  5. byk gak rempah2 nya kak...

    BalasPadam

Adsense

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Google+ Followers