OOO

Rabu, Julai 24, 2013

Episod Kemuncak Oh My English Musim Kedua!

Salam ramadan semua

Anak-anak akak memang suka dengan OME ni..siap record lagi..rajin tenguk banyak kali...fanatik sungguhlah.


Elok juga mereka suka, sebab secara tak langsung mereka juga dapat memperbaiki bahasa inggeris mereka.

Para peminat rancangan komedi pendidikan Oh My English! pastinya tidak mahu ketinggalan menyaksisan episod kemuncak Oh My English! musim kedua selama sejam pada Ahad ini (28 Julai) pada jam 6 petang di Astro TVIQ (saluran Astro 610) dan dalam bentuk definisi tinggi (HD) di Astro Mustika HD (saluran Astro 134). 

Sempena dengan itu, peminat-peminat turut berpeluang menonton kesemua babak Oh My English! musim kedua secara beterusan melalui siaran Maraton Khas Oh My English! musim kedua pada hujung minggu ini (Julai 27 & 28) dari jam 10 pagi hingga 10 malam di Astro TVIQ (saluran Astro 610).

 

Ramai pengikut setia rancangan Oh My English! musim kedua ini pastinya ingin mengetahui apakah kesudahan di antara Encik Middleton (lakonan Zain Saidin), Cikgu Ayu (lakonan Tiz Zaqyah) dan Cikgu Malik (lakonan Aaron Aziz) dalam episod kemuncak Oh My English! selama 1 jam.

Hubungan di antara cikgu-cikgu bertambah rumit dengan kehadiran bekas teman wanita Encik Middleton, Sara Jane (lakonan Aileen Gabriella Robinson, juara Miss Tourism International)  yang tidak berputus asa untuk memikatnya semula. Apakah yang akan dilakukan oleh Encik Middleton? Adakah Cikgu Ayu akan meninggalkan sekolah SMK Ayer Dalam? Apa akan berlaku kepada pelajar-pelajar kesayangan kelas 3 Merah? Jangan ketinggalan menonton kesudahan Oh My English! musim kedua di episod kemuncak khas selama 1 jam. 


Para peminat yang terlepas menyaksikan episod-episod lalu Oh My English! musim kedua kini berpeluang menonton semula rancangan kegemaran mereka dengan menikmati keseluruhan rancangan melalui siaran Maraton Khas Oh My English! musim kedua. Jangan lepaskan peluang untuk meyaksikan semula gelagat-gelagat lucu para pelakon Oh My English! . Pelbagai babak menarik sewaktu sesi pembelajaran Bahasa Inggeris yang turut dimeriahkan dengan penampilan khas para pelakon tanahair seperti Lisa Surihani, Rozita Che Wan, Datuk Aznil Haji Nawawi, Nur Fazura, DJ Hitz.fm - Jin dan Ryan, Rykarl, Joe Chang, Aileen Gabriella Robinson, Yus Jambu (Raja Lawak) dan ramai lagi.



Yasmin Megat, selaku Naib Presiden Bahagian Remaja dan Kanak-Kanak Astro berkata “Kita kini sudahpun menghampiri penghujung musim kedua program Oh My English! dan Astro mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua para peminat atas sokongan padu anda terhadap program yang bercorakan hiburan dan pendidikan ini. Program Oh My English! terus menjadi popular di kalangan semua lapisan rakyat Malaysia dan berjaya meraih lebih daripada 4.5 juta penonton TV, lebih 10.7 juta penonton di YouTube, hampir 500,000 peminat Facebook dan 68,000 pengikut di Twitter sehingga kini. Segala kejayaan yang diperolehi adalah atas sokongan padu anda semua. Selain itu, pelbagai rancangan menarik akan diumumkan nanti untuk terus meningkat jenama program Oh My English! ke tahap seterusnya”.



Jangan ketinggalan menonton episod kemuncak Oh My English musim kedua dan siaran marathon khas khusus untuk semua para peminat Oh My English! pada hujung minggu ini.

Layari laman resmi Oh My English! di www.ohmyenglish.com.my untuk lebih maklumat atau mempelajari Bahasa Inggeris menerusi permainan-permainan interaktif dan kandungan-kandungan lain.

Untuk melanggan Astro, hubungi kami di talian 1300 82 3838 atau layari www.astro.com.my


 

8 ulasan:

  1. tak sabar nak tunggu episod akhir.....

    BalasPadam
  2. jarang tgk Oh my english musim ke 2 ni :)

    BalasPadam
  3. ada tiz zakiah la plak. wahh. wahh..

    BalasPadam
  4. dah lama tak tengok oh my english ni...tahun lepas masa balik beraya kat malaysia, memang layan cerita ni..

    BalasPadam
  5. kejap je rasa dah nak abis dah

    BalasPadam
  6. I rasa sedih dengan episod kemuncak oh my english 😞😞😞😞😞😞😞😞😞😞😔😔😔😔😔😔😞😞😞😞😞😞😞😞😞😞😞😞😞😞😞😞😞😞😞😞😞😞😞😞😞😞 bye oh my english jumpa pada season 3

    BalasPadam
  7. ala kesian cikgu ayu!!!

    balas

    BalasPadam

Adsense

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Google+ Followers