OOO

Ad

Ahad, Julai 07, 2013

Xpax Rewards Customers With Their Dream Watches

 En. Zalman Aefendy Zainal Abidin, Ketua Pegawai Pemasaran Celcom Axiata Berhad mengucapkan terima kasih kepada pelanggan-pelanggan Celcom di atas sokongan tidak berbelah bahagi mereka dan mengucapkan tahniah kepada pemenang "Time To Reload & Win A Watch".
 
“Bagi separuh kedua tahun ini, kami akan melancarkan dua atau tiga lagi kempen kepada pelanggan prabayar dan pasca-bayar Celcom sebagai langkah menghargai mereka dan menarik pelanggan baru,” katanya kepada media selepas menyampaikan hadiah kepada 11 pemenang kempen ‘Time To Reload & Win a Watch’ di Kuala Lumpur, semalam.

Kempen ‘Time To Reload & Win a Watch’ untuk pengguna prabayar Xpax, U.O.X dan S.O.X bermula 21 Mei hingga 31 Ogos ini menawarkan hadiah harian jam tangan jenama mewah seperti Bell&Ross, Ball, Fortis, Maurice Lacroix dan Oris bernilai RM10,000 setiap satu.

Untuk menyertai kempen itu, pelanggan prabayar Celcom hanya perlu menambah nilai RM10 dua kali dalam satu hari atau RM30 sehari untuk berpeluang memenangi jam tangan mewah bernilai lebih RM1 juta selain bonus jam tangan idaman bernilai RM30,000 kepada pelanggan bertuah.

Zalman Aefendy berkata, Celcom merekodkan pertumbuhan tambah nilai sebanyak 20 peratus menerusi pengenalan kempen Time To Reload & Win a Watch.
En. Md Noor Haizan Bin Ismail dari Bangi (tengah) merupakan pemenang jam tangan edisi terhad bernilai RM30,000. Bersama-sama beliau dari Celcom ialah   (dari kiri) Pn. Umi Haina Abdul Rahman, Head of Product Marketing; En. Zalman Aefendy Zainal Abidin, Chief Marketing Officer; Bernard Ho, Group Brand Manager – Xpax; and Alvin Tan, Brand Manager – Xpax.
 
En. Md Noor Haizan Bin Ismail dapat jam berharga RM30,000....seronoknya diaaaaaaa
Pemenang-pemenang "Time To Reload & Win A Watch" 
bersama-sama hadiah yang di menangi.

 “Celcom mengharapkan dengan kempen seperti ini dapat meningkatkan pendapatan syarikat selain menambah jumlah pelanggan dalam usaha menjadi peneraju dalam pasaran telekomunikasi di negara ini,” katanya. 

Mengulas mengenai kempen itu, beliau berkata, ‘Time To Reload & Win a Watch’ dilancarkan bagi menghargai sokongan pelanggan prabayar Celcom.

“Kempen ini dilancarkan susulan daripada kejayaan kempen ‘Whatchuwant" tahun lalu,” katanya.

7 ulasan:

  1. bertuah nya depa ni.. 10k tuh harga jamm..

    BalasPadam
  2. masa bujang dulu adalah pakai celcom ni.tapi skrg tak lagi

    BalasPadam
    Balasan
    1. nape bro? aku dari bujang sampai dah ada anak 3 smua pakai celcom..haha terbaek gak family plan 1+5 die

      Padam
  3. Tak kesempatan nak join majlis penyampaian hadiah nie....sebab bertembung dengan event makan makan....kat KLCC

    BalasPadam
  4. Dalam byk2 telco, celcom jer yg belum saya cuba..erm..nampak menarik gak ni...hehe

    BalasPadam
  5. jeles plak tgk diorg..nak kena try gak nih manatau habuan raya..haha

    BalasPadam
  6. Assalamualaikum. bestnya dapat hadiah. mahal tu :)

    BalasPadam

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Google+ Followers