OOO

Ad

Rabu, Julai 24, 2013

Pelakon Umi Kalthum Meninggal Dunia Dalam Tidur

Salam Ramadan
sumber : Berita Harian

PETALING JAYA: Seniwati veteran iaitu Datin Umi Kalthum, 81, meninggal dunia ketika sedang tidur di rumah salah seorang anaknya di Taman Melawati dekat sini pagi Rabu.

Anak Allahyarham, pelakon Noorkumalasari berkata, ketika kakak sulungnya hendak mengejutkan Allahyarham untuk bersahur kira-kira pukul 4 pagi, Umi Kalthum sudah tidak bergerak.
 
"Ketika kakak saya bersiap untuk bersahur, kakak pergi kejutkan ibu di dalam bilik dan mendapati dia sudah meninggal dunia," katanya ketika dihubungi mStar Online di sini pagi Rabu.

Noorkumalasari berkata, Allahyarham tidak menghidap apa-apa penyakit kritikal dan beliau masih cergas walaupun sudah mencecah usia 81 tahun.
 
Semasa hayatnya Umi Kalthum atau nama sebenarnya Patimah Bahudin telah berlakon lebih 20 buah filem antaranya Bawang Putih Bawang Merah, Raden Mas, Laila Majnun, Menanti Hari Esok dan Syukur 21.

Wataknya jahatnya sebagai Putih dalam filem Bawang Putih Bawang Merah yang digandingkan dengan Latifah Omar benar-benar meninggalkan kesan kepada penonton.
 
Beliau juga pernah dipilih sebagai Wanita Melayu Paling Jelita di Asia pada zaman kegemilangannya oleh sebuah majalah di Australia.

Hasil perkahwinan Allahyarham dengan S Roomai Noor, beliau meninggalkan lapan orang anak, 22 orang cucu dan seorang cicit.

Seorang lagi anak Allahyarham ialah penyanyi Anita Sarawak hasil perkahwinan pertama S Roomai Noor dengan seniwati Siput Sarawak.

Jenazah dijadualkan akan dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam, Klang Gate, Hulu Klang dekat sini sebelum solat Zuhur pada Rabu.

Sumber : http://mstar.com 
Akak memang minat dengan lakonan arwah ..terutama dalam cerita bawang putih bawang merah.  Arwah sinonim dengan watak jahat dan memang lakonannya sungguh berkesan.
kredit pic : google
Bersama arwah P.Ramlee dan arwah suami S Roomai Noor

Al fatihah

11 ulasan:

  1. Assalamualaikum kak ina. innalillahiroujiun.. al-fatihah. semoga allahyarhamah ditempatkan dikalangan orang yang beriman...

    BalasPadam
  2. tak ingat dah dgn pelakon nih, rupanya sama mcm pelakon mariani. takziah kpd keluarga arwah.

    BalasPadam
  3. al fatihah
    saya pun suka lakonan allahyarhamah yang sungguh cantik ni
    kalau cuti mau g melawat rasanya.

    BalasPadam
  4. Al-Fatihah...

    Semoga dipermudahkan segalanya buat arwah.

    BalasPadam
  5. Al fatihah, moga rohnya ditempatkan disisi orang2 yang beriman.

    BalasPadam
  6. Dia selalu pegang watak jahat. Kalau puteri raja pun yg jahat jugak. Lakonan mengesankan....

    BalasPadam
  7. alfatihah..semuga rohnya ditempatkan bersama sama orang yang beriman..

    BalasPadam
  8. Alfatihah...semoga roh beliau aman di sana....

    BalasPadam
  9. Semoga rohnya ditempatkan dikalangan orang-orang yang beriman. InshaAllah.

    BalasPadam

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Google+ Followers