OOO

Selasa, Julai 16, 2013

Resepi Ikan Masak Tiga Rasa (Versi 3)

Assalammualaikum dan salam ramadan

Tak sangka pula ramai yang masih nak lihat wajah Hajah Mazuin sehinggakan beribu-ribu pelawat datang ke blog akak.  Ada lagi akak jumpa gambar beliau di fb anak perempuan dia..tapi cukuplah yang ni ajer yer.
Macam-macam sos ikan tiga rasa yang akak dah pernah cuba. Kali akak nak cuba resepi orang lain pula dan tukar ikan..kali ni guna ikan jenahak pula sebab bosan gak kalau ashik guna ikan siakap.  Resepi asal dari (sumber: zanavilla) tapi akak ada tambah lagi bahan nak bagi lagi umphh.

Bahan2nya:
  • 2 ekor ikan jenahak sedang
  • 1 labu bwg besar dipotong dadu
  • 2 ulas bwg putih dicincang
  • 1" halia dihiris halus
  • 6 biji cili padi dipotong bulat (buh lebih kalau nak pedas)
  • 1 biji tomato didadu
  • 1/4 biji lada banggala merah didadu
  • setangkai daun ketumbar dihiris
  • 3 sudu besar cili sos
  • 3 sudu besar sos tomato
  • 2 sudu makan sos tiram
  • garam dan gula secukup rasa
  • 3-4 biji limau kasturi-ambil jus
  • 1/2 cawan air - bergantung kepada kepekatan sos yang di ingin
  • 1 sudu makan sos ikan
Cara2nya:
1. Ikan dilumur dgn sedikit serbuk kunyit dan garam ~ goreng garing dalam minyak yang banyak, tos  dan ketepikan.
2. Panaskan sedikit minyak ~ tumiskan bawang putih, halia dan bawang besar sehingga wangi dan layu. Kemudian masukkan buah tomato, lada banggala dan cili padi ~ dikacau rata.
3. Masukkan sos tomato, sos cili, sos ikan dan sos tiram secukupnya dan tambahkan dgn sedikit air, sedikit garam serta gula dan kacau lagi sehingga sebati. 
4. Padamkan api dan tuang jus limau.
5.  Tuang sos kat ikan bila nak makan.

4 ulasan:

  1. ikan jenahak cam tu rupanya ye kak...

    BalasPadam
  2. salam kenal..sy khai n dh follow..ikan ni der bau x? jemputlah ke blog saya :)

    BalasPadam
  3. Salam kak ina..guna ikan kerapu pun sedap kan kak...

    BalasPadam
  4. as salam kak ina.
    ikan jenahak, wat lauk kari pun sedap kan kak.

    BalasPadam

Adsense

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...