lazada

Lazada Malaysia

Ahad, Julai 28, 2013

Semakan Senarai Nama Terkini PLKN 2014 | Online dan SMS - (Ira Terpilih)

Oleh kerana anak akak Ira lahir pada tahun 1996, beliau pun tercari-cari macam mana nak check senarai nama PLKN 2014.  

Ira gembira sungguh kalaulah dia terpilih ke PLKN sebab dia memang teringin sangat nak rasa onak dan ranjau sepanjang latihan 3 bulan ini.
Akak lebih suka dia tak pergi..tapi bila kakak dia Yana cerita macam-macam cerita best tentang pengalaman masa dia kat kem, lagilah Ira bersemangat nak pegi.

Dulu Yana di PLKN Benum Hill Resort Raub Pahang..akak sempat gak melawat sebanyak 2 kali masa kat sana. Dapatlah jejalan kat Raub..kalau idak tak harapan nak gi sana.  Sempat  bawa makanan dan minuman dan berkelah kat situ. 
Tersenyum simpul bila check dan nama dia ada di SISTEM SEMAKAN ONLINE PLKN..waduh anak pempuan sekarang memang sukakan cabaran kan.

Tak perlah..nak buat camner..redha ajerlah kan..tapi masih tak tau kat mana penempatannya nanti.  Jangan ke Sabah atau Sarawak udahlah..jauh nak gi melawat dia nanti.
Tarikh Semakan Calon PLKN Siri 11/2014 
Semakan PLKN Siri 11 Tahun 2014 bagi remaja yang lahir pada 1996 boleh disemak mulai 25 Julai 2013 (Khamis) melalui laman web www.khidmatnegara.gov.my atau melalui khidmat pesanan ringkas di PLKN SEMAK nombor kad pengenalan dan hantar ke 15888.
 

Calon yang tersenarai dan terpilih untuk mengikuti sesi latihan PLKN akan mengikuti latihan mulai Januari 2014. Pemilihan adalah berdasarkan prestasi pelajar dan juga dipilih secara rawak.


Semakan Secara Online Senarai Nama Terpilih Ke PLKN Siri 11/2014 
Calon PLKN Siri 11/2014 boleh disemak bermula pada 25hb Julai 2013 dengan melayari tajuk pautan di bawah:


LANGKAH – KLIK KE LAMAN RASMI
SISTEM SEMAKAN ONLINE PLKN

atau

Semakan boleh dibuat melalui salah satu applikasi di bawah:

LINK 1

ATAU

Semakan Senarai Nama Terpilih Ke PLKN Siri 11/2014 - SMS

  • Anda juga boleh menyemak status pemilihan dengan menggunakan Khidmat Pesanan Ringkas (SMS)
Taip: PLKN semak <No.KP> hantar ke 15888

atau telefon 03-40274747

Untuk semakan penempatan pelatih PLKN Siri 11/2014 kumpulan 1 anda boleh menyemak pada bulan Disember 2013.

Nota : Applikasi semakan Link 1 dan Link 2 hanya boleh dibuat pada bulan Julai 2013 setelah sesi PLKN 2014 dibuka dan diumumkan melalui Laman Web PLKN

Tahniah kepada yang berjaya




7 ulasan:

  1. adik sy dah check.
    Dan dia seronok sebab tak dapat :)

    BalasPadam
  2. salam K.ina,Terima kasih kongsikn maklumat ni...atie pon tak bape suka anak atie join kem2 camni.

    BalasPadam
  3. Rasanya ramai remaja yang suka PLKN nie selain dapat pengalaman diorang pun dapat elaun kan...

    BalasPadam
  4. alhamdulilah nasib baek sye tak dpat prgi,,kalau prgi bleh jejaskan keshatan ney...huhuhu....

    BalasPadam
  5. yehh..terselamat kali ini. hehe..

    BalasPadam
  6. errrr....sya dpt....malasnyeeeee....why!!!! why me!!!!!

    BalasPadam
  7. Alhamdulillah dpat :)..bkan kerna dpat elaun,ttpi dpt mnimba penglman..atleast dpt bljar berdikari..jauh darpd parents..bljar hidup di tmpat orng..dpat knlan ramai..buang sikap rendh dri or malu..

    BalasPadam

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...