OOO

Ad

Ahad, Ogos 18, 2013

Akak Memang Keliru Mengenai SEO

Assalammualaikum semua
kredit : google
Tertarik akak dengan tajuk Apakah Blogger Keliru Dengan SEO di blog Denaihati.com.  Sebagai blogger yang dah menceburi blog sejak akhir 2008 memang akak masih tak berapa faham  dan keliru tentang SEO ini.  

Memang akak ingat entri SEO ialah seperti N3 yang hangat/hangit yang ada di media-media tempatan tapi bila dah baca tip-tip di blog Denaihati.com baru akak tau serba sikit apakah  N3 SEO(Search engine optimization).

Tujuan SEO adalah untuk menempatkan  laman web pada posisi teratas ataupun  setidaknya menempatkan blog kita di halaman pertama berdasarkan hasil pencarian berdasarkan kata kunci tertentu seperti Yahoo, Bing terutamanya google.

Jika blog kita tersenarai dihalaman pertama, sudah tentu 
memberikan peluang yang lebih besar sehingga ramai pengunjung masuk ke blog kita.  


Jika blog kita ada iklan macam Nuffnang,  makin banyak pengunjung/trafik makin banyak hasil CPUV (Cost-per-unique-visit) Campaign yang kita akan dapat seperti juga Innity yang memerlukan blogger mencapai target trafik tertentu untuk mendapatkan hasil memuaskan dari hasil berblog.

Sampai sekarang akak masih lagi mencari-cari bagaimana untuk memantapkan SEO tapi ada masa kadangkalanya blog akak akan tersenarai di muka depan carian tapi ada masanya apa yang akak buat tak tertunai hasrat dihati.

Bagi blogger baru memang sibuk mempelajari apakah SEO itu sehingga tercari-cari tip-tip bagaimana untuk meningkatkan trafik dengan menggunakan taktik tersebut sehingga ada yang menggunakan tajuk-tajuk beransur tak sedap dalam penulisan mereka.

Ada juga blogger yang mencopy paste N3 berunsur gossip panas mengenai artis di blog mereka dengan harapan agar penulisan mereka akan berada di muka depan enjin carian google.  Kenapa mereka melakukan begitu?

Salah satu sebabnya supaya blog mereka di kenali ramai dan mereka boleh mendapat pendapatan yang berbaloi dari berblog.  Bagi mereka satu kepuasan jika dapat trafik yang beribu riban setiap hari dan blog mereka sentiasa di lawati oleh pembaca yang gemarkan N3 sebegitu. 

Jika niat asal mereka nak mencari wang dengan cari sebegitu tapi hasilnya mengecewakan dan tentu blog mereka takkan kekal selama-lamanya kerana mereka ashik dengan N3 panas sehingga pembaca bosan sebab sekarang ni terlampau ramai yang suka buat blog nichenya hiburan dan gossip.

Tak di nafikan akak pernah juga melakukan perkara sebegitu tapi taklah sampai memuatkan N3 yang berunsur tak sedap mata membaca, cuma pernah memuatkan N3 mengenai perkawinan, kelahiran anak dan kematian artis.

Memang betul trafik akan mencurah tapi percayalah, ianya cuma untuk 2-3 hari sahaja, kemudian pembaca tak kan datang lagi ke blog kita.  Sehingga kadang kala rasa kecewa kerana blog tak kekal di muka  carian hadapan di google.
Sekarang ni, akak lebih suka menulis ikut idea sendiri cuma kadang kala masih lagi membuat  N3 mengenai artis.   Tapi akak lebih suka buat N3 mengenai artis tersebut bila dapat bertentang mata dan bergambar dengan mereka.

 

Tentu seronokkan N3 diblog ada gambar kita bersama artis..rasa glam lah kejap:).

Akak menghargai tip-tip mengenai SEO yang ada dalam blog denaihati.com dan akan cuba memperbaiki SEO blog akak dengan harapan semuga akak tak keliru dan rasa kecewa bila blog akak tak tersenarai di muka hadapan carian google.

"Sebenarnya Keunikan artikel Anda " mempengaruhi kualiti  N3 di blog sehingga boleh mempengaruhi peningkatan trafik di blog dan insyallah tanpa N3 panas/hangit/lucah  pengiklan akan tertarik untuk memberi iklan/advertorial/sponsored post di blog kita.  Insyallah.


32 ulasan:

  1. Kayuh pelan-pelan tak apa...ada niat nak tahu, lama-alam tahu jugak, insyallah!

    BalasPadam
  2. Tq Kak Ina atas info yang diberikan...semoga kita tidak keliru lagi dengan SEO

    BalasPadam
  3. saya tak faham pun guna SEO kak ... main suke berblog je. tulis apa yang nak tulis asal selesa

    BalasPadam
  4. Betul tu saya setuju... Tulislah entri dengan seikhlas hati tanpa terlalu mengejar sangat SEO... Pasti dapat menawan hati pembaca...

    setiap apa yang kita usahakan hari ini melalui blog kita, pasti akan ada hasilnya... Cuma masaya dan rezeki yang menentukannya... Yang penting kita kena melakukan 4 perkara ini iaitu:

    D - Doa
    U - Usaha
    I - Ikhtiar
    T - Tawakal..

    BalasPadam
  5. Saya pun blur lagi pasal SEO ni kak. Tapi perlahan-lahan la kot. Teringin nak ke seminar SEO ke. Tambah ilmu sikit

    BalasPadam
  6. saya pun masih blur.

    byk lagi nak kena belajar dari sifu2 mantap ni

    BalasPadam
  7. Ada usaha lebih kita dapat lebih kak.. Saya pun join contest ni.. kebetulan saya juga memilih tajuk yang sama..

    BalasPadam
  8. thx kak atas info-info yang berguna ni ye..lepas ni boleh sy try teknik seo kat blog sndiri pulak :)

    BalasPadam
  9. BBL pun sampai sekarang tak paham SEO ni. dah banyak baca entri cuma tak berapa nak pandai SEO ni. cantik pic akak dengan awal.


    My recent post : Coolkan Blog Dengan CoolBlog

    BalasPadam
  10. alamak...

    sy jeles sy jeles :D

    http://www.khairilmazri.com

    BalasPadam
  11. Mmg tak berapa faham pun pasal seo ni.. tapi isu artikel unik mmg perlu utk SEO.. saya pun tak pandai.

    BalasPadam
  12. Bilion terima kasih kak inakl diucapkan kerana menyertai kontes contest #‎DuitRaya‬ dan semoga berjaya. Sentiasalah melawat Denaihati yer untuk mengetahui update terkini contest dari masa kesemasa.

    BalasPadam
  13. kalau tahu teknik, memang senang nak naikkan trafik :)

    BalasPadam
  14. Aina main hentam sahaja tetapi kalau tulis bab artis memang naik ja trafik tapi tulah masa tengah panas jelah bila dah sejuk cerita tu back to normal.

    BalasPadam
  15. Dulu kalau bercerita pasal SEO mesti saya tercengang tak tahu apa

    BalasPadam
  16. akk sampai sekarang masih bluur pasal CEO..

    BalasPadam
  17. Salam....kak.....
    Belajar daripada org yg lebih pengalaman memberi kita lebih byk ilmu tentang SEO...sayapun masih belajar jugak....amat teruja bilamana blog/entri kita berada di page 1 di google search...
    TQ...ada masa singgah le sebentar di blog sensasi2020 ye...!!!

    BalasPadam
  18. Terima kasih kak ina atas perkongsian, and good luck ye.

    BalasPadam
  19. Semoga berjaya dapat DUIT RAYA yea... apapun post entry santai sebegini lebih digemari ramai pembaca

    BalasPadam
  20. @Kak Ina,

    Terima kasih singgah sejenak ke blog kami.
    Harap akak serba sedikit memahami tentang SEO
    mengikut pendapat & pengalaman kami dalam karier SEO.

    ikhlas,

    AMIN JOHAR
    (Jurutera SEO Malaysia)
    PAKAR NIAGA

    BalasPadam
  21. salam kak.
    SEO ni ilmu yang saya rasa tak akan habis. setiap hari ada benda baru. so kena terus belajar je lah..

    BalasPadam
  22. Assalamualaikum kak, sheila pun baru tahun ni paham apa tu SEO lepas 3 tahun berblogging. hehhe idea tersendiri lebih menarik daripada entri2 pasal gosip artis semata2. heee :)

    BalasPadam
  23. betul, ramai juga yang keliru termasuklah sayaa..

    BalasPadam
  24. Sejak berkawan dgn tuan Denaihati dan belajar dgn sifu HasrulHassan dan Encik Titan sy mula faham apa itu SEO. Wa... dasat komen kat entri ni, sampai 24 komen... Tahniah kak :)

    BalasPadam
  25. sebab terlalu fikirkan SEO jugak alin hampur give up nak berblogging kak Ina..akhirnya...alin ikhlas hati seiklas2nya untuk menulis dan bukan mengejar seo semata2 sb belum masanya kot...hehehehe...

    selamat hari raya kak ina

    BalasPadam
  26. Tulis entri sendiri lebih baik kak..entri2 hangat ni kalau seo menjadi pun untuk sementara waktu je.

    BalasPadam
  27. semoga dapat apa yang diidamkan..jadi blogger ni banyak kena belajar..:D

    BalasPadam
  28. yeah sedaya upaya tak nak buat entry yang berkaitan artis

    BalasPadam
  29. saya pun sedang dalam proses memahami SEO. InsyaAllah, sedang berjuang.

    BalasPadam
  30. denopun kurang fhm tentang SEO ni... tapi ambil tahu juga... dneo baru sahaja tukar domain www.dayangdeno.com :)

    BalasPadam

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Google+ Followers