Ahad, September 28, 2014

eQurban.com-Ibadah Korban Secara Online


Assalammualaikum semua

Tak lama lagi Hari Raya  Haji dikenali juga sebagai Hari Raya Korban akan tiba dan ianya merupakan salah satu daripada hari kebesaran Islam yang diraikan pada setiap 10 Zulhijah mengikut takwim Hijrah. 

Hari Raya ini juga dinamakan Hari Raya Haji kerana pada saat tersebut jutaan umat Islam datang dari seluruh pelusuk dunia dan berkumpul di Tanah Suci untuk mengerjakan ibadah haji bagi menyempurnakan Rukun Islam kelima dan sebagai menyahut seruan Allah Subhanahu Wataala. 

Firman Allah Subhanahu Wataala dalam Surah Al-Baqarah ayat 196 yang bermaksud: 

"Dan sempurnakanlah ibadat Haji dan Umrah kerana Allah ...

Pada hari tersebut, umat Islam disunatkan melakukan ibadah korban sebagai tanda ingatan terhadap peristiwa Nabi Ibrahim Alaihissalam telah mengorbankan anak baginda, Ismail Alaihissalam demi kepatuhan dan ketaatan baginda terhadap perintah Allah Subhanahu Wataala

Melalui peristiwa ini jelas membayangkan betapa setiap yang hendak dikorbankan itu mestilah sesuatu yang bersifat paling disayangi dan berharga. Ibadah ini juga boleh melatih perasaan individu Muslim agar jangan bersikap bakhil dan kedekut di dalam mengeluarkan harta demi membela dan membantu golongan yang lebih memerlukan seperti orang-orang fakir dan miskin. 


Antara kelebihan ataupun fadilat yang akan dikurniakan oleh Allah Subhanahu Wataala di dalam melakukan ibadah ini di antarnaya ialah: 


1. Mendapat kedudukan yang mulia di sisi Allah Subhanahu Wataala.
2. Dapat menebus dosa iaitu melalui setiap titisan darah binatang yang dikorbankan dan binatang-binatang ini juga bakal menjadi tunggangan di atas titian sirat.
3. Bulu-bulu binatanga yang dikorbankan itu juga adalah satu kebajikan.
Sementara kelebihan ibadah korban dari aspek kemasyarakatan dan kemanusiaan pula ialah:

1. Mewujudkan suasana harmoni, kerjasama dan kasih sayang sesama Muslim.

2. Melahirkan sikap penyayang.

3. Memupuk sifat suka berkorban dan bersedekah.



Dalam melakukan ibadah korban ialah ia hendaklah di lakukan dengan penuh keikhlasan dan mengharapkan keredaan Allah SWT.

Firman Allah Subhanahu Wataala di dalam Surah Al-Hajj ayat 37 yang bermaksud:

"Daging dan darah binatang korban atau hadiah itu tidak sekali-kali akan sampai kepada Allah, tetapi yang sampai kepada-Nya ialah amal yang ikhlas yang berdasarkan takwa dari kamu...."


Menyedari akan kelebihan ibadah korban itu, maka kita seharusnya berlumba-lumba dan bersegera di dalam melakukannya untuk mendapat keampunan dan keredaan daripada-Nya, di samping memperbetulkan niat agar segala amalan kita diterima oleh Allah Subhanahu Wataala demi kebahagiaan di akhirat nanti.

Di zaman serba maju ibadah korban menjadi lebih mudah kerana kemudahan teknologi internet memudahkan kita melakukan ibadah korban dengan secara online.  
eQurban.com  adalah salah satu organisasi yang menyediakan kemudahan untuk orang ramai membuat korban mempelawa sesiapa saja yang berminat atau berhajat melaksanakan ibadah Qurban di Kemboja.
Tujuan utama Qurban.com  ditubuhkan adalah untuk menyokong projek ternakan lembu usahasama Al-Ansar Agro (Malaysia) dan Koperasi Muslim Kemboja untuk menjana ekonomi bagi membantu masyarakat Islam Kemboja yang daif dan ketinggalan dalam semua bidang.

Bukan hanya melaksanakan Ibadah Qurban & Aqiqah serta sumbangan semata-mata tetapi eQurban juga telah membantu di dalam meningkatkan sosio ekonomi dan pendidikan dikalangan masyarakat Islam di Kemboja ini.

eQurban.com  bukan semata-mata perniagaan tetapi amanah  ibadah yang perlu dilaksanakan mengikut syarat dan tertib yang telah ditetapkan mengikut hukum agama. 

Umat Islam yang menjalankan ibadah qurban bukan sahaja mendapat ganjaran di dunia malah yag lebih besar ganjaran yang menunggu di syurga kelak.

Daripada Aisyah r.a Nabi Muhammad s.a.w. telah bersabda yang bermaksud:


Tiada suatu amalan yang dilakukan oleh manusia pada Hari Raya Qurban, yang lebih dicintai Allah selain daripada menyembelih haiwan qurban. Sesungguhnya haiwan qurban itu pada hari kiamat kelak akan datang berserta dengan tanduk-tanduknya, bulu-bulunya dan kuku-kukunya, dan sesungguhnya sebelum darah qurban itu menyentuh tanah, ia (pahalanya) telah diterima disisi Allah, maka beruntunglah kamu semua dengan (pahala) qurban itu.”
(Riwayat al-Tarmuzi, Ibnu Majah dan al-Hakim)


Dengan Qurban.com segalanya mudah dan cepat dan setiap peserta qurban akan mendapat sijil setelah qurban disempurnakan dan kepada yang berminat untuk melihat proses qurban juga boleh diuruskan.

Semuga anda semua dapat membuat korban dengan cuma permulaan RM280.00  sahaja untuk mendapat ganjaran yang berganda-ganda di akhirat kelak dan dengan melakukan korban adalah salah satu pintu untuk menambah rezeki.

Jika anda berminat untuk melakukan ibadah qurban atau aqiqah di Kemboja, anda boleh ikuti cara di bawah:


1. Pilih berapa bahagian atau ekor yang ingin di qurban atau aqiqah. Senarai harganya kat SINI

2. Selepas membuat pilihan yang anda kehendaki, sila masukkan jumlah bayaran ke akaun di bawah:

EQURBAN RESOURCES SDN BHD
562834626200 (Maybank Bank)

AL ANSAR AGRO RESOURCES
12370000546103 (CIMB Bank)

Untuk tempahan di peringkat antarabangsa (international), sila hubungi syarikat secara terus di sini.
3. Jika membuat pembayaran online, sila masukkan email “equrbanteam@gmail.com” untuk memudahkan pihak   eQurban membuat penyemakan.

4. Selepas membuat bayaran, sila KLIK DI SINI untuk mengisi Borang Pengesahan. Sila isikan maklumat penuh pembayaran anda, bilangan bahagian dan ekor serta penama yang melakukan aqiqah dan qurban.
Jika berminat untuk menempah korban pada tahun ini, bolehlah klik di banner di sebelah kiri blog (sidebar) akak.  

Jomlah buat tempahan Qurban kerana tempahan akan ditutup pada 30hb SEPTEMBER 2014.


Sila klik banner di atas untuk maklumat lanjut.
JOM LIKE Facebook e-Qurban

14 ulasan:

  1. Thanks for the info. Murahnya seekor lembu RM1750...kat sini satu bahagian pun dah rm400...

    BalasPadam
  2. ada rezeki boleh menyumbang ni .. dah lama teringin nak buat korban kalau ada rezeki kak

    BalasPadam
  3. Mudah untuk melaksanakan ibadah Qurban ini.

    BalasPadam
  4. wahh..semua dok cerita pasal equrban aje nih. hoho

    BalasPadam
  5. assalam kak ina..sy dtg ber bw..hihi..sy pun akikahkan utk ank lelaki sy melalui ez qurban..dia siap bg sijil lagi..mmg dia akn bgtau setiap perkembangan yg dorang dh buat kt kemboja..

    BalasPadam
  6. salam pagi Jumaat,kak ina.saya baru lepas baca artikel mengenai akak di harian metro,laju2 singgah sini.tahniah tau!!!


    alhamdulillah bagus ada online macam ni.Amat membantu bagi mereka yang ingin menunaikan ibadah korban :)

    BalasPadam
  7. Assalamualaikum kak ina. insyallah, tengah diskus dengan suami pasal ibadah korban ni :)

    BalasPadam
  8. Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pentadbir blog.

    BalasPadam
  9. Alhamdullilah semakin mudah untuk kita beribadat, jangan culas utk kita menunaikan tanggungjawab. Terima kasih kak good info.

    BalasPadam
  10. Kak Ina, terima kasih berkongsi maklumat. Akak, saya ni kalah biskut chipsmore, sekejap ada lama hilang

    BalasPadam
  11. kalau ada duit lebih tu..leh la buat korban tahun ini. :)

    BalasPadam
  12. Insyallah... memang niat qurban pada tahun ini.. semoga dipermudahkan..

    BalasPadam

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Google+ Followers