OOO

Selasa, Oktober 22, 2013

Resepi Ayam Bakar Taliwang Khas Lombok

Assalammualaikum semua

Lama gak akak cuti masak, ke Miri seminggu, balik sini dah dekat hari raya haji.  Hari raya haji cuma rebus nasi impit segera,buat kari ayam..mak akak tolong buatkan sambal sotong kering. Pastu ada buat majlis sikit dengan jiran dan adik beradik...adik ipar bawa bihun goreng..akak order kueh mueh ajer dari jiran adik ipar.
Nak buat Ayam bakar Taliwang ni sebenarnya kena guna ayam kampung ikut resepi asli orang Lombok dan besarnya lebih sedikit dari burung puyuh.  Dah duk kat Kuala Lumpur ni mana nak cari ayam besar tu.  Akak guna ayam biasa ajerlah, kalau bakar guna api arang lagi sodap tapi akak guna ajer oven letrik.  Tak dan nak buat kerja remeh temeh, banyak urusan untuk perkawinan anak. 

Nak menjemput orang tua-tua tak leh calling calling ajer ataupun kirim kad, nanti mereka merajuk tak nak datang.  Orang yang muda kenalah hormat orang orang tua kan.  Yang muda-muda akak pos ajer kad, tak dan nak gi kat umah mereka satu persatu sebab sekarang ni pun minyak dah naik harga kan.

Bahan-bahan Ayam Bakar Taliwang:
• 1 ekor ayam/ayam kampung- belah 2
• 1 biji limau nipis
• 1 sudu makan garam
• 1-2  makan minyak untuk menumis
• 3 sudu makan minyak masak/marjerin
• 2 helai  daun limau purut

BAHAN DIHALUSKAN:
• 10 biji  bawang merah
• 5 biji  bawang putih
• 7 biji cili merah 
• 5 biji cili api - kalau nak pedas boleh tambah lagi
• 1 sudu teh belacan-di bakar
• 1 sudu makan gula merah/gula melaka
1 sudu teh garam
• 1 buah tomato besar
CARA MEMBUAT Ayam Bakar Taliwang:
1. Basuh bersih dan kelar-kelar badan ayam dan lumuri ayam dengan jus limau nipis dan garam.  Ketepikan.
2. Tumis bahan kisar  yang dihaluskan dengan minyak.  Kacau rata sehingga naik minyak.
3. Masukkan ayam dan lumuri  hingga ayam bersalut dengan rempah dan masak ayam sehingga setengah masak dan angkat.
4. Biarkan 1 jam agar bumbu meresap. Masukkan daun limau purut  ke dalam perut ayam.
4. Bakar ayam di atas bara api (lagi sodap) atau oven dengan suhu 180-200C  sambil diolesi rempah dan margarine cair. Balik ayam agar masak sekata dalam 30-45 minit atau sehingga ayam masak keperangan.

10 ulasan:

  1. Salam K.Ina...nampak sedap ayam bakar tu..kecur dah :)

    BalasPadam
  2. waa nampak mcm sedap. eka kalau ayam bakar ni memang suka sangat. tu pasal berat cpt naik. hehehe

    BalasPadam
  3. wah, nampak sedap.. lama dah tak makan ayam bakar...

    BalasPadam
  4. Assalamualaikum...kak ina..adoyaiii..sedap kalu dapt ratah..

    BalasPadam
  5. Nampak sangat marbeles...

    Betul tu kak hati org tua perlu di jaga very the sensetip. Tahniah sebab bakal dapat ahli keluarga baru kak.

    BalasPadam
  6. Perghh...Nampak sangat lazat ayam bakar taliwang tu...kebetulan semalam beli 1/2 ayam..so boleh la cuba resepi u ni...tq.

    BalasPadam
  7. seksi plak SA tgok ayam tuh....mesti sedap...tumpang amik resepi ye kak..

    BalasPadam
  8. Ya Allah, lapar nya saya tengok ayam taliwang tu kak ina. macam sedap sangat.

    BalasPadam

Adsense

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Google+ Followers