OOO

Ad

Jumaat, Oktober 04, 2013

Resepi Chicken Pie/Pie Ayam Sedap


Assalammualaikum semua

 
Dah lunch ker belum?  Akak pekena rojak hari ni sebab baru balik dari event..petang baru ke dapur.

Tiba-tiba teringin nak buat chicken pie bila blogwalking kat blog member masakan.  Nasib baik semua bahan ada kat umah dan Yana pun tolong buat persediaan pie ni.  Akak dapat resepi dari member di tanah arab Reena.

Tak sabar-sabar bila bau pie di bakar, bila di keluarkan rasa kembang hati bila Yana kata.. 
Mak sama rasa cam kat kedai..
Bahan-bahan pastry
400gm tepung gandum
200gm butter bergaram (salted butter)

90-100ml air sejuk daripada peti sejuk (bergantung kepada kualiti tepung)
* atau gunakan pastry yg dah siap
Cara-cara 
1) Gaul tepung, mentega sejuk yang baru keluar dari peti sejuk dan potong kiub kecil-kecil dan ramas se hingga seperti serbuk roti 
2) Masukkan air  sedikit demi sedikit  ataupun guna sudu sehingga boleh di uli menjadi doh yang tak melekat di tangan.  
3) Bungkus doh dengan plastik wrap dan simpan dalam peti sejuk selama 30 minit.
Bahan inti
400gm isi ayam potong dadu
1 labu bwg besar potong dadu
1 ulas bwng putih cincang
150gm cendawan butang hiris nipis
100gm sayur campuran sejuk beku
2 sudu besar tepung gandum
1helai daun bay
3 sudu besar  mayonnaise
100ml susu cair
50ml minyak masak
Sedikit lada sulah
Garam dan gula secukup rasa
Inti
- Panaskan minyak dan tumis bwng besar,  bawang  putih sehingga naik bau kemudian masuk hirisan ayam dan kacau sebati baru di masukkan cendawan, tepung gandum dan kacau rata
- Apabila ayam hampir masak masukkan susu cair sayur, campuran garam dan gula. Akhir sekali masukkan mayonnaise
Penyediaan Pie
- Canai doh pai setebal 2 mm dan potong bulat kemudian masukkan kedalam  acuan pai yang telah di lumur dengan mentega.
-Masukkan inti dan tutup dengan lebihan pastry yg telah di canai dengan tebal yang sama
-Sapukan kuning telur dan bakar pada suhu 160°c selama 25-30 minit atau hingga pai berwarna kekuningan.

p/s kalau nak buat kecik-kecik pun boleh gak..akak malas lah pula..

9 ulasan:

  1. Salam Kak Ina..nmpk mengancam...hehehehe

    BalasPadam
  2. yummy...melimpah ruah isinya.....

    BalasPadam
  3. Assalamualaikum...k.ina...nampak sedap nnti bole saya cuba.

    BalasPadam
  4. isi daging pun sedap jugakkan kak...akak ni memanglah...buat orang terliur jerrrr....

    BalasPadam
  5. assalamualaikum kakina....wah sedapnya...:)

    BalasPadam
  6. Terus lapar... Baru nak makan pagi ni.... nak pinjam resepi kak ina ni, tp tak tahu lg bila nak cuba...

    BalasPadam
  7. salam k.ina..maafla..ape daun bay tu??

    BalasPadam
    Balasan
    1. daun bay macam daun salam tapi bau lain. Kamu boleh beli kat giant ataupun K4.

      Padam

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Google+ Followers