OOO

Jumaat, Oktober 25, 2013

Resepi Popia Nestum Sedap

Assalammualaikum semua

Yana nak bawa balik popia nestum ni untuk kudapan di sana nanti.
Akak cuma tolong gulung ajer, malas nak gi goreng..dapat satu botol bawa balik


Bahan-bahan

1 pack besar popia
1/2 cawan horlicks -kalau tak ada boleh guna susu tepung
1/2 cawan gula halus - kisar
1 cawan nestum - kisar halus 

1 sudu makan susu tepung nespray (optional)
Lidi satay utk menggulung -akak guna chopstick
Minyak utk menggoreng
Telur sebagai bahan pelekat-akak guna tepung gandum yang dicampur dgn sedikit air.
 

Cara membuatnya
1. Gulung popia gunakan chopstick
2. Gulung hingga habis, tinggalkan dlm 1-2cm untuk gamkan campuran tepung.
3. Buat hingga habis satu peket popia.
4. Sementara itu tutup bekas berisi popia gulung dengan kain lembab supaya tidak kering jika tidak susah nak gunting.
5. Kemudian potong serong jarak 1-2cm.
6. Goreng dengan api perlahan/kecil.
7. Angkat dan toskan minyak.
8. Sira/tabur dgn horlicks, gula, susu tepung & nestum kisar.
9. Gaul hingga rata.

Tips
1. Untuk menyalut popia dengan Horlicks, selepas digoreng, sejat minyak pada popia terlebih dahulu dengan menggunakan kitchen towel. Apabila agak-agak dah sejat, letakkan dalam bekas besar dan masukkan gula dgn horlicks ke dalam bekas tersebut. Kemudian gaul rata campuran tersebut dengan popia tadi.

2. Biarkan ia sejuk dahulu sebelum mencampurkan dengan bahan-bahan campuran. Jika tidak campuran akan cair dan berlengas.

3. Supaya kuih ini boleh bertahan lama, simpan ia di dalam bekas kedap
udara

22 ulasan:

  1. hari tu adik nak try buat tapi tak kesampaian lagi.. huhu

    BalasPadam
  2. Kalau popia yang jenis macam nie saya suka sedang jee....takde la terlalu manis sangat kan

    BalasPadam
  3. raya puasa aritu wife ada buat..memang licin saya makan

    BalasPadam
  4. Kat opis siap jual ni...sebalang 10 hengget....

    BalasPadam
  5. Budak-budak tentu suka. Sekarang ini gula tidak ada subsidi makin kurang gula didalam kuih.

    BalasPadam
  6. Nak try la untk raya ni

    BalasPadam
  7. dah buat .. jadi benda lain plak ..

    BalasPadam
  8. Malasnya nk buat sorang2 dgn hero berxua ni.kalau ada geng kan best.

    BalasPadam
  9. Law nak sira tu nak kena pasang api ke...

    BalasPadam
  10. Law nak sira tu nak kena pasang api ke...

    BalasPadam
    Balasan
    1. campurkan ajer bukan sira cam kuih keria

      Padam
  11. Law nak sira tu nak kena pasang api ke...

    BalasPadam
  12. Nak cube jugak la

    BalasPadam
  13. Kalau tak guna horlick boleh tak. Tak nak letak susu.

    BalasPadam
  14. best ja naaaaaaa.ceq suka na..

    BalasPadam
  15. Tetiba teringin nak makan popia nestum. Tu yang goigle resepi. Terima kasih kakina, resepi yang mudah. Senang je nak buat rupanya. Selalu beli. Jimat sikit buat sendiri, dapat banyak.

    BalasPadam

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Google+ Followers