OOO

Rabu, November 27, 2013

Resepi Sayur Campur/Chap Chai

Assalamualaikum

Di sini tak susah nak cari barang keperluan harian, banyak tempat ..senang nak cari, cuma ada barang yang harganya berbeza 6 hingga 7 hinggit seperti ayam goreng segera jenama ramli dan ayamas.


Yang paling mahal ialah daging lembu fresh, yang lembut/batang pinang ajer dah RM55.00..kat kl baru RM35.00.   Ayam sekg dekat 10 hinggit....patutlah kalau makan kat luar harganya mahai.

Yang lain cuma beza 1 hingga 3 hinggit aje..sayur kobis bunga dan brokoli tak jual sikit sikit..jual satu biji.  Teringin pula nak makan sayur campur, kalau makan kat luar memang mahal.

Bahan-Bahan
1/2 batang lobak merah-potong panjang
Suku bunga kobis
3 batang jagung kecil-potong serong
Sedikit cendawan putih
Udang-7 atau 8 ekor
1 batang daun bawang-potong panjang
1/2biji bawang besar-hiris
3 biji bawang putih- ketuk
1sudu kecil kicap cair
1 sudu kecil sos tiram

Cara Menyediakannya
1. Cuci bersih semua sayuran  serta udang mdan toskan.
2.  Panaskan sedikit minyak tumis bawang putih dan bawang merah sehingga naik bau.
3.  Masukkan udang, sedikit garam, sos tiram dan kicap cair.
4.  Masukkan semua sayuran kecuali daun bawang dan kacau sebati.
5.  Akhir sekali masukkan daun bawang dan tutup api.
Hidangkan segera.

4 ulasan:

  1. Skang nie badan kurang sihat ....memang kena makan banyak menu macam sayur campur nie....kasi fiber dalam badan

    BalasPadam
  2. Yum yum...sedapnya akak...makan dengan nasi best ni!

    BalasPadam
  3. Assalamualaikum Kak Ina

    sedap masakan sendiri drp makan kat luar

    BalasPadam

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Google+ Followers