Assalammualaikum
Suami dari dulu lagi ashik sebut nak rasa durian isu yang di katakan begitu sukar untuk mencari durian ini. Orang sini kata durian isu banyak pada bulan November dan Disember.
Oleh sebab kami pulang ke KL agak lama, kami pikir dah tentu dah habis musim buah isu ni.
Nasib baik masa kami membeli barangan dapur di sini ternampak ada lori bawa buah durian dan bila tanya kebetulan buah ni masih ada tapi dah nak sampai ke penghujungnya.
Durian Isu merupakan satu lagi spesis durian liar ataupun dalam istilah saintifik, ia dipanggil Durio oxleyanus yang di percayai cuma boleh di temui di Borneo sahaja.
Kalau di lihat pada bentuknya memang sama macam durian tapi ada jika dilihat dengan teliti, durinya lebih tajam dan panjang dan daripada durian biasa. Buahnya pun kecil sahaja.
Setelah dibuka, warna isinya memang terang dan lebih kekuningan daripada durian biasa lebihkurang warna seperti buah cempedak . Rasanya agak melekit, isinya lebih nipis, rasa serta baunya memang berbeza dari buah durian biasa.
Rasa cam makan buah cempedak pun ada gak tapi baunya memang unik. Rasanya lebih berkrim ...ishh susah nak terangkannya cuma anda perlu cuba nak tau camner rasanya.
Se kilo kami beli harganya RM15..akak tak berapa gemar..suami akak yang suka ..kami beli 3 biji.
Beli gak buah durian kampung dari yang penjual tu kata dari Long Baram..sebiji RM10.00 isinya memang umphhh...rasanya cam buah durian kampung yang biasa kami makan di Kuala Lumpur.
Beli gak buah durian kampung dari yang penjual tu kata dari Long Baram..sebiji RM10.00 isinya memang umphhh...rasanya cam buah durian kampung yang biasa kami makan di Kuala Lumpur.

Tidak pernah rasa buah durian Isuisau.
BalasPadamTakpernah makan tu lagi... haha
BalasPadamfirst time dengar nama durian isuisau. hoho
BalasPadamMmg payah nak bayang durian tapi bau dan rasa tak macam durian...hehe
BalasPadamThanks kak ina berkongsi cerita...best
kalau ikut rupa kulit dia, saya rasa kat kelantan panggil durian daun (family saya kot panggil cam tu).... kulit dia macam tu. lah. rasa dia berkrim. tapi pokok durian tu dah takde dah kena tebang.Selalu durian ni dok dlam hutan. kata atuk saya kalau tak salah...la... dah lama tak makan dia , dah lebih 15 tahun rasanya...tapi kalau lain tak tahu lah kak sbb tengok dalam blog..takleh hidu takleh rasa takleh sentuh :)
BalasPadamdurian isuisau.. ingat risau apa td., :D lolz
BalasPadamjemput ke blog sy -->
http://afasz.blogspot.com
duri nampak lain. tapi isi kuning..
BalasPadambuat durian crepe sedap ni :)
7 Cara Nak Jadi Kaya Dengan Cepat Dan Mudah
tengok kalernya nampak cam sedap sgt... terliur ni
BalasPadamerk xpnah jumpa lagi.ooo mcm cempedak eh.rupa mmg nmpk umps.tp kalau rasa melekit mcm xbest lak.
BalasPadamfirst time dengar....seperti buah cempedak kuningnya......
BalasPadamPertama kali dengar ni Kak Ina...
BalasPadam