OOO

Khamis, Disember 05, 2013

Resepi Ayam Goreng Pandan

Assalammualaikum semua

Sedihnya bila lihat di fb gambar mangsa dan keadaan banjir terutama rumah kenalan blogger/rakan fb yang di masuki air dan yang lebih sedih bila bantuan lambat di salurkan.
Kenapa bila di Filipina tempuh hari cepat ajer kerajaan bagi berjuta juta tapi bila kena kat tanahair tercinta banyak masalah yang timbul.

Janganlah kera di hutan di susukan, anak di rumah mati kebuluran.


 
 nak makan kena buka daun pandan dan lidi tu yer
Bahan-bahan
1/2 ekor ayam (1kg)
* 3 biji bawang merah
* 3 ulas bawang putih
* 1/2 inci halia
* 1/2 inci kunyit
* 1/2 inci lengkuas
* 2 batang serai
* 1 sudu kecil ketumbar
* 1 sudu kecil  jintan manis
* 15 biji cili padi ( pedas ikut suka )
2 sudu besar santan pekat (optional)
garam, gula dan pak aji ikut secukup rasa (tak letak pak aji cuma letak gula)
daun pandan secukupnya



 Cara-cara
1. Ayam dibersihkan dan dipotong kecil-kecil.
2. Tumbuk/blend semua bahan bertanda*. Gaul bahan tumbuk dgn ayam, madu, santan, garam, gula dan pak aji.
3. Buat poket dengan daun pandan dan masukkan ayam dalam poket itu.
4. Balut ayam dengan daun pandan. Cara bungkus ala-ala buat ketupat palas.
5. Cucuk ayam yang telah siap dibungkus dengan lidi supaya ayam tak terkeluar.
6. Potong lebihan hujung daun supaya kemas.
7. Siap dibungkus, goreng hingga golden brown dengan api sederhana.

5 ulasan:

  1. Pernah rasa. Memang sedap. :-)

    BalasPadam
  2. Dekat restoran rumah thai kalau singgah wajib order yg ni...

    BalasPadam
  3. Istri perlu tahu resep semacam ini Kak...ijin copy resep untuk istri ya kak..Terima kasih

    BalasPadam
  4. tengok resepi nampak mudah,dah masak sedap lah kan...hehehe

    BalasPadam
  5. Makan lauk ni je pun sedap dah ni ....padankan dgn nasi goreng ke...nasi carrot ke lagi best ... :) TQ kak Ina ...

    BalasPadam

Adsense

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Google+ Followers