OOO

Khamis, Disember 19, 2013

Resepi Lassi Mangga/Manggo Lassi-Enak Bangat

Assalammualaikum semua
Syukur alhamdulliah kat belakang umah akak ni masa akak ke sana pada bulan November buah banyak sangat.  Untung sebab tak tanam tapi dapat merasa hasil yang allah swt anugerahkan kat kami.

 Sampai tak larat dah nak makan, dah bagi member blog Along dan jiran sebelah umah pun, buah ni masih banyak.
Akak pun pilih yang masak buat lassi ajerlah.  Yang suka akak sorang ajer..terkebil kebil akak minum sorang.  Resepi akak ambil dari blog Mat Gebu

BAHAN-BAHANNYA :-)
1 biji buah mangga masak
1/4 cawan plain yogurt
1 cawan susu segar
Gula secukup rasa (akak tambah madu sikit)
Ais kiub secukupnya

CARA MEMBUATNYA :-)
  1. Mangga dikupas, ambik isinya dan potong kiub. Masukkan ke dalam alat pengisar bersama semua bahan2 di atas kecuali ais kiub. Kisar hingga halus.
  2. Tuang dalam gelas sesuai, letak ais kiub dan boleh hidangkan. Sedap di minum sejuk
Bagus untuk pencernaan tau :)

9 ulasan:

  1. terbaikkk kak.... nampak sedap!

    BalasPadam
  2. Kak ina..ummi suka lassi, selalu order kat kedai je, insyaAllah boleh cuba juga nanti.

    BalasPadam
  3. best best...ni memang sesuai untuk sistem penghadaman

    BalasPadam
  4. Kak Ina kegemaran Aina jugak ni.

    BalasPadam
  5. Baru buat carrot+tomato smoothie. Hwhehe

    BalasPadam

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Google+ Followers