OOO

Isnin, Januari 13, 2014

Apa Itu Lalapan!!!

Ada rakan anak akak yang dah lama bekerja kat sini rekomen makan Lalapan kat  satu restoren di bandar Miri. Kat sini banyak betul restoran yang menyajikan makanan ini.  

Sebenarnya masakan ni asalnya dari Indonesia dan Lalapan (salad) ini biasanya di makan bersama nasi dan lauk pauk lain seperti ayam goreng, ikan cam ikan keli, ikan bawal, sambal, timun, sayuran dan tempe serta tahu.
Yana order Lalapan Itik..harganya belasan hinggit.
Kami makan kat Shukie Cafe di Jalan Bulatan Park..akak dan suami order lain tapi jamah gak aa lalapan ni.

Kenapa di sebut Lalapan?  
Kerana di dalam pinggan terdapat lapan jenis makanan seperti tempe, hirisan timun dan sebagainya.  Janji kena ada lapan jenis dalam bekas tu..kalau ada sembilan tak leh aa di panggil lalapan.  Kenapa panggil sombilannn kannn :)

Lalapan ni lebih kurang cam nasi ayam penyet gak yang tak berkuah...tapi akak tak berapa suka makanan kering camni.  Akak lebih suka ada kuah baru ada umphh..ala ikut selera masing-masinglah kan.

11 ulasan:

  1. Lalapan Ayam Penyek paling sedap pernah makan di Miri Sarawak dan Kota Kinabalu Sabah..
    Lalapan Itik Goreng atau Lalapan Bebek Goreng paling sedap pernah makan di pekan baru Indonesia :D

    BalasPadam
  2. Salam kak Ina, di Sabah ada saja menu ni setiap kedai, dipanggil nasi lalap. Zana pun kurang suka yg takde kuah, kering tekak nak menelan.

    BalasPadam
  3. Mati-mati ingatkan 'lalapan' itu nombor lapan sebab anak pelat sebut nombor 8. :-)

    BalasPadam
  4. K. Ina dah jadi duta makanan sabah. Hahaha

    BalasPadam
  5. Duk pernah duk kt miri tak pernah rasa ada restoran ni..baru kot..maklumlah la dah 6 tahun meninggalkan miri

    BalasPadam
  6. Kak Ina, lalapan paling best di miri kat restoren muara tepi sungai, mmg peberet restoren sy dan suami.. Sajian warisan pun sedap jg...

    BalasPadam
  7. Kalau sapa yang suka makan sayur okey la kot.. tapi ayam tu mesti lembut kan...

    BalasPadam
  8. saya pun baru tahu napa kena panggil nasi lalapan walaupun biasa pesan bila makan kat restoran....

    BalasPadam
  9. ada nasi ke kak ina dlm lalapan tu? x nmpk... mmg best kak ina kan kalau duduk tempat orang boleh try mcm2 menu

    BalasPadam
  10. oh org jawa ckp lalap tu maksudnya ulam...so lalapan ialah ulam2an... nasi lalapan ni berasal dari indonesia... org indonesia panggil nasi lalap means ulam2an n lauk n sambal belacan beserta nasi... saya duk miri 9thun dari 2004 hingga 2012 n nasi lalapan ni baru muncul dlm tahun 2009 camtu la... dlm 2004 blom ada hehehehe

    BalasPadam
    Balasan
    1. restoran pertama perkenalkan nasi lalapan ni ialah restoran muara kat waterfront miri.. pekerjanya semua indonesian... so far situ la paling sedap nasi lalapannya...highly recommended hehehehe

      Padam

Adsense

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Google+ Followers