OOO

Selasa, Januari 28, 2014

Cara-Cara Pertukaran Ke Sek Men Keb Bantuan Kerajaan Ke Sarawak

Assalammualaikum

Kali kedua akak menguruskan pertukaran sekolah anak..dulu dari Indonesia ke Kuala Lumpur.  Kali ni dari Selangor ke Sarawak.
Langkah Pertama
Isi borang ASBS  sebanyak 4 keping dan isi butir butir yang di kehendaki.
Sertakan segala dokumen yang di kehendaki..kalau idak permohonan tak akan di proses.

Jangan lupa  mengisi 2 sekolah pilihan yang berhampiran dengan rumah, jangan cuma isi satu sekolah sahaja sebab tak tentu sekolah tu ada kekosongan.

Macam akak nak pindah ke Sarawak kena pos 2 borang bersama dokumen yang lengkap ke Kuching dahulu.
Macam kes akak ni, akak tertunggu tunggu surat kelulusan ni sebab akak pos ke Kuching dari Miri  selepas seminggu keputusan UPSR keluar.  Ingatkan cepat hantar, cepatlah mereka proses.

Masa pulang ke Kuala Lumpur awal Disember, kakitangan Jabatan Pendidikan Negeri Sarawak ada call..tanya itu dan ini. Lega rasa hati sebab borang dah selamat ke sana.
Bila balik semula ke Miri pada 21hb.  Disember akak check letter box nak tenguk dah ada ker belum surat kebenaran dari pihak sana.   

Tapi tiada, akak tak sedap hati..akak call Jabatan Pendidikan Daerah Miri tanya berkenan sekolah mana anak akak di tempatkan.

Dahlah susah nak tembusi no talian ashik bzzz memanjang, geram tul dibuatnya.  Bila dah dapat JPDM kata borang permohonan anak akak tak ada dalam sistem.  Wah naik anginlah akak di buatnya sebab cuma lagi 1 minggu nak bersekolah, dahlah akak tak prepare beli apa apa lagi sebab takut beli yang salah.

Akak call kat Kuching, staff tu boleh kata..dia tak tau sebab dia baru balik bercuti, akak pun pot pet pot pet lah dan beliau berjanji nak cari balik borang permohonan akak tu.

Tak lama dia call bagitau, mereka dah pos ke umah akak..ishh pandailah pulak buka cerita..takkan dari Kuching ke Miri mengambil masa 3 minggu surat baru sampai.

Akak suruh mereka faxs borang kebenaran ke Miri secepat yang boleh hari tu juga.  Bila call balik ke Miri mereka kata mereka tak terima.  Call balik ke Kuching, mereka kata dah fax.  Punyalah hot akak dibuatnya, petang tu call balik ..kata tak dapat lagi.
Frust akak dibuatnya, terpaksa tunggu esok hari baru boleh tanya balik.  Esoknya bila call..lega borang yang di faks dah ada di Miri, yang bagusnya JPDM proses borang tu segera dan alhamdulliah akhirnya dapat gak tau anak dapat sekolah kat mana.  

Hari Isnin akak terus ke JPDM nak ambil surat dan terus daftarkan Imran ke sekolah tersebut.  Hari Sabtu kami baru beli baju, kasut dan segala barang keperluan sekolah dia.

Kesimpulannya jika dah pos tu kenalah call selalu, takut nanti jadi cam kes akak ni.  Terima kasih sudi baca pot pet pot pet berjela dari akak ni.

6 ulasan:

  1. K. Ina bkan utk prtukaran skolah shja, buat apa2 prmohonan pn lps mohon kene buat follw-up, kalau x keje x jadi. Kita pula trtunggu2

    BalasPadam
  2. Info macam nie memang perlu share kak ina.... supaya ingatan kita pasal proses prosedur yang banyak buang masa kita nie

    BalasPadam
  3. payah jugak kan proses nak bertukar sekolah...pastu amik masa lama plak tu, sebab kadang2 kan dorang lengah2kan je nk proses borang

    BalasPadam
  4. Payah dengan sesama jabatan kerajaan ada masalah komunikasi. Kalau tidak buat followup memang tidak akan tahu cerita sebenar.

    BalasPadam
  5. TQ Kak Ina.. for sharing. Saya pun nak pindah ke sarawak hujung tahun ni. Sekarang ni tengah find out proses tukar sekolah.
    Sebelum ni dah pernah buat dari Kuantan ke Selangor. Tapi dah 10 tahun yang lalu.. tak ingat dah.. hehe.
    TQ again kak Ina, for sharing.

    BalasPadam
    Balasan
    1. sama sama Ruzana semuga selamat sampai ke sarawak

      Padam

Adsense

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Google+ Followers