OOO

Rabu, Januari 15, 2014

Daging Payau

Assalammualaikum

Seronokkan cuti panjang ..tapi kami tak ke mana mana pun, 2 hari hujan ajer kat sini.  Nak keluar pun malas rasanya.

Bila jejalan menuju ke Bintulu kami jumpa sebuah tamu (pasar) di sebuah kampung lebih kurang 25 minit dari bandar Miri.  Akak ada ambil gambar tapi wayar tak bawa pulak..nanti dah dapat transfer gambar akak akan pot pet pot pet yer.

Sampai ajer kat tamu ni, akak sajer borak borak dengan penjual makanan sebab Imran dan Ira lapar sebab tak ambil sarapan kat umah. 
(aiseyman penjual ni potong tulang sambil hisap rokok aa..
cukup tak berkenan mata yang memandang)
Bila tanya dengan suami penjual makanan ni yang berasal dari N9..
Ada jual daging rusa tak?
Tak tentu..kadang ada.. kadang tak ada.

Oh yer..kat sini daging rusa mereka panggil daging payau.
Akak pun tinggalkan no tel kat peniaga tersebut..suruh penjual daging payau call ada kat situ.

Syukur alhamdulliah, dalam pukul 4 lebih encik tu call kami..apalagi berdesup aa suami  bawa keta macam bawa keta ferrari.

Akak membebel tapi suami buat tak tau ajer.  Kami sampai kat situ 20 minit ajer dari bandar Miri..fuhyooo lajunya weiiii.

Jalan menuju kat situ memang jalan lurus tak banyak selekoh tu sebab suami berani bawa camtu punya laju. 

Nasib baiklah kami dah suruh simpan 3kg daging yang segar bugar dan tulang sekg..tulang lagi mahai dari daging rupernya.  Tak lama kami sampai kat situ ramai pula yang datang beli daging payau ni...sekejapan nak habis.

Tertunailah hasrat dihati nak makan daging payau..oh yer kalau kita panggil daging rusa mereka tau kita orang dari semenanjung. 

23 ulasan:

  1. masak apo sedap ni aihhhh

    meh la ke blog saya:
    Berkerjaya dari rumah

    BalasPadam
  2. ingatkan apa yang payau tadi, rupanya daging payau kan

    BalasPadam
    Balasan
    1. duk sini belajarlah loghat sini pulak cik lily

      Padam
  3. daging rusa ni sedap buat salai then masal lemak cili api kan...

    ~ jemput rakan-rakan semua berkunjung ke blog saya, terima kasih :) ~

    BalasPadam
  4. assalamualaikum kakina....yer ingatkn apa tadi....

    BalasPadam
  5. lama tak makan daging rusa. uitm shah alam ada bela rusa , kalau ada event hari raya mesti ada yang kena sembelih .

    BalasPadam
    Balasan
    1. memang payah nak jumpa kat sana kan eliss

      Padam
  6. kak ina..bestnya dapat daging payau, masak apa kak ina? Nanti pos bau ke Putrajaya ye :)

    BalasPadam
  7. Kak ina kg ni namanya Kg Beraya, mmg tmpt org jual dgg payau.. Payau msk itam pun sedap... :-)

    BalasPadam
  8. Oooh, baru tau Payau = rusa. Cemana rasa daging rusa tu kak ina? curious nie..haha

    BalasPadam
    Balasan
    1. manis rasanya sebab akak beli baru sembelih

      Padam
  9. Balasan
    1. taklah payau..tu nama yang di panggil orang di sini

      Padam
  10. Senang dengan dialek tempatan boleh mengenal pasti berasal dari negeri mana. :-)

    BalasPadam
    Balasan
    1. seronok gak pelajari bahasa baru kat sini

      Padam
  11. kak ina nanti cepat2 tayang gambar masak daging payau ye... heee....

    BalasPadam

Adsense

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Google+ Followers