OOO

Sabtu, Januari 18, 2014

Pengeluaran Wang Tanpa Kad ATM (Cardless Withdrawal)


Mempunyai anak anak yang sedang belajar terutama yang berjauhan dari keluarga memang memerlukan perbelanjaan yang tinggi. Ada sahaja yang perlu di bayar ataupun untuk perbelanjaan diri sendiri.  



Anak : Mak, Yana nak guna duit nak beli baranglah.Duit tengah "Shooorrrtt"(istilah keluarga akak bila tengah tak ada duit). Tapi Yana tak ada akaun Maybank lah. Nak bagi duit camna? Yang ada pun Maybank je. Yang lain-lain jauh nak kena g Bandar.

Mak : Tak per..pegi ajer ke ATM Maybank dan keluarkan duit kat situ. Nanti mak masukkan duit.




Sekarang ni Maybank2u telah ada perkhidmatan baru iaitu 'Cardless Withdrawal' atau Pengeluaran Tanpa Kad yang membolehkan anda menghantar wang tunai kepada sesiapa dari Maybank2u dan penerima boleh mengeluarkan wang tunai dari mana-mana ATM Maybank tanpa kad ATM. Mudah bukan!


Penerima wang tunai pula, tidak semestinya pengguna Maybank ajer. Anda juga boleh menggunakan 'Cardless Withdrawal' untuk mengirim wang kepada diri sendiri ataupun kepada orang lain.

Senang kan untuk berurusniaga tanpa memikirkan nak pergi ke bank-nank lain untuk transfer wang.


Peraduan Promosi

Setiap urusniaga 'Cardless Withdrawal' tunai yang berjaya, pengirim berpeluang memenangi wang tunai RM500.00. Hadiah wang tunai tersebut akan di masukkan ke dalam akaun simpanan/semasa anda semasa urusniaga tersebut.



Peraduan akan berlangsung dari 7hb. Januari 2014 sehingga 5hb. Februari 2014 dan 3 orang pemenang akan di pilih setiap hari.

Tentu seronok kan bila terpilih memenangi wang tunai sebanyak itu..


Bagaimana nak menggunakan 'Cardless Withdrawal?


Bagaimana untuk mengaktifkan akaun Maybank2u anda?

Jom tenguk video macamana caranya



Untuk Mengirim wang

 1. Log in ke Maybank2u
 

2. Klik ‘Transfer’ kemudian ‘Cardless Withdrawal’.



3. Masukkan nama, nombor telefon bimbit penerima dan amaun (minimum RM100).

4. Klik ‘OK’ untuk pengesahan.
5. Anda akan menerima Kod Pengeluaran melalui SMS dan hantarkan Kod Pengeluaran tersebut kepada penerima anda.

Setiap transaksi  akan di kenakan caj RM1.00 sahaja. Caj perkhidmatan akan di kecualikan sehingga 28 Februari 2014.


Mengeluarkan Wang Tunai
1. Pergi ke mana-mana ATM Maybank berdekatan, tekan kekunci Enter
2. Pilih 'Cardless Withdrawal'.
3. Masukkan ID Transaksi dan Kod Pengeluaran diberikan kepada anda.
4. Ambil wang tunai anda.
  

Mudah!!! 
Iyer..Memang mudah bukan kerana sekarang ni anak anda dapat mengeluarkan wang tunai kiriman dari ibubapa tanpa menggunakan kad ATM. Tentu kita sebagai ibubapa pun tak risau jika anak terputus duit perbelanjaan di kolej.

Untuk pengetahuan anda, Maybank mempunyai lebih 400 ATM di seluruh negara dah tentu ianya memudahkan kita bukan.  




Tengoklah sampel video ini! 


Untuk maklumat lanjut, sila ke Maybank

39 ulasan:

  1. Thanks kak ina untuk info nie... bila dah tengok video tu baru faham skit.... nanti boleh la saya kirim duit kat Yana yea.... ehehheheehe





    BalasPadam
    Balasan
    1. Janji ada nombor telefon Yana jer kan hazman...hehe

      Padam
    2. amboi hazman ni..sabar ajerlah..

      ejam..hazman ni ashik sebut nama yana ajer...tersedak anak akak dibuatnya

      Padam
  2. SERIUS...sangat MUDAH betul dengan sistem baru ni, tak perlu nak berakaun bagai.
    Rasa macam pergi ATM MAYBANK ambil duit kat kaunter jer.
    Kemudahan ini sangat membantu ramai orang.

    Nak kena cuba sekali buat ni, benda baru kena cuba baru tahu..hehe

    BalasPadam
  3. memang teramat membantu bagi orang2 malas macam saya bile bab nak pegi ke atm kalo ade urusan atau nak transfer ..

    dah dapat jimat duit minyak, masa pun tak terbuang, duit untuk minum sambil tggu orang ramai pun bleh taruk buat beli mainan anak2.. ye dak ? hee

    BalasPadam
    Balasan
    1. betul tu..memudahkan kita kan..terbaiklah maybank

      Padam
  4. Balasan
    1. betul tu bahrain..memang memudahkan kita sebagai pengguna maybank

      Padam
  5. Memang mudahkan untuk memindahkan wang dengan cara ini.

    BalasPadam
    Balasan
    1. mudah memang mudah..guna yer kemudahan terbaru dari maybank ni yer

      Padam
  6. assalamualaikum kakina...wah memang mudah n cepat la...;)

    BalasPadam
    Balasan
    1. mualaikumsalam mas zull...mudah memang mudah sebagai pengguna maybank

      Padam
  7. memudahkan urusan juga ni..harap2 tiada penyalahgunaannya pula..bertandang ke sini pertama kali..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Rasanya tak sebab kalau nak keluarkan wang tersebut ada caranya anajingga

      Padam
  8. as salam kak.

    Ini mmg betul2 inovasi terbaik Maybank. Mula2 tgk video, faham tak berapa nak faham...bila tgk lagi dan baca penerangan kak ina...barulah faham betul2..hehee

    Mmg mudah dan selamat sbb nak keluarkan duit kena masukkan ID Transaksi dan Kod Pengeluaran. Ni yg nak kena cuba buat sendiri ni. Yg bestnya tu, kalau bukan pemegang kad Maybank pun boleh terima duit yg kita kirim dgn cepat. Serius, mmg cool!

    Thanks kak ina berkongsi =)

    BalasPadam
    Balasan
    1. mualaikumsalam hafizmd
      Sama sama
      Kalau dah faham, bolehlah cuba..mana tau jika ada rezeki terpilih pula menjadi pemenang

      Padam
  9. Tmaksh kak ina, share ilmu, baru tau.. Lbh memudahkan... :-)

    BalasPadam
  10. Saya ada juga terbaca iklan ini tapi tak paham cara2 nya. terima kasih kak ina berkongsi info. nampaknya kalau anak kita tak de atm card memang boleh pergi saja mana2 atm kan... bagus lah teknologi. hrp dpt dimanfaatkan bersama.

    BalasPadam
    Balasan
    1. terima kasih kakni..semuga perkongsian ini memudahkan kamu tentang pengeluaran wang tanpa kad atm ini.

      Padam
  11. semakin mudah dah skrng.... gud innovation

    Jom baca entri baru aku.Barista : Espresso, Memberi Kesegaran Pantas.

    BalasPadam
  12. Baru tahu pasal cashless withdrawal ni... Sangat menarik! Thanks ya Kak Ina... =)

    BalasPadam
    Balasan
    1. Dah tau bolehlah cuba yer mr teddy bar. sama sama

      Padam
  13. wah bagusla tips ni. senang la nak transfer duit lps ni. thank kak ina
    butiknisya.com

    BalasPadam
    Balasan
    1. memang memudahkan dengan cara ni kan mohamad syahrill

      Padam
  14. wah terbaik la perkongsian ni....nak apply la tgk jadi tak...

    BalasPadam
  15. Oh bagus ni boleh lah saya gunakan teknik ini untuk pelanggan saya yang nak turun berat badan tapi tak tahu nak order guna online transfer..

    BalasPadam
  16. terima kasih sudi baca N3 kat blog akak

    BalasPadam
  17. Wah..saya baru tahu ni kak ina. Lagi bagus ada sistem pengeluaran tanpa kad macam ni kan. Memudahkan! Lagipun tak semua orang ada akaun maybank. Biasanya, orang tua kita memiliki bank BSN. Yg muda lak, bank pertanian. Macam adik saya la. So, melalui cardless withdrawal maybank2u ni, kerja transfer wang lebih senang. Memudahkan jugak mereka buat pengeluaran. Atm maybank (kepala harimau) ada di mana-mana even di pekan kecil. Tu yg syoknya. So, kita juz arrange masa transfer wang dengan masa diorang nak pergi ambik duit tu. Kan cardless withdrawal ni dlm tempoh 24 jam. Hmmm bagus sangat2. Dah nak dekat pay day ni. Boleh koling2 mereka bagitahu cara kiriman wang terbaru ni.
    Ayu mempesonakan! Jom!!! Cantik Berhijab Dengan Fesyen Terkini Shawl Dari Hijabterkini.com

    BalasPadam
  18. Aina baru je dok memikirkan nak buka akaun Maybank untuk anak perempuan yang dok kat Perlis, kalau gini senang cancellah.

    BalasPadam
  19. Macamne nak dapatkan no pin masa nak masukkan dalam atm tu?

    BalasPadam

Adsense

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...