OOO

Sabtu, Februari 01, 2014

Kelupis - Erhmm Sedapnya

Akak dah pernah rasa Kelupis masa kawan hb buat open house sempena hari raya tahun lepas.  Kelupis tu kosong jadi akak makan dengan kari ayam.  
Rasanya lebih kurang cam lemang/nasi pulut...tapi sedap ada rasa lemak lemak giteww.  Bahan utama ialah beras pulut, santan, sedikit garam kemudian di masak separuh masak sebelum  di bungkus dengan daun irik atau ngirik, bentuk ni lebih kurang macam daun kunyit.  Kemudian di ikat menggunakan tali rafia dan di kukus pula selama 2 jam.

yang ni kelupis tak ada inti
Ada yang kata kelupis ni sejenis makanan tradisional kaum dayak di sarawak termasuk kaum iban, ada pula kata kelupis adalah salah satu makanan tradisi  yang sangat terkenal dalam kalangan kaum bisaya/brunei  

Akak beli kelupis berinti udang/daging di Kuala Beliat Burnei 3 ketul 1 dollar, lebih kurang 2 hinggit lebih. Kalau ada inti tak payahlah makan dengan kuah kacang/kari ayam... cuma makan camtu ajer pun sodap.



9 ulasan:

  1. as salam kak,
    zaza xpenah mkn lgi kuih kelupis ni..cam sedap je tgok hehe..

    BalasPadam
  2. yes..mknn ni..jgk pemes d sabah sblh pntai barat..papar to spitang..mmg org bngsa brunei yg suka msk kelupis or lamban ni...sm mcm lemang..

    BalasPadam
  3. Wah special sungguh balutannya dengan daun.

    BalasPadam
  4. kelupis ni memang selalu boleh jumpa jika ada majlis kahwin di sebelah papar... asalnya dari Brunei tapi lama-lama orang kadazan pun jadikan makanan tradisi...

    BalasPadam
  5. salam kak ina..

    kelupis memang sedap kan..kalau kelupis kosong bukan saja sedap makan dari kari ayam, kuah kacang dan makan dengan ikan masin pun sedap juga..akak kena try tu..di sini khususnya Sipitang memang senang jumpa kelupis ni..selalu ada dihidangkan di majlis2..lagipun mama saya memang buat dan bisnes kelupis..^_^

    BalasPadam
  6. salam ina..
    tak pernah makan kalupis. nmpk seakan pulut panggang ye..

    BalasPadam
  7. Menarik jugak nie... dah macam pulut inti kan... besar jugak saiz tu...mesti sedap kalau yang ada kari ayam tu

    BalasPadam
  8. macam sedap je..macam sedap je..

    BalasPadam
  9. cam sedap je tengok...aummm =D

    BalasPadam

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Google+ Followers