OOO

Isnin, Februari 03, 2014

Resepi Ikan Bilis Goreng Cili Api Dengan Tempe

Assalammualaikum semua

Hari ni ada yang masih bercuti sebab hari wilayah kan..seronoknya sebab selalu ada macam-macam acara di adakan.
Kalau masak ni kan...memang anak anak suka..pastu bising..pedas.. pedas.. pedas. Alahai cili api memanglah podeh, teringat dulu kalau menjawab memang kena tonyoh cili api kat mulut.  Memang bengkak dibuatnya ..cam baru cucuk botok.


Bahan-bahan
  • 1 mangkuk kecil ikan bilis
  • 2 keping tempe daun-dipotong kecil-kecil
  • 15-20 biji cili padi-nak pedas tambah lagi
  • 1 biji limau kasturi-ambil jus
  • 6 biji bawang kecil
  • 4 biji bawang putih
  • garam dan minyak secukupnya
Cara-cara

1. Tumbuk sedikit ikan bilis bersama bawang kecil,cili api dan bawang putih.
2. Goreng tempe dan toskan..selepas itu goreng pula ikan bilis.
3. Tumis bahan tumbuk sehingga wangi. 
4. Perlahankan api dan biarkan cili masak dan kacau selalu sehingga kering sedikit.
5. Masukkan pula ikan bilis dan tempe yang telah digoreng.
6. Kacau selalu...kalau tidak hangus pulak nanti dan masukkan garam.
8. Rasa dulu dan barulah dipadamkan api dan curahkan jus asam limau kasturi.
9. Sedap di makan bersama nasi panas dan sup sayur.

8 ulasan:

  1. Silap besar tunjukkan ikan bilis groreng tempe. Memang feveret eden. :-)

    BalasPadam
  2. pergh!!!..memang sedap...terima kasih kerana kongsikan resepi ini..ikhlas dari www.tepakku.com

    BalasPadam
  3. salam ukhwah,salam perkenalan kak.. 1st time smp kesini..done jd follower sini... sedap sambal ikan bilis tu kak.. feveret tu.. :-)
    p/s : ada masa singgah la ke blog saya.. tq kak.. : http://thescreammer.blogspot.com/

    BalasPadam
  4. memang sedap ni kak..memang layan makan..

    BalasPadam
  5. menu masakan ringkas yang boleh membuka selera...

    BalasPadam
  6. Waaaa.... peberet saya ni... suka meratah... nyum2x

    BalasPadam
  7. wahh..bak sikit. hantar ke banting lehhh??

    BalasPadam
  8. antra makanan fevret..dulu laaaaa... hehe

    BalasPadam

Adsense

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Google+ Followers