OOO

Rabu, Februari 26, 2014

Resepi Kuih Ketayap/Gulung/Dadar Sedap

Assalamualaikum semua



Hasil gulungan oleh anak akak Ira..akak minta tolong gulung..dia pun gulung ikut suka.  Tak apalah budak baru nak belajar kan..tak leh marah.  Janji boleh makan udahlah.  Akak google dan ambil dari blog Yati akak tak buh pewarna cuma guna air daun pandan ajer.

Bahan-bahan.
  • 2 cwn tepung gandum
  • 1 biji telur
  • 1 sk pewarna hijau/ kuning
  • 2 cwn air
  • 3/4 cwn susu segar/santan
  • 1 sudu kecil garam
  • 1 sudu besar minyak masak
  • minyak utk oles pada kuali/non stick pan
  • Utk Inti
  • 1 biji kelapa parut putih je
  • 1/2 cwn gula merah/gula melaka (manis ikut suka)
  • 2 sudu besar gula pasir
  • 2 helai daun pandan di simpul
  • sedikit air utk masak gula merah/melaka dan gula pasir- tapiskan

Cara-cara

  1. Untuk inti; Masak air gula & daun pandan, (jika berhabuk tapiskan dulu) Masukkan kelapa parut.. gaul rata, sehingga inti kelapa tadi bercampur dengan gula merah selama 10-15 minit. Inti akan menjadi warna keperangan. Angkat. Buang daun pandan tadi.
  2. Untuk kulit; Gaul tepung,susu/santan,air,telur dan garam. Letak 1 sb minyak masak dan gaul sebati menggunakan whisk atau senang di blend terus.
  3. Panaskan pan, letakkan sedikit minyak dan sendukkan 1 senduk adunan tadi dan layangkan pan agar adunan tadi bulat. Masak sehingga 2-3 minit, angkat jangan terlalu lama. Setelah angkat terus masukkan inti dan gulung. (Cara gulung; , lipat kedua dua tepi sedikit dan gulung melentang. Ulangi sehingga adunan tadi habis. Siap untuk dihidang.

8 ulasan:

  1. Favourite saya selamanyaa. Tp tak pandai buat..

    BalasPadam
  2. Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.

    BalasPadam
  3. Kalau IRA mungkin tak pandai lagi.... tapi kalau YANA mesti dah expert kan Kak Ina.... HEHEHEHE

    BalasPadam
  4. blogwalking sini ya..bestnya bila pandai masak!hihi

    BalasPadam
  5. terliur saya nengok kuih ketayap akak ni sedapnyer...kalo balik kampung selalu gak suruh akak buat...tak sempat nak belajar lagi..nanti kalo rajin boleh la try resepi akak ni...

    BalasPadam
  6. Suka makan. Guna air daun pandan kurang pula warna hijaunya.

    BalasPadam

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Google+ Followers