OOO

Selasa, Mac 04, 2014

Resepi Badak Berendam

As'salammualaikum

Tak taulah kenapa di namakan badak ek..nak kata saiz badak taklah sebesar badak kuih ni kan.

Kueh ni memang kesukaan suami, selalu beli masa bulan puasa tapi bila tekak akak teringin pulak nak buat sebab lama dah tak merasa.

Lagipun ada lebihan inti akak buat kuih ketayap tempuh hari jadi senanglah sikit kerja.  Nak senang bulat-bulatkan inti dulu sebelum masuk dalam tepung pulut.  Oleh sebab kat umah sini tak ada langsung pewarna akak buat warna putih tapi kalau nak campur boleh tenguk resepi kat bawah yang akak ambil dari blog Reena


LANGKAH 1


Bahan-bahan untuk Inti Kelapa :

Sebiji kelapa parut (ambil bahagian putih yang lembut je tau)

1 cawan gula merah
1 cawan air
3 sudu besar gula pasir (secukup manis)
2 helai daun pandan disimpul
1 sudu kecil garam

Cara-cara untuk buat Inti Kelapa :

1. Gula merah dimasak bersama-sama dengan air. Bila mendidih. Tutup api dan ketepikan.

2. Sediakan kuali, masukkan kelapa parut, gula, daun pandan, garam dan gula merah yang telah dimasak tadi. Gaul sebati semua bahan-bahan, masak sehingga kering dan berkilat.
3. Sejukkan dan bulat-bulat inti kelapa dengan cara menggenggamnya dengan kuat dan padat (agak-agaklah saiz yang sepatutnya untuk badak berendam korang. Jangan buat sama besar dengan badak sebenar sudah. Hehehe...)


LANGKAH 2


Bahan-bahan Untuk Kuah :


2 1/2 cawan santan
2 sudu tepung beras
1/2 sudu kecil garam
2 helai daun pandan

Cara-cara untuk buat Kuah :

1. Campurkan kesemua bahan, kacau atas api sehingga pekat, lebih kurang 10 minit dan ketepikan.


LANGKAH 3

Bahan-bahan (untuk 20 hingga 25 biji) :


2 cawan tepung pulut
Lebih kurang 1 1/2 cawan perahan air daun pandan (i gunakan 1 1/2 cawan air dicampur dengan 1 sudu kecil pandan flavour / perisa pandan jenama Nur)
1/2 sudu kecil garam
1 sudu kecil pewarna (suka hati nak pilih warna apa)
2 helai daun pandan disimpul
Inti kelapa secukupnya

Cara-cara :

1. Campurkan garam pada air pandan. Kemudian gunakan campuran itu untuk menguli tepung pulut sehingga menjadi doh yang senang dibentuk. Jangan lupa titikkan sedikit pewarna.

2. Ambil sedikit doh, bulat-bulatkan dan leperkannya. Letakkan inti di dalamnya, kelim rapat dan bentukkan kembali menjadi bulat. Buat sehingga habis. Letakkan atas plastik atau paper baking untuk mengelakkanya dari melekat.
3. Didihkan 1/2 periuk air bersama daun pandan. Selepas itu, masukkan semua 'badak' / bebola pulut tadi kedalamnya.
4. Bila kesemua 'badak' / bebola pulut timbul / terapung, biarkan mendidih lebih kurang 3 hingga 4 minit, barulah angkat dan toskan.
5. Sedia dihidangkan bersama-sama kuah 

6 ulasan:

  1. Teringin plak rasanya...
    Saya suka makan sejuk2...sedapnya.

    BalasPadam
  2. senang nak buatnya nnti saya try sebab ini adalah kesukaan saya sngt2 ni kak, dh bookmark
    entri ni tq kak

    BalasPadam
  3. Sedapnya!!!, memang best makan bulan puasa ni kak ina..suka makan sejuk juga.

    BalasPadam
  4. as salam kak ina..
    sedap nampak..zaza xpenah buat lgi.. nti bila free boleh cuba hehe :)

    BalasPadam
  5. Besar saiznya. Perlu hati-hati makan supaya tidak tercekik. Kena makan dengan sopan jawabnya

    BalasPadam
  6. Nak try la nanti..kebetulan memang ade lebih inti kuih ketayap ni..

    BalasPadam

Adsense

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Google+ Followers