OOO

Ad

Ahad, Mac 02, 2014

Resepi Daging Lada Hitam/Black Pepper Beef

Assalammualaikum semua



Masakan Black Pepper Beef ni  yang menjadi kegemaran anak-anak tapi dengan syarat dagingnya mestilah lembut cam daging batang pinang.  Kat sini mahai aa daging fresh tapi nak camner kan sebab penduduk tempatan islam jarang yang ternak lembu dan jual kat pasar pasar macam kat semenanjung.


Bahan-bahan
  • 500gm daging batang pinang dalam
  • 3 sudu besar sos tiram
  • 3 sudu besar kicap pekat
  • 1 sudu besar kicap cair
  • 1-2  sudu makan lada hitam-tumbuk kasar
  • 5 biji bawang putih-di tumbuk/cincang
  • 1 1/2 inci halia-halia di tumbuk
  • 1/2 camca teh lada sulah
  • 1 biji bawang - hiris bulat
  • 1 batang daun bawang-potong kasar
  • air secukupnya
  • sedikit minyak dan garam secukupnya

Cara-caranya
1. Basuh daging hingga bersih tos lalu potong atau hiris daging tipis-tipis.
2. Perapkan bersama lada hitam, sos tiram, kicap pekat 
dan sedikit garam selama 1-2 jam.(tak nak pun tak per)
3. Panaskan sedikit minyak dan tumis bawang putih, dan halia. Bila dah layu baru masukkan bawang besar..dah naik bau masukkan daging dan kacau lalu biarkan masak sebentar.
4. Masukkan sedikit air dan serbuk lada hitam(kalau nak berkuah bubuhlah air lebih sedikit) biarkan daging empuk (kalau guna daging batang pinang..tak yah tunggu lama) dan kuah agak pekat.
5. Kacau rata, perasakan garam, masukkan daun bawang, kacau sekejap dan boleh di hidang panas-panas.

2 ulasan:

  1. emmm...sedapnya!ank2 saya suka sgt la dging lada hitam ni..

    BalasPadam
  2. Daging black pepper. Memang terbaik.

    BalasPadam

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Google+ Followers