OOO

Ad

Rabu, Mac 26, 2014

Resepi Penang Char Kuey Teow

As'salammualaikum

Resepi yang akak selalu cuba kalau buat kuey teow ni..memang suka sangat buat tapi kat sini payah bebeno nak cari kerang, kalau ada pun dekat 10 hinggit sekg.  Pengsan tenguk harganya, ada yang beku tapi akak tak suka sebab kurang manis,  Guna udang ajerlah nampaknya..terima kasih buat Che Iza yang sudi berkongsi resepi sedap ni.


Bahan-bahan
Untuk Paste
  • 200 gm udang
  • 250ml air
  • 4 ulas bawang putih di ketuk
  • 6 sb sos tiram
  • 3 sudu kecil  kicap pekat
  • 3 sudu besar  kicap manis
  • 1 sk petis
  • 2 sudu besar pati ikan bilis / pati udang
  • 2  suduckecil  garam (kalau sos tiram masin kurangkan 1sudu kecil)
  • 1 sudu kecil gula
Untuk Mee
  • 300 gm kuey teow
  • 1 sudu besar cili boh
  • kerang-tak letak
  • sedikit kucai & taugeh
  • 2 biji telur

Cara-cara
  1. UTK PASTE- Rebus udang dan kulit udang dgn air. Bila udang hampir masak, angkat udang dan ditoskan airnya. Air rebusan jgn buang....asingkan udang dan kulit.
  2. Campurkan semua bahan utk paste dgn air rebusan udang tadi, reneh hingga menjadi paste yg agak pekat. Matikan api biarkan paste sejuk dan bolehlah simpan dlm fridge. 
  3.  
  4. UTK MEE- Tumis lada boh hingga garing. Masukkan dlm 4sb paste td. Masukkan udang yg telah direbus td dan  kerang. Biasanya penang char kuey teow agak berkuah so letak sikit air dlm 1/2 cwn.
  5. Air didih masukkan kuey teow, kucai, taugeh n kacau rata. Pecahkan telur, kacau dan bolehlah diangkat. Proses memasak kuey teow ni dlm 3-4 min jer, pastikan api kuat semasa memasak.
  6. **Paste ni selalu depa guna tuk meniaga so udang yg direbus mmg depa pakai. Tapi utk kegunaan sendiri kalau tak nak rebus ngan udang pun boleh tp petis kena tambah lg, jd 1sb. Paste ni juga sepatutnya sudah cukup masin dan manisnya so tak perlu letak lg garam n gula masa masak buat kuey teow tp kalau rasa cam tawar leh adjust eh..

9 ulasan:

  1. Kat sana kerang memang mahal berbanding semenanjung kak...ketara sangat mahalnya...maybe sebab kerang2 tu di bawa dari Semenanjung kot...kuew teow if xde kerang x sedap kan kak...

    BalasPadam
  2. Apa yang membezakan Penang mari dengan yang lain?

    BalasPadam
  3. Kak ina, takmo komen kue tiaw. Nak komen yang Ella rindu sangat kat akak. Turun KL kita jumpa eh.

    BalasPadam
  4. Apa yang saya tahu. Nak beza sedap ke tak char kuey teow adalah dari kuah kicap dia. Hehehe

    BalasPadam
  5. Petis tu petis udang ke

    BalasPadam
    Balasan
    1. betul tu..tanya kat kedai runcit atau cari kat hypermarket yer

      Padam
  6. Salam...sedap nye bile mbayangkan char kuew teow...

    BalasPadam
  7. tq sharing...Semalam hubby request char kuew tiow..Hari ni gigih cari resepi..

    BalasPadam

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Google+ Followers