OOO

Ahad, April 27, 2014

Mee Jawa Sedap Kampung Pengkalan Lutong Miri

As'salammualaikum semua

Hari Ahad hari santai santai kan..berehat rehat ataupun menghabiskan masa bersama keluarga dan anak-anak untuk yang telah berkeluarga memang menyeronokkan.  Terutama bagi ibu-ibu bila suami bawa keluar gi makan-makan kat luar...kira cam gantong periuk belanga lah kan.

Ataupun gi jemputan kenduri, alahai syoknya..kat sini tak ada orang nak jemput pun sebab mana saudara mara kat sini.  Kalau kat sana ada ajer kenduri yang perlu di hadiri.
Nasib baiklah ada kenal 2 orang kawan kat sini, bila Onie ajak akak gi makan mee jawa kat sini, akak on ajer sebab belah petang memang free.  

Onie yang telah menetap di sini selama 4 tahun ambik akak kat umah naik keta dia.  Banyak lagi tempat makan sedap yang Onie tau...dia nanti nak bawak akak nak rasa..erhmmm tak sabar nak gi.

Akak tak tau apa nak order, Onie orderkan mee jawa special yang ada tulang dan juga cebisan ayam.

Walaupun kuahnya sedikit manis (kat tekak akaklah) tapi rasanya sedap dari 2 buah tempat yang akak dah cuba.  Oleh sebab rasanya tak sesuai kat tekak akak tak promote aa tempat tu sebab nanti kalau ada yang cuba kata akak tipu.  Tapi mana tau kan..kadang kadang selera kita memang tak sama antara satu sama lain.

Kedai kecil ni terletak di tepi sungai Lutong, sambil makan boleh menikmati angin sepoi sepoi bahasa. Ada gak jual makanan lain seperti nasi goreng, sayap ayam bakar, fishball dan bermacam lagi.  Ingat nak ambik gambar tapi terlupa.

Akak nak bagitau tempat ni pun tak berapa tau sebab bukan akak yang drive..tak per nanti kalau dah pandai gi ke situ boleh akak guide anda yer.

Minum air batu campur, 2 mee jawa special dan 1 mee jawa tapau bawa pulang semua RM20.00..kira oklah kan.


6 ulasan:

  1. untung tu k.ina ada org bwk JJCM….heheh!!!area lutong ni ros selalu lalu tapi xsure la celah mana kedai ni…serius kami laki bini terliur tgk gambar k.ina post @FB tu. kik3x

    BalasPadam
    Balasan
    1. alhamdulliah rostina ada yang sudi bawa jjcm kat sini..tak per nanti kalau gi kali ke dua akak cuba guide camner nak gi ke sini yer..

      Padam
    2. Kawasan ni dah dekat dengan rumah, tapi tak sure pulak mana tempatnya.

      kalau ada info lanjut tempat mee jawa ni.

      Padam
  2. Mee Jawa ala sarawak nie pun best kalau makan dengan sate .... cubalah next time yea...

    BalasPadam
  3. Wah kak sampai ke Lutong cari Mee Jawa.

    BalasPadam
  4. Saya dok Miri 4 tahun. Mi jawa spesel dengan tulang ni mmg port fav kitorg almost setiap hujung minggu!

    BalasPadam

Adsense

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Google+ Followers