OOO

Selasa, April 15, 2014

Panduan Tukar Nama Hak Milik Kenderaan

As'salammualaikum

Kisah ni kisah tahun lepas, baru nak buat N3 hari ni.
Oleh sebab kami perlukan kenderaan di sini, terpaksalah buat tukar nama hakmilik keta lama ke nama anak.  Akak nak cuba buat sendiri tak nak guna ejen.

Nak bawa keta ke sini kena bayar ribu gak lagipun NCD akak nak guna untuk insuran keta baru.  Kami tak beli keta mahal, keta buatan negara ajer, janji leh ke sana ke mari dengan mudah.

Caranya

1.  Masuk ke website Puspakom, tenguk pukul berapa kita nak dan masukkan temujanji/masa yang kita nak pergi.

Akak tersilap sebab terus pergi ke Puspakom Wangsa Maju dalam pukul 8.00 pagi tapi bila sampai kakitangan kat situ minta no temujanji.  

Alamak..tak taulah pulak cara camtu.  Akak call anak suruh tenguk kul berapa ada kekosongan.  Pukul 4.30 ajer yang ada..suruh anak masukkan no keta dan terus gi sarapan pagi dan balik ke rumah.
Pukul 3.00 gerak dari rumah...kena parking kat luar dulu, beratur di kuanter kemudian ambil kad merah ni.  Akak tak tau kat mana beratur tapi buat muka tak malu tanya orang yang ada kat area situ sebab ada 2 kuanter.
Borang ni tak yah isi dulu pun tak per sebab boleh isi masa tengah beratur.  Terus beratur di line paling kanan,  kuanter pemeriksaan untuk tukar nama hak milik kenderaan.  Kalau tak tau baik tanya cam akak, kali pertama salah masuk line kenalah pusing balik. 

Jangan salah yer. Bukan sekejap nak beratur ambil masa dekat 1 jam lebih.  Ada yang gi matikan enjin pastu gi tandaslah..gi beli air lah tapi kena bagitau kat driver di belakang.
Kemudian bayar RM30.00 kata nak tukar hakmilik  di pondok yang di sediakan, kena keluar dari keta tau
Nak sampai kat sini, ambik masa dekat 1 jam.  Mula-mula VE check dulu ketelusan cahaya.  Oleh sebab ketelusan cahaya kat cermin depan tak lepas dari 70%, terpaksa mereka koyakkan, cermin sisi lepas 50%..ishh kena keluar wang buat tinted baru.  
Pastu mereka check dan kita tunggu kat depan ambik keta dan bawa ke tempat parking.  Kemudian masuk dalam pejabat dan tunggu borang kelulusan, sebenarnya  akak bukannya tau, ikut ajer orang depan. 

Alhamdulliah dapat borang kelulusan VR1 (valid 1 bulan)...ada gak yang tak lepas.  Mungkin sangkut kat enjin ataupun yang lain.  Pastu kena gi ke JPJ pula.

Kalau nak tau apa borang yang diperlukan pula di JPJ boleh ke laman web JPJ.

Ingatkan sempatlah ke JPJ nak buat pertukaran hak milik pada hari yang sama tapi tak sempat padahal anak dah tunggu kat sana dengan borang tukar hak milik, geran asal dan salinan ic kami berdua.  Puas dia menunggu sehingga orang kat kuanter naik hairan dan pi tanya buat per tunggu sampai satu jam lebih kat situ.  

Esoknya ke JPJ, staff kat sana akan tenguk dulu borang dah isi dengan betul, baru mereka bagi no giliran.  Nasib baiklah kami sampai awal pagi, dapat no 1 dan staff semalam siap tegur anak akak.  

Staff JPJ akan minta original IC, pastu buat bayaran RM130.00 dan tunggu mereka print nama owner baru kat geran keta.

Wah dah tentu anak akak seronok sebab dapat keta free. 

*Kalau boleh biar insuran dan road dah mati dalam 1 atau 2 hari baru proses tak susah, tapi pastikan jangan sampai tamat tempuh VR1.

* Kalau nak  tukar nama tanpa pemilik asal, kena dapatkan pengesahan daripada pesuruhjaya sumpah

*Panduan akak ni untuk keta yang dah habis bayaran dengan pihak bank (kalau masih ada bayaran tak taulah pulak)

p/s kalau booked kat puspakom pagi, petang dah boleh ke JPJ..satu hari siap.  Jimat wang kan tapi penatlah sikit

12 ulasan:

  1. Perkongsian yg hebat kak ina. Mender nampak senang tp renyah sebenaqnya nk buat. Kat sana kak ina bli keta apa?

    BalasPadam
    Balasan
    1. tqvm ayu, sajer nak buat sendiri nak rasa pengalaman..akak pakai keta cam dulu gak

      Padam
  2. terbaiklah. rajin betul ye akak ni. hehe..

    BalasPadam
  3. Boleh tahan penat juga urusan untuk tukar nama hak milik kenderaan.

    BalasPadam
  4. Auntie...thanks for your info ;))

    BalasPadam
  5. Salam nk tye... mcm mane nk buat appointment dgn puspakom yer? kne kol or bole buat online? sbb sy carik link dlm website puspakom x jmp pon...

    BalasPadam
  6. kalau kat Puspakom padang jawa shah alam ini no die 03 -51017000

    BalasPadam
  7. assalamualaikum nk tnya klau nk tukar nama tp insuran owner lama masih ad boleh x nk kekalkan insuran 2??
    maksudnya nk buar proses tukar nama j insuran nk hold dlu , duit xd

    BalasPadam
  8. kalau de lagi insurance n roadtax nape xleh wat lak..tukar nama je kot..adoiii, insurance tkr kmdian xleh ker

    BalasPadam
  9. Bila dah tukar nama automatik insurans dh x valid..kne bli insurans n byr roadtax yg bru..sbb tu sesetengah pnjual n pmbeli dah deal tggu insurans mati bru tukar nama..lg 1 skang pnjual n pmbeli wajib dtg ke jpj utk tukar nama..

    BalasPadam
  10. tukar hak milik kenderaan ni senang je kalau tahu step yang betul..

    BalasPadam
  11. kalau temujanji 10 pagi utk puspakom,agak2 sempat tak utk buat jpj pada hari yg sama?

    BalasPadam

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Google+ Followers